Sabtu, 3 Oktober 2009

Krisis Ekonomi Global: Duit Terbang


Hari ini Karim malas mahu buat rutin kerja harian beliau. Beliau berkerja di bahagian penting dalam sebuah kamera berjenama Nikon. Di department beliau, iaitu department shutter beliau terpaksa berkerja keras untuk memastikan cahaya keluar masuk dengan lancar dari kaca lensa ke sensor kamera. Tetapi beliau mahu bercuti hari ini.

Hari ini Johnson terpaksa menggantikan Karim di department shutter membuka dan menutup shutter seperti hari-hari yang lalu. Tapi Johnson masih mentah dalam bidang ini dan tanpa sengaja telah menutup shutter kamera itu lebih dari masa yang sepatutnya. Dan terus terkunci shutter itu. Johnson yang menggelabah masa itu terus beli tiket ke Rusia dan melenyapkan diri tanpa sebarang kesan.

.......................................................................

Aku pejam mata.
Aku buka mata.
Pandang langit.
Aku nampak empat ratus lima puluh ringgit terbang.
Betul-betul melintas atas ubun-ubun kepala aku.
Dan pergi jauh meninggalkan pandangan aku.

21 ulasan:

Darkk berkata...

apa macam bro? Lens rosak?

Sudah ku katakan, kasi aja D70 tu kepada ku. Semua orang akan rasa gembira.

Haha.

aishah ibrahim berkata...

bersabar sajalah.
-____-"

puding roti berkata...

ala sedihnya. duit lari

Si Aizuddin berkata...

Darkk,
Bukan lens. shutter.

Hahaha. boleh aku bagi. tp kena rm2k la.

Aishah,
Aku harap2 boleh combo dgn d60 kau

Puding,
Terbang lah.

mirashi berkata...

tak boleh baiki ke?
:|

Si Aizuddin berkata...

Mira,
boleh. tapi tu yang mengakibatkan rm450 terbang tu

aishah ibrahim berkata...

nak combo dgn d60 aku boleh.
bila kau balik shah alam?
( ;

Si Aizuddin berkata...

Aishah,
15 hb 11. insyaallah. tak beli tiket lagi

mirashi berkata...

klau beli baru pulak bape yg melayang?:)

debiru.sha berkata...

ok.
aku pun fly balik lambat sikit nanti.
jadi, aku roger. ( ;

Si Aizuddin berkata...

Mira,
rm1.5 k plg minimum

Aishah,
orait la gitu. roger

StingRay berkata...

kaau duit tu jinak macam merpati...nanti dia balik semula la..


jgn risau.




rasanya tak jinak kot.hahaha

Si Aizuddin berkata...

StingRay,
KALAU lah kan? mmg tak jinak pun. hahaha

tasikmerah berkata...

tak pe. duit raya banyak, kan? :p


.

Si Aizuddin berkata...

Tasikmerah,
tak dapat duit raya pun. kena bagi duit raya lagi adalah. sedih =[

mugiwara berkata...

aku carik d60 atau d80 aritu....
tapi orang tu kata dah tak kuar dah...
kecewa...


ke
aku kena tipu weh...



aku tgh sebey lagi nih~

Si Aizuddin berkata...

cari d90 terbaik.

d60,d70,d80 model lama. tak kuar da.
2nd hand ade la.
try ebay or mudah.com

Raje berkata...

Kamera rosak bang? hahaha

Si Aizuddin berkata...

Raje,
Sibuk mu nih.

mugiwara berkata...

d90 bukan tiga pat riban keh?

kering kontang a badan aku ni~


aku baru beginner je pn. xyah yg hebat sgt...

Si Aizuddin berkata...

beginner cari d40.
paling user-friendly.
RM2k dapat baru punya.