Jumaat, 24 Julai 2009

Mari Menjadi Kreatif

Adik: Abang Abang, tengok kertas keretapi Abang.(Beliau maksudkan tiket)

Abang: Abang punya kaler merah sebab Abang dah besar.
(Nada bongkak sambil menghulur tiket beliau)

(Adik buat muka macam tak kisah walau hati beliau jeles)
Adik: Abang, umur Adik 7. umur Abang 8.

Abang:Haa?

Adik: Tengoklah kat belakang kertas Abang ni.




Abang: Ha'ah lah

Seorang Mahasiswa kacak yang berdiri dibelakang sambil mencuri-curi dengar perbualan kanak-kanak kreatif tersebut kagum dengan daya imaginasi mereka dan yakin kanak-kanak tersebut sendiri tidak yakin akan umur mereka. Betul, boleh dijadikan tajuk thesis.


Abang: Eh Adik, ada orang surat khabar ambil gambar kitalah. Tengok belakang.

Ok, orang surat khabar. Ok kreatif



[nota : adik-adik, abang dah cakap nak letak picture kauorang dalam blog kan hari tu? kauorang tak boleh saman abang sebab kauorang sendiri tak tau apa itu blog ]

18 ulasan:

mugiwara berkata...

abang, abang...

ada paparazi amek gambar kita.

saman dia!

DyanaYunus berkata...

cerita betul ke ni? comelnya!

puding roti berkata...

sweet..bgsnya dua beradik kecik2 dh pandai nak tren

Airin berkata...

orang surat khabar? haha comel bebudak ni rasa nak pijak. haha

ochs widdle berkata...

sengal.


ketapi mana ni?

mirashi berkata...

kisah btl ke ni?
sweet la bdk2 tu:)
and apa kes mahasiswa kacak tu?
;)

Si Aizuddin berkata...

mira,
kacak kot. hahaha

ochs,
ktm, klcentral - shahalm

Si Aizuddin berkata...

airin,
amboi ganas nye.

puding,
sweet mcm puding.
mmg sengaja mengeja nak insted naik?

Si Aizuddin berkata...

Dyana,
betul lah. knape? x percaye ke?
(nada yasin dlm senario the movie)

mugi,
eceh. sya mne ade duit dik oi

Hamid berkata...

abg abg. sape suh letak gamba sya sini?

Hamid berkata...

abg abg. sape suh letak gamba sya sini?

Si Aizuddin berkata...

Hamid,
ini gamba awk kah? are u sure :P

shakinah berkata...

fuh.
nasib baik bukan gambar aku

Si Aizuddin berkata...

shakinah
haha. nasib baik tu, nasib baik

nikaizat berkata...

ini citer betol ker???
sweet nyer mahasiswa yg kacak tu...

Si Aizuddin berkata...

ejae,
ye la. tula pasal, sweetkan?

Tun Teja berkata...

Saya saudara mara bau-bau bacang ngan dak2 hingusan tuh.Anda di saman kerana menggunakan gambar saudara mara bau-bau bacang saya ini di dlm blog anda tanpa persetujuan saudara mara bau-bau bacang mereka ini.

Si Aizuddin berkata...

Tun Teja,
Sila kemukakan kes ke mahkamah syariah terlebih dulu