Sabtu, 11 Julai 2009

Hikayat Si Budak: Darah Ribena



Disini,
Dilembah ini,
Wujud satu Si Budak yang ceria.
Cita-citanya mahu menjadi Ultramen.
Kenapa? Kerana Ultramen sangat kacak,
Dan Ultramen ada lampu didada(tanpa suis).


Si Budak ini hidup harmoni.
Dalam satu keluarga yang harmoni.
Keluarga ini diketuai oleh Si Bapa.
Si Bapa sangat kacak (seperti Ultramen juga).
Si Budak sangat sayangkan Si Bapanya yang kacak.

Si Bapa gemar membawa Si Budak itu berjalan-jalan.
Hati Si Budak itu girang setiap kali bersama Si Bapa.

Seronok.

Tetapi Si Bapa langkahnya panjang.
Si Budak sering ketinggalan langkah dibelakang.
Si Bapa hentikan langkah,toleh ke Si Budak.
Menanti Si Budak sampai kesisi dengan senyuman.
Si Budak menderaskan langkahnya agar segera sampai,
Segera sampai kesisi Si Bapa yang sedang menantinya.

Dalam hati Si Budak:
"Aku mahu melangkah lebih laju".
"Aku mahu menjadi Usain Bolt".

[bersambung]

8 ulasan:

DyanaYunus berkata...

macamana si budak tahu ultramen kacak?
usain bolt siapa?

Si Aizuddin berkata...

Dyana,
Pakcik Tivi bagitau la.
Usain Bolt adalah pelari laju,kenal?

mirashi berkata...

budak tu masa dpn dia cerah
haha xD

Si Aizuddin berkata...

Mirashi,
cita-cita hebat tu

ochs widdle berkata...

usain bolt tu dari negara mana?

Si Aizuddin berkata...

Ochs,
Dari jamaika darul salam. sila tanya pakcik google utk maklumat lanjut

ochs widdle berkata...

semakin berjinak2 eh kamu.
awas.binatang ini boleh menyebabkan ketagihan.
dan punca kejatuhan pointer saya sem lalu.

Si Aizuddin berkata...

ochs,
agak menarik