Khamis, 28 Januari 2010

Lambung Aku Tinggi-tinggi

Aku pantang dipuji. Kira macam alergiklah. Doktor kata penyakit aku ni serius. Semakin aku dipuji, semakin kacaklah aku jadinya.

Tapi aku tak minat tengok drama melayu.

.....................................................

Satu hari ada seorang lelaki ni. Dia kejar aku. Aku nampak dari jauh lagi dia terpanggil-panggil aku. Aku check wallet aku masih elok tersisip dalam kocek seluar aku.

"Abang! Abang!" Terpekik-pekik dia aku tengok.

Aku macam biasa. Rileks sajalah.

Sampai dekat dengan aku. Dia dah tercungap-cungap aku tengok.

"Saya minat abanglah! Abang ni artiskan?"
Aku senyumlah. Tapi terkejut juga.

"Betul bang, Saya memang minat abang. Semua album abang saya beli. Dalam empitri saya semua lagu abang saja. Konsert abang saya tak pernah miss lah! Dari dulu lagi saya minat abang ni."

Amboi, lajunya kau. Aku yang tak habis lagi terkejut terpinga-pingalah tengok sekeliling.
"Biar betul mamat ni." Bisik aku dalam otak.

"Betul bang!"
Aik, boleh baca fikiran aku pula.

"Mana ada saya baca fikiran abang"
"Ni bang, nak autograf boleh?"
Sambil dia hulur pen dan kertas.

Aku pun sain sajalah. Lagipun aku dah lambat ni.

"Abang ni Eman Manan kan?"

Aku kata "Huh?"

Isnin, 25 Januari 2010

Kawan Lama Saya

Hari ini saya mahu bercerita tentang kawan lama saya di sekolah asrama dulu.

Dulu, saya ada mengenali seorang kawan. Namanya Shahrul. Shahrul seorang budak yang pelik. Dia kata dia anak kepada satu famili alien dari planet pluto. Rakan-rakan saya yang lain kata dia gila. Mereka kata sepatutnya paras rupa orang di pluto mestilah berbeza dengan orang bumi. Dia jawab dia cuma menyamar menggunakan teknologi tranformasi supaya kelihatan seperti orang bumi. Mereka kata cuba kau bertukar menjadi orang pluto, kami mahu tengok. Dia kata tak boleh. Mesin transformasi tersebut sudah rosak di mamah anai-anai. Mereka tak percaya kata-kata Shahrul dan berlalu pergi selepas membelasah Shahrul buat beberapa jam.

Saya yang melihat insiden tersebut mengajak Shahrul melepak di belakang asrama berhampiran dengan ampaian baju. Saya tahu Shahrul masih sedih kerna tidak dipercayai rakan-rakan sendiri. Dia kata dia tak tipu. Saya diam saja sambil mnghulurkan biskut oreo padanya. Dia senyum, dia kata nanti familinya dari pluto akan datang menjemputnya sambil tangan mengambil biskut oreo yang dihulurkan. Saya senyum saja dan mengajak Shahrul pergi makan di kantin.

....................................................

Itu kali terakhir saya berjumpa dengan Shahrul. Dan saya teringat yang dia ada kata orang pluto suka menyerang menggunakan molotov cocktail.

Jumaat, 22 Januari 2010

Cerita Malam Itu

Malam tu gua tak boleh tidur. Yalah, Bila saudara mara ramai-ramai berkumpul tidur dikampung. Suasana malam tu sudah macam ada perang antara dinosour. Bunyi dengkuran saling bersahut-sahutan. Semua orang dah pun lelap. Tinggallah gua seorang terguling-guling menahan seksanya deria telinga.

Setelah berjam-jam gua bertungkus-lumus berusaha untuk tidur. Gua putus asa. Dapur gua tuju. Mencari saki-baki makanan untuk melayan perut yang bosan.

Dalam perjalanan tu gua nampak Pakcik Mat menangis dalam mimpi. Anak buah gua si Ayuni pula mengigau nak aiskrim. Gila mana ada orang jual aiskrim malam-malam buta ni.

Di dapur gua nampak opah sedang rilek-rilek di meja makan. Termenung kosong.

"Hai opah." Gua tegur dia.

Opah gua pandang gua balik.

"Tak reti bagi salam?" Dia kata.

"Assalamualaikum." Malu gua.

"Waalaikumsalam." Dia jawab.

Sunyi seketika. Gua cari bekas milo.

"Opah rindukan anakcucu opah." Sedih dia bersuara.

Gua diam saja. Sambil tu gua teruskan projek milo ais gua.

"Kirim salam pada semua ya." Sambung dia lagi sambil tu dia memasang sayap kupu-kupu yang berwarna pinknya.

Ketika gua meneguk milo ais tu dia terbang keluar dari tingkap menuju ke langit.

Stesyen Berikutnya

Hari yang basah itu aku naik train.
Aku cari port baik dipenjuru gerabak.
Infiniti. Aku usha gerabak ini infiniti.
Tak nampak pangkalnya.

Tenang, aku buka akbar semalam.
Ambil manisan mentos dalam poket.
Dan campak dengan bergaya kedalam mulut.
Mata aku mencari tajuk yang menarik untuk dibaca.

..........................................................

