Jumaat, 25 Disember 2009

Senyuman Dalam Gerimis

Sila guna imaginasi anda:

Seorang Jejaka ondewei berjumpa Kekasihnya.
Di KLCC. 2 menara tinggi yang macam rebung.
Of koz hatinya girang.

Ketika di Elarti.
Seorang mat Bangla menghampirinya.
Memohon simpati.
Tak cukup duit untuk membayar tambang.
Ok. Dihulurkan not hijau sekeping.
Sambil tersenyum Jejaka memberi.
Lantas mat Bangla berterima kasih.
Sejuta kali terima kasih. Lebih kurang.

Ketika menunggu teksi.
Kelihatan si buta.
Terpingga-pingga.
Dihadapan seekor anjing auk auk.
Jejaka dengan selamba.
Mencampak tulang tangan kirinya.
Mengalih tumpuan anjing auk auk dari si buta.
Para hadirin bertepuk tangan.

Sampai di KLCC,
Seorang budak berlari-lari.
Dan tergelincir di tangga.
Si Jejaka dengan selamba.
Melompat dan menyambut si budak.
Terselamat dari terentak otaknya.
Para hadirin bertepuk tangan.

Then, telefon bimbitnya berbunyi.
Kekasih telefon.
Dan. Cancel dating.
Ada hal penting katanya.

Jejaka senyum dan terus berjalan pulang.
Gerimis turun.
Jejaka terus tersenyum.

Isnin, 21 Disember 2009

Fragran Baru Dari Ambi Pure

Dari tadi lagi.
Bau busuk terus menerus terperosok dalam rongga jiwa aku sehingga kebas rasa deria bau ini. Lebih busuk dari bangkai gajah, mahupun kencing keldai, ataupun berak pak belang. Macam syilakak siksanya.

Aku cari dari mana datangnya.
Rupanya dari hati si Jamsari.
Senyumnya sinis.
Terpancar hasad di belakang bicaranya.
Setiap lakunya.
Disusuli jutaan jerangkap samar.

...........................................................

Ambi Pure ciptalah fragran baru.
Khas untuk wangikan hati yang busuk.

Ahad, 13 Disember 2009

Surat Tak Rasmi Kepada Awan

Kepada Awan,
Boleh tak kau sorokkan Sang Matahari. Yang sering kali membakar epidermis kulit. Mendidihkan sel-sel otak. Dan menggelapkan hati lelaki ini. Ya lah, bukannya aku terlalu merindukan Sang Bulan. Tapi, Sang Matahari terlalu panas untuk aku. Terlalu silau untuk kornea mataku. Dan terlalu terang untuk jiwaku. Bolehkan Awan? Oh ya, aku juga mahu hujan pada petang hari sahaja. Hujan di pagi hari sejuk sangatlah. Lagi satu, kalau Angin tiupkan engkau ke utara, jangan lupa kirimkan salam aku pada dia.

Yang Benar,
Lelaki Dalam Darkness

Khamis, 10 Disember 2009

Hati Aku Bukan Laut Untuk Kau Selami

Hati ini.
Bukanlah laut.
Walau nampak tenang.
Tapi fragile dasarnya.
Tak perlulah kau selami.
Cukup. Dengarkanlah luahan isi hati ini.

"Aku tengok 999 di tvtiga."
"Aku sebak."
"Hati aku menangis."

..........................................................

luahan pengarang:
Masa tak ada untuk berlegar di blog.
Habis cuti sekolah, Aku qada' balik.

Sabtu, 5 Disember 2009

Dari Minda Si Penjaga Ular

Abang Hafiz adalah seorang penjaga ular.
Di Taman Haiwan Grosper.
Abang Hafiz bersama ular sawa beliau.
Kelihatan sedang menyambut para tetamu.
Hari itu seorang remaja kurios datang bertanya.

Remaja Kurios = RK
Abang Hafiz = AH

RK: Abang. Saya nak tanya sikitlah. Boleh?
AH: Boleh. Tapi sikit saja tahu.
RK: Ok. Macam mana abang boleh jaga ular-ular ini ye bang?
AH: Oh. Ular-ular ini simpel saja. Mereka macam perempuan juga. Mula-mula kau kenalah pikat mereka. Bila mereka sudah percaya pada kita. Jagalah dengan penuh kasih sayang. Kalau sekali kau buat tahi. Sampai mati mereka membenci kau. Jadi kau perlu menanam semula kepercayaan itu dari awal semula. Jangan sesekali beri mereka peluang menggigit kau. Kerna sekali mereka dapat menggigit kau. Maka mereka akan terus menerus menggigit kau.
RK: Amboi. Banyaknya jawab. Boleh tanya satu lagi soalan bang?
AH: Apa dia?
RK: Ular sawa memang suka makan kepala dulu ya?

Kelihatan remaja tersebut sudah siap terbelit dengan separuh kepalanya berada didalam mulut ular sawa tersebut.

Catatan Popular