Sabtu, 25 Julai 2009

Episod Buli: Iklan Sabun Pencuci

Si Senior itu ada cakap.
"Adat dunia perasramaan lah "
"Junior basuh baju Senior".

Ok ok, beliau terus saja percaya tanpa curiga.
Setiap 2 hari. Lenguh-lenguhlah tangan beliau dek sibuk mengerjakan kotoran-kotoran degil dipakaian Senior yang berbaldi-baldi banyaknya. Yes beliau sudah menggunakan Fabris. Tapi kotoran-kotoran tersebut masih berdegil macam budak darjah satu tak mahu pergi sekolah pada hari pertama persekolahannya.

"Gunakan Daya, lembut ditangan" pak cik tivi ada cakap macam tu.
Ok ok, beliau terus saja percaya tanpa curiga.

Tapi Senior tak suka Daya.
Tapi Senior suka Fabris.

Jadi setiap kali Daya diggunakan maka berlebam-lebamlah anggota muka beliau. Ini semua angkara si kotoran degil. Ceh.

...........

Hari ini beliau telah mencipta satu inovasi baru.
"Sabun Peletup Kotoran Degil"
(Seperti biasa, nada Doraemon)
Habislah kotoran degil. Setiap kali kotoran degil hinggap dibaju Senior, baju Senior akan meletup seletup-letupnya. Jadi tiada lagi kotoran degil.

16 ulasan:

mugiwara berkata...

sila letupkan senior itu juga!

Si Aizuddin berkata...

mugi,
uish, mcm seronok je bunyinye

ochs widdle berkata...

pengalaman sebenarnya bau dia.

mirashi berkata...

bukan senior tu mmg akan meletup dgn sendirinya bila kotoran degil singgah di baju dia?
2 in 1
haha xD

Si Aizuddin berkata...

Ochs,
Benar kah? huh?

Mira,
Yes yes 2 in 1

DyanaYunus berkata...

di tmpt saya anda adalah senior. adakah baju anda meletup?

Si Aizuddin berkata...

Dyana,
saya menggunakn mesin basuh baju rm2 dikolej

shiamira berkata...

kesian btl budak2 zaman skrg
ahai:)

Si Aizuddin berkata...

mira,
sekali sekala letop meletop.

Si Aizuddin berkata...

mira,
sekali sekala letop meletop.

shakinah berkata...

bakar!bakar!

tetibe.
haha

Si Aizuddin berkata...

shakinah,
mak oi bakar membakar plak?

puding roti berkata...

kejam tp comel. i like! ummwallah!! (wajib bc dgn nada menggoda)

Si Aizuddin berkata...

puding,
nada menggoda? ok ok

nikaizat berkata...

baju senior kan??
malas la nak komen...
+ x nak campur hal2 junior...

Si Aizuddin berkata...

ejae,
ye la. nanti kang baju mu plak yg netup kek gi. mu kan senior