Isnin, 25 Januari 2010

Kawan Lama Saya

Hari ini saya mahu bercerita tentang kawan lama saya di sekolah asrama dulu.

Dulu, saya ada mengenali seorang kawan. Namanya Shahrul. Shahrul seorang budak yang pelik. Dia kata dia anak kepada satu famili alien dari planet pluto. Rakan-rakan saya yang lain kata dia gila. Mereka kata sepatutnya paras rupa orang di pluto mestilah berbeza dengan orang bumi. Dia jawab dia cuma menyamar menggunakan teknologi tranformasi supaya kelihatan seperti orang bumi. Mereka kata cuba kau bertukar menjadi orang pluto, kami mahu tengok. Dia kata tak boleh. Mesin transformasi tersebut sudah rosak di mamah anai-anai. Mereka tak percaya kata-kata Shahrul dan berlalu pergi selepas membelasah Shahrul buat beberapa jam.

Saya yang melihat insiden tersebut mengajak Shahrul melepak di belakang asrama berhampiran dengan ampaian baju. Saya tahu Shahrul masih sedih kerna tidak dipercayai rakan-rakan sendiri. Dia kata dia tak tipu. Saya diam saja sambil mnghulurkan biskut oreo padanya. Dia senyum, dia kata nanti familinya dari pluto akan datang menjemputnya sambil tangan mengambil biskut oreo yang dihulurkan. Saya senyum saja dan mengajak Shahrul pergi makan di kantin.

....................................................

Itu kali terakhir saya berjumpa dengan Shahrul. Dan saya teringat yang dia ada kata orang pluto suka menyerang menggunakan molotov cocktail.

12 ulasan:

puding roti berkata...

sedih. tp kelakar. haha

nazrin zaidi berkata...

orang pluto duduk jauh.

biasa lah.

molotov cocktail?

aku yang ajar mereka untuk perang di pluto..

tapi,sudah disalah guna.

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) berkata...

ada nombor tepon dia tak?

Si Aizuddin berkata...

Puding,
Kelakar tapi terharu.

Nazrin,
Kau orang tahukan insiden yang berlaku baru-baru ini. Aku rasa ini angkara orang plutolah

Fatah,
Tak ada. Masa itu zaman penggunaan telefon hanya di kalangan orang-orang kaya saja

saya; AISA. berkata...

haih haih.
tragis cerita ini.

mirashi berkata...

shahrul sungguh cool
nombo pleaseee
hahaha xD

ps:apakah itu molotov cocktail?-___-"

Si Aizuddin berkata...

Aisa,
Patut diselitkan sedikit nilai-nilai murni supaya nampak lebih dramatik

Mirashi,
Gatal.
Molotov cocktail ialah sejenis bom buatan sendiri yang dihasilkan dengan sebotol bahan mudah letup seperti minyak atau arak.

nisa hanisah berkata...

dan mesin itu dibuat dari kayu...

mirashi berkata...

..........................









wow -_-"

Si Aizuddin berkata...

Nisa,
Ya mungkin. Kerna watak anai-anai terlibat disitu. Atau mungkin anai-anai di pluto makan batu. Jadi mesin itu dibuat dari batu.

Mirashi,
Wau. Wau bulan.

anonymous berkata...

Tahniah, anda terselamat dari serangan orang-orang pluto. Bukan orang, sebenarnya makhluk pluto.

Si Aizuddin berkata...

Ony,
Tu lah, saya dengar makhluk pluto tu lah yang campak molotov cocktail ke gereja-gereja tempoh hari.