Jumaat, 22 Januari 2010

Stesyen Berikutnya

Hari yang basah itu aku naik train.
Aku cari port baik dipenjuru gerabak.
Infiniti. Aku usha gerabak ini infiniti.
Tak nampak pangkalnya.

Tenang, aku buka akbar semalam.
Ambil manisan mentos dalam poket.
Dan campak dengan bergaya kedalam mulut.
Mata aku mencari tajuk yang menarik untuk dibaca.

..........................................................

Datang seorang lelaki. Duduk sebelah aku.
Tak malu, kata hati aku.
Sana tu kan kosong, lagi aku tambah.

Sunyi.

Lelaki dengan kot hujan itu membuka bicara.
Kau kenal Suezana?. Dia tanya.
Aku tak layan. Kosong aku menatap akhbar.
Dia senyum kecil.
Tangannya disorong keluar dari kocek.
Revolver .38 diletak diruang kosong antara aku dan dia.
Aku sayang Suezana tu. Dia cakap.
Dia tu cantik orangnya. Sambungnya lagi.
Aku diam saja buat-buat baca akhbar.

Lelaki itu termenung lagi.
Dia mengetap bibirnya. Geram.
Aku curi-curi lihat riak wajahnya. Ngeri.
Penuh dengan warna-warna kebencian.
Suezana tu bodoh. Jeritnya perlahan.
Aku paling layak untuk dia. Tapi, dia nak kan si kerepot buncit tu juga. Apalah sangat wang si kerepot tu. Aku pun boleh menjaga adik-adik kecilnya itu. Tak perlu wang berjuta pun.
Hujah lelaki itu laju. Marah.
Aku tahu dia marah.

..........................................................

Stesyen berikutnya, Neraka
Next station, Neraka
Suara datang dari speaker train.

Dia bingkas bangun.
Terus menapak kepintu berhampiran.
Menunggu pintu dibuka untuk dia melangkah keluar.

Sejurus pintu terbuka.
Lelaki itu menoleh pada aku yang membatu.
Beritahu Suezana, aku minta maaf.
Sayu suaranya meluahkan bicara.
Lantas dia melangkah keluar.

11 ulasan:

saya; AISA. berkata...

fuh. stesyen neraka.

mirashi berkata...

-_-"

shax berkata...

sori laa pakcik.
ai bukan saje2 nak reject u.
u tu saiko sangat

Si Aizuddin berkata...

Aisa,
Tempat orang-orang jahat di campak

Mirashi,
-_-"

Shax,
Aku pun ngeri u.

mata kaca berkata...

uhh..
post kali ni sangat ganasz.

T_T

meremang~~~
(bayangkan rumpai2 laut berbulu yang beralun-alun di dasar lautan)

cj'alhafiz berkata...

owh god....ada sambungan tak cerita ni Ai....
best wei.....

my blog update:
http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/01/true-false-x.html

my book blog:
http://coffeecrackers.blogspot.com/

Si Aizuddin berkata...

Mata Kaca,
Bagus, lebih best dibaca dengan alunan latar suara cerita seram korea.

Hahaha
(Sori, bila sebut saja laut saya nampak spongebob)

CJ,
Memang sengaja tulis post yang endingnya nampak tergantung.

Tengoklah kalau hati tergerak nak tulis sambungannya.

Oh,baiklah. i'll check it out later

norfaridahanum berkata...

Suezana tu nama betul ke "bukan nama sebenar" ?

Si Aizuddin berkata...

Norfaridah,
Cerita ini hanya wujud dalam blog ini dan minda penulis dan minda pembaca saja. Jadi, Suezana wujud dalam dunia nyata cuma tidak berkaitan pun dengan post ini

buck_dich86 berkata...

aku rasa penyambung dia best mcm ni: bila pintu tertutup, kau usha ke luar. pakcik tu pndg muka kau dgn acukan pistol kt kepala. pstu boom, darah pun tercampak ke tingkap tmpt kau duduk. cmni baru la ada kena mengena dgn neraka sbb buno diri tu automatik ke neraka.. hehe

Si Aizuddin berkata...

Buck Dich,
Haha. Aku imagin sambungan yang berbeza. Tapi yang ini pun saiko juga