Khamis, 14 Januari 2010

Ini Bukan Iklan Barangan Berjenama

Bedah jatuh cinta. Dia jatuh cinta pada Zack anak orang kaya. Bedah jatuh cinta pada Zack yang tidak pernah dikenalinya. Ya, dia pernah lihat seorang lelaki menunggang motor berkuasa tinggi yang nampak kaya dan dia rasa lelaki itu kelihatan seperti Zack. Itupun sekali saja ketika polis membuat roadblock di jalan besar berhampiran kampungnya si Bedah.

Kali ini Bedah nekad. Dia mahukan Zack. Keputusan nekadnya itu mendorong dia untuk pergi ke pusat membeli-belah terkemuka negara lantas mencari kedai-kedai yang menjual pakaian dan barangan berjenama. Bedah mengambil pakaian yang cantik-cantik, tas tangan yang cantik-cantik, kasut highheel yang cantik-cantik dan dibawanya ke fitting room. Di sanalah sesi fotografi berlangsung. Setelah puas bergambar Bedah pulang tanpa membeli sebiji gula-gula pun sambil berkata pada staf kedai itu "Teruk betul barangan kedai ni".

Sesampai saja di kampung Bedah terus ke cyber cafe tanpa cafe di kampungnya untuk menguploadkan gambar-gambar tadi ke dalam laman web sosial kegilaan remaja, facebook (seperti yang diwar-warkan media) miliknya. Dan terus pulang ke rumah dengan harapan Zack terpikat selepas melihat gambar-gambar barunya itu.

................................................

Esoknya Bedah bangun tidur dengan hati yang berdebar-debar.

15 ulasan:

Pinko berkata...

bedah dah add zack as a friend ke belum?

Si Aizuddin berkata...

Pinko,
Itu kita jadikan sebagai persoalan disini. Mari sama-sama kita fikir

norfaridahanum berkata...

ok,ini tulisan kamu yg plg direct skali..xde belit2 mcm selalu. ke aq yg x dpt nk bc yang tersirat? *sambung pikir*

Si Aizuddin berkata...

Faridah Hanum,
Haha. Yang penting anda enjoy membaca.

Jadikan membaca budaya kita(iklan di televisyen)

mata kaca berkata...

sengal punye bedah.

puding roti berkata...

teringat dulu karang email bahasa omputeh ats kertas br tulis kt pc cc

Si Aizuddin berkata...

Mata Kaca,
Dulu masa baby dia kena demam panas. Itu yang jadi sengal tu

Puding Roti,
Mengimbau kembali memori lamakan? Hahaha

Lelaki Autumn berkata...

terbaik punya perli !!

Si Aizuddin berkata...

Lelaki Autumn,
Perli untuk kebaikan bersama

t a u f i k berkata...

this is such an entertaining piece of writing. :)

Si Aizuddin berkata...

Taufik,
Terima Kasih. Writing makes me feel good. Orang kata intepretasi minda

saya hakimah. berkata...

then?
u should cont

Si Aizuddin berkata...

Hakimah,
Tak mau spoil imaginasi pembaca. Lebih bagus di biarkan tergantung. Mungkinkah Bedah akan jumpa Zack? Atau jumpa Ali? Atau Benggali? Terpulang.

saya hakimah. berkata...

hmm. pernah dulu, chekgu BM bagtau :
'hakimah, cerita yg baik ialah bila pembaca tak sabar nak tahu the ending'
chekgu PJ bgtaw :
'hakimah, game mesti stop bila org tgh seronok bermain'
and i guess i should congratz u

Si Aizuddin berkata...

Hakimah,
Terima kasih kepada ex-roomate saya yang melatih saya. Beliau senantiasa mengumpul drama-drama korea/jepun dan mendeletekan episod yang terakhir. Sweet, kan?