Ahad, 17 Januari 2010

Malam Karim Yang Kosong

Kipas berputar diatas kepala Karim.
Bunyinya menemani Karim biarpun kedinginan.

Malam ini. Semuanya kosong.
Karim. Seorang diri duduk di kerusi malas arwah atuknya.
Ditengah-tengah pusaran blackhole Karim melepak.
Berputar-putar rasa dunia.
Tapi dikepala Karim tetap kosong. Empty.

Karim menunggu bintang.
Bintang yang acap kali menemaninya dimalam hari.
Menunggu ungkapan Goodnight dari bintang.
Sehingga kini belum tiba lagi.

Telefon bimbit berbunyi.
Hati Karim tak sabar-sabar membuka mesej yang tiba.
Dengan harapan ucapan Goodnight dari bintang.

"Man Utd tiga, Burnley kosong"

"Yes!" Karim cakap.
Lupa terus hal sang bintang.
Karim basuh kaki. Gosok gigi.
Satu terjunan ke atas katil.
Dan terus terperosok di bawah bantal.

Kerna malam Karim tak kosong lagi.

7 ulasan:

aishah ibrahim berkata...

mudah sungguh.

shax berkata...

haih.
karimm..karim..

mirashi berkata...

alahai
ingtkn part terjunan keatas katil tu diakhiri dgn si creamo *karim* terjatuh dri katil krn landing yg tdk kemas
hoho

ceh
tp karim dpt xmesej dri si star tu?
;PP

aishah ibrahim berkata...

kool gila macam tu.
aku pun nak la.

nazrin zaidi berkata...

bilang pada karim,

tolong langgan astro.
malam-malamnya tidak akan kosong.

mustahil akan kosong kalau dah tujuh.

chealsea tujuh,sunderland dua.

*saya penyokong negeri sembilan

Pinko berkata...

ohh betul rupanya study yg ckp most guys would choose football over girls.

Si Aizuddin berkata...

Aishah,
Mudah.com lagi mudah.
Kalau nak carilah disana

Shax,
Karim cap kream

Mirashi,
Insyaallah akan diusahakan dimasa akan datang.

Lebih best dari mesej

Nazrin,
Tak apa. jimat cermat amalan mulia.

Majulah sukan untuk negara.

Pinko,
Betul. boleh buat thesis kan?