Sabtu, 22 Ogos 2009

Gorila Mengejar

Dibilik.
Sedang Hamid berguling-guling dilantai.
Dia diam sahaja. Dia merenung kipas. Berputar.
Hari mahu hujan. Awan hitam sedang ditiup bergerak berat membawa sejumlah berat air hasil kerjasama Si Matahari dan terus dibawa tegak diatas atap disebalik kipas yang berputar.

[Daunan Jerami bergumpal dan melintasi jalan]
Dia hampir lemas dek kebosanan.

...................

Hari ini Poket Dia masih penuh dengan isipadu udara.
Dompetnya boleh dicampak dan melayang seperti Roket Kertas EX7 dengan enjin helikopter ciptaan Izwan Otai Kampung Pulau Bahagia.

....................

"Bawa D70 bersiar-siarlah."
"Sebelum koma akibat kebosanan disini"

Digapai D70 yang sedang beradu dalam beg lusuhnya dan meluru keluar dari kebosanan tersebut sehingga sampai disebuah pantai yang tidak diketahui lokasinya.

Angin pantai bertiup menyelekehkan rambut.
Cepat-cepat Dia perbetulkan rambutnya.

Dari ujung penjuru pantai Dia nampak seekor Gorila sebesar bangunan 5 tingkat berlari-lari menuju kearahnya seperti peminat yang gelojoh mengejar artis idaman semata-mata untuk sedikit contengan di kertas.

Panik. Dia terus lari,berlari, dan berlari-lari.
Sehingga sampai dibilik.
Hamid masih berguling-guling dilantai.

7 ulasan:

mugiwara berkata...

kau terlalu gelabah.
buat biasa saja.
munken dia bukan mahu kau.

munken dia cuma mahu d70.

mugiwara berkata...

ah ya!
munken dia mahu ajak kau bertarawikh sama sama.

munken...
erm...

selamat berpuasa dan berbuka dan bertarawikh dan bersahur...

niat puasa dan berbuka jangan lupa!

Si Aizuddin berkata...

tq mugi.
mungkin mungkin.

ok selamat berpuasa

Darkk berkata...

Berikan D70 itu kepadaku. Biarlah aku temani hidupnya.

Si Aizuddin berkata...

Dark,
aku jd miskin kot krnanya

ochs widdle berkata...

si aizudin.selamat berpuasa.
jgn lupa bg d70 makan..

Si Aizuddin berkata...

ochs,
tq. selamat berpuasa