Khamis, 28 Januari 2010

Lambung Aku Tinggi-tinggi

Aku pantang dipuji. Kira macam alergiklah. Doktor kata penyakit aku ni serius. Semakin aku dipuji, semakin kacaklah aku jadinya.

Tapi aku tak minat tengok drama melayu.

.....................................................

Satu hari ada seorang lelaki ni. Dia kejar aku. Aku nampak dari jauh lagi dia terpanggil-panggil aku. Aku check wallet aku masih elok tersisip dalam kocek seluar aku.

"Abang! Abang!" Terpekik-pekik dia aku tengok.

Aku macam biasa. Rileks sajalah.

Sampai dekat dengan aku. Dia dah tercungap-cungap aku tengok.

"Saya minat abanglah! Abang ni artiskan?"
Aku senyumlah. Tapi terkejut juga.

"Betul bang, Saya memang minat abang. Semua album abang saya beli. Dalam empitri saya semua lagu abang saja. Konsert abang saya tak pernah miss lah! Dari dulu lagi saya minat abang ni."

Amboi, lajunya kau. Aku yang tak habis lagi terkejut terpinga-pingalah tengok sekeliling.
"Biar betul mamat ni." Bisik aku dalam otak.

"Betul bang!"
Aik, boleh baca fikiran aku pula.

"Mana ada saya baca fikiran abang"
"Ni bang, nak autograf boleh?"
Sambil dia hulur pen dan kertas.

Aku pun sain sajalah. Lagipun aku dah lambat ni.

"Abang ni Eman Manan kan?"

Aku kata "Huh?"

22 ulasan:

fatah85 berkata...

KL ramai orang gila.

Aizuddin Jaafar berkata...

Fatah,
Hari itu aku tengok ada orang sembang dengan pokok

Ellie berkata...

Kak Ellie syak kamu ada iras Aziz M. Osman :D

Sudah berhari-hari membaca entri kamu.

Sangat coml macam entri Si puding roti juga.

Salam perkenalan dari Kak Ellie.

nazrinzaidi berkata...

lain kali cakap,

"eh,saya bukan eman manan,saya faizal hussein"

baru nanti dia belanja minum.

KL hari itu aku tengok ada orang makan limau sembang dengan lampu trafik pasal politik.

puding roti berkata...

kesiannya kt budak tu. tp kn awk, entri ni comel

Aizuddin Jaafar berkata...

Selepas bertanya pada pakcik google barulah saya tau Eman Manan itu pelakon drama malaysia. Ahaks

Kak Ellie,
Haha. Azizi Osman pakcik saudara saya. Terima Kasih Arigato.

Nazrin,
Fuh, nasib aku tak cakap aku faizal hussein. Mau dia ajak aku sembang politik dengan tong sampah dbkl.

Puding,
Salah makan ubat mungkin. Arigato

Tanpa Nama berkata...

hahhaa.
bagus itu orang!
asal tak tnye 'abang ni herman tino kan'

chiiku. berkata...

kalau m dot kelau?

M berkata...

emam manan penyanyi ke?
xtahu menahu pulak den selama ni
-.-"

Aizuddin Jaafar berkata...

Shax,
Dia kenal herman tino ke?

Aisa,
Itu peberet ayah saya tu. Hidup 60-an

Mirashi,
Ntah, maklumat lanjut tanya pakcik google

Judiene berkata...

hahaha
eman manan??
tak bleh blah
kalo hattan ke, awie ke, ok r gak
tp tak pe bro, kire ko femes r tuh
hehehe

blogwalking here
again!
=)

Aizuddin Jaafar berkata...

Judiene,
Haha. Boleh tahanlah.

Come here again. =]

. berkata...

Bahaha.

Nasib baik dia mintak sign je. Buatnya fanatik benar sampai dia culik kau bawak lari ke golok. Tak ke lagi haru.

Makin ramai rupanya orang yang putus fius sekarang ni. -_-"

Aizuddin Jaafar berkata...

Aya Nova,
Itu dah masuk kes serius dah tu.

Yalah, sekarangkan semakin banyak makanan kurang berkhasiat yang dipasarkan dipasaran.

DyanaYunus berkata...

wow! bangganya saya belajar satu tempat dengan eman manan! ;p

Aizuddin Jaafar berkata...

Dyana,
Eman Mananlah sangatkan?

Tanpa Nama berkata...

wuish tak tahu part mana yang sama dengan eman manan. jadi anda ex husband ogy ahmad daud lah ya? haha

Aizuddin Jaafar berkata...

Tanpa Nama(Sila berikan nama),
Ntah lah. Eman Manan pun saya tak kenal. Inikan ogy ahmad daud

-err, berkata...

eman manan junior kah?
or clon?
or..
haha :)

Ony Kosong berkata...

why eman manan? whyyyyyyyyyy???

Aizuddin Jaafar berkata...

Ony,
Ok spoiler: Mamat tu gila.

Tanpa Nama berkata...

pergh gile la...eman manan kot...saye ad kawan artis...xsangke nye...=)

Catatan Popular