Selasa, 14 Julai 2009

Hikayat Si Budak: Azam Kura-Kura

Dalam hati Si Budak:
"Aku mahu melangkah lebih laju".
"Aku mahu menjadi Usain Bolt".

Si Budak mahu berjalan sambil manja-manja di kaki Si Bapa. Jadi Si Budak perlu berjalan lebih pantas. Si Budak berusaha keras. Berlatih siang dan petang.

Di suatu hari, Si Budak dijangkiti penyakit demam Gonhau.
Penawar hanya boleh didapati di Bukit Groul.
Si Bapa mahu menyembuhkan Si Budak.
Si Bapa pergi mendaki Bukit Groul.

Bukit Groul;
Bukit Groul memiliki banyak lagenda seram.
Seperti, Paku Pakis yang kejam, atau Bigfoot bermuka katak, atau Lipas bersaiz giga.

Tetapi Si Bapa tidak gentar(Seperti Ultramen yang berani)

Si Bapa redah segala onak duri gejola berapi.
Hingga di puncak Bukit Groul.

Si Bapa berjumpa dengan Monster Berwajah Gadis Berlidah Beracun Berambut Dreadlock .
Pertempuran diantara mereka bermula.

.....

2 minggu berikutnya.
Si Bapa tercegat dipintu Rumah.
Si Budak telah pun pulih dari demam Gonhau nya.
Of Koz Si Budak itu gembira. Ceria, sangat ceria.

Si Budak dan Si Bapa pergi berjalan-jalan.
Tetapi Si Bapa langkahnya panjang.
Tetapi Si Budak tidak lagi ketingggalan langkah dibelakang.

Si Bapa terus berjalan dan berjalan dan berjalan.
Si Budak kekurangan stamina dan pancit. Tidak mampu lagi mengikut Si Bapa berjalan.
Dan Si Bapa terus berjalan dan berjalan dan berjalan.
Dan hilang dihorizon.
Tinggallah Si Budak sendiri.

"Aku mungkin berjalan laju sangat"
"Aku kalau berjalan lambat mesti Si Bapa tunggu"
"Aku mahu berjalan lambat"
"Aku mahu menjadi Kura-Kura"

[teruskan]

10 ulasan:

DyanaYunus berkata...

annoying ah si budak tu haha

shiamira berkata...

budak ni tak tetap pendirian la
ahai:)

Si Aizuddin berkata...

Dyana,
Impian besar tu

Si Aizuddin berkata...

Shiamira,
Yup, mcm labah labah

Amer Rezza berkata...

Menghiburkan lah. Jarang aku jumpa blog begini. Hehe, lawak pun ada kalau fikir budak 19 tahun boleh menulis dengan kreatif, stail kanak-kanak. :)

Darkk berkata...

Owh. Okay. Pelik. dan tak paham. Tapi ikut suka :D

Si Aizuddin berkata...

Amer Rezza,
Tq. Saya tuliskan khalayan semata berdasar apa yang saya nmpk dari mata

Darkk,
Sori bro, Saya tak tau bagaimana nak luahkan idea dengan lebih ezi tu andesten.

Belajar, Belajar lah Si Aizuddin

sharamli berkata...

jln lambat kang kena sepak b0nt0t...nak?

shiamira berkata...

labah2?

Si Aizuddin berkata...

Sharamli,
tak mau. sakit

shiamira,
ye labah2. (konfiden je)