Datang seorang lelaki. Duduk sebelah aku.
Tak malu, kata hati aku.
Sana tu kan kosong, lagi aku tambah.

Sunyi.

Lelaki dengan kot hujan itu membuka bicara.
Kau kenal Suezana?. Dia tanya.
Aku tak layan. Kosong aku menatap akhbar.
Dia senyum kecil.
Tangannya disorong keluar dari kocek.
Revolver .38 diletak diruang kosong antara aku dan dia.
Aku sayang Suezana tu. Dia cakap.
Dia tu cantik orangnya. Sambungnya lagi.
Aku diam saja buat-buat baca akhbar.

Lelaki itu termenung lagi.
Dia mengetap bibirnya. Geram.
Aku curi-curi lihat riak wajahnya. Ngeri.
Penuh dengan warna-warna kebencian.
Suezana tu bodoh. Jeritnya perlahan.
Aku paling layak untuk dia. Tapi, dia nak kan si kerepot buncit tu juga. Apalah sangat wang si kerepot tu. Aku pun boleh menjaga adik-adik kecilnya itu. Tak perlu wang berjuta pun.
Hujah lelaki itu laju. Marah.
Aku tahu dia marah.

..........................................................

Stesyen berikutnya, Neraka
Next station, Neraka
Suara datang dari speaker train.

Dia bingkas bangun.
Terus menapak kepintu berhampiran.
Menunggu pintu dibuka untuk dia melangkah keluar.

Sejurus pintu terbuka.
Lelaki itu menoleh pada aku yang membatu.
Beritahu Suezana, aku minta maaf.
Sayu suaranya meluahkan bicara.
Lantas dia melangkah keluar.

Ahad, 17 Januari 2010

Malam Karim Yang Kosong

Kipas berputar diatas kepala Karim.
Bunyinya menemani Karim biarpun kedinginan.

Malam ini. Semuanya kosong.
Karim. Seorang diri duduk di kerusi malas arwah atuknya.
Ditengah-tengah pusaran blackhole Karim melepak.
Berputar-putar rasa dunia.
Tapi dikepala Karim tetap kosong. Empty.

Karim menunggu bintang.
Bintang yang acap kali menemaninya dimalam hari.
Menunggu ungkapan Goodnight dari bintang.
Sehingga kini belum tiba lagi.

Telefon bimbit berbunyi.
Hati Karim tak sabar-sabar membuka mesej yang tiba.
Dengan harapan ucapan Goodnight dari bintang.

"Man Utd tiga, Burnley kosong"

"Yes!" Karim cakap.
Lupa terus hal sang bintang.
Karim basuh kaki. Gosok gigi.
Satu terjunan ke atas katil.
Dan terus terperosok di bawah bantal.

Kerna malam Karim tak kosong lagi.

Khamis, 14 Januari 2010

Ini Bukan Iklan Barangan Berjenama

Bedah jatuh cinta. Dia jatuh cinta pada Zack anak orang kaya. Bedah jatuh cinta pada Zack yang tidak pernah dikenalinya. Ya, dia pernah lihat seorang lelaki menunggang motor berkuasa tinggi yang nampak kaya dan dia rasa lelaki itu kelihatan seperti Zack. Itupun sekali saja ketika polis membuat roadblock di jalan besar berhampiran kampungnya si Bedah.

Kali ini Bedah nekad. Dia mahukan Zack. Keputusan nekadnya itu mendorong dia untuk pergi ke pusat membeli-belah terkemuka negara lantas mencari kedai-kedai yang menjual pakaian dan barangan berjenama. Bedah mengambil pakaian yang cantik-cantik, tas tangan yang cantik-cantik, kasut highheel yang cantik-cantik dan dibawanya ke fitting room. Di sanalah sesi fotografi berlangsung. Setelah puas bergambar Bedah pulang tanpa membeli sebiji gula-gula pun sambil berkata pada staf kedai itu "Teruk betul barangan kedai ni".

Sesampai saja di kampung Bedah terus ke cyber cafe tanpa cafe di kampungnya untuk menguploadkan gambar-gambar tadi ke dalam laman web sosial kegilaan remaja, facebook (seperti yang diwar-warkan media) miliknya. Dan terus pulang ke rumah dengan harapan Zack terpikat selepas melihat gambar-gambar barunya itu.

................................................

Esoknya Bedah bangun tidur dengan hati yang berdebar-debar.

Sabtu, 9 Januari 2010

Meluangkan Masa Bersama Donat

Hari itu masa aku sedang berendam dalam kuali dengan minyak panas. Aku ada berjumpa dengan donat. Dia comel saja. Tak kerek ataupun langsi kepada manusia. Aku pun berenang menghampiri nya dan memulakan bicara.

"Hai, kau ni donat kan?"
"Ya, akulah donat. Ada apa yang boleh aku bantu?"
"Aku ada soalan"
"Silakan bertanya, Aku cuba jawablah"
"Apa cita-cita kau sebenarnya"
"Oh, dulu aku nak jadi Ultramen biru, Kau tahu tak Ultramen boleh terbang. Aku cuma mahu terbang. Dan aku sukakan biru"

Lantas Donat mendongak kelangit. Aku dapat lihat air matanya bertakung. Mungkin dia tak mahu menjadi punca kepada diabetes.

Catatan Popular