Khamis, 25 Februari 2010

Komedi Tragik

Petang yang macam biasa. Aku mainkan lagu mellow dalam cakera kepala aku sendiri. Dan aku berjalan guna kaki sendiri nak membekukan hati yang meronta-ronta mahu terbang ni.

Sampai di lampu trafik aku nampak seorang badut di seberang jalan yang sana. Mata aku tengok dia. Mata dia tengok lampu trafik. Dan sebelah badut ada budak acah-acah gengster yang aku rasa nama dia John kerana dia kelihatan seperti John kutuk-kutuk badut tu. Badut tu buat tenang je, setenang air sungai yang budak-budak selalu sangkakan tiada buaya tu. Lampu trafik ketika tu ada gambar orang lidi berdiri warna merah dan kereta motor lori helikopter dan segala bagai kenderaan kelihatan melintas antara kami.

Beberapa saat kemudian. Badut tu sepak budak yang aku rasa nama dia John tu sehingga terpelanting ke tengah jalan dan di seret treler dua puluh tayar sejauh lapan puluh meter. Kemudian kami melintas dengan tenang.

...................................................

Aku pernah terbaca satu nota kecil yang aku jumpa dulu.
" Semua orang fikir clown itu baik. Sebenarnya clown tu jahat gila. Dah la kejam lak tu. Tapi saya suka clown. Sebab clown comel suka buat budakbudak gelakgelak hepihepi."

16 ulasan:

shakinah berkata...

aku tak suka badut. badut huduh bibir besar

puding roti berkata...

sy takut badut lps tgk citer badut mkn budak

where berkata...

aku suke 'joker', sebab dy tunjukkan sisi gelap manusia yang fikir diri mereka 'terbaek'..
walaupon kadang2 kulit dorang "mang gelap"..
joker itu jaat sbb john itu baik?
tapi si lelaki 'john' itu, adakah beliau boleh dibanggakn?

mirashi berkata...

saya suka clown sbb idong dia merah+cool
hehehehhe xD

norfaridahanum berkata...

maka clown pun jadilah hero untuk hari itu..ek?

nazrin zaidi berkata...

cara berlawak yang hardcore.

eneway keep it up.

Pinko berkata...

Ini rancangan 18SG.

si hitam berkata...

clown = menakutkan

gReeN iS pEAce berkata...

good job..

menceriakan suasana..

membuatkan org ketawa depan lappy..

saya; AISA. berkata...

dulu aku takut badut.
sikit pun tak lawak.
seram doe.

Si Aizuddin berkata...

Shax,
Angelina Jolie pun bibir besar.

Puding Roti,
Tak baik makan budak. Kan?

Wangwang,
I thought everybody have joker's personality inside them.

Mirashi,
Kadang tu hidung donat pun merah dan cool

Norfaridah,
Bergantung pada cuaca pada hari itu.

Nazrin,
Jiwa humor yang melampau dan cara selamat melintas jalan.

Pinko,
No free reading. -Kedai buku Ali-

Si Hitam,
Clown juga comel.

Damai Hijau,
Thanks. Teruskan membaca.
Cover sikit gelak tu.

Aisa Debiru,
Badut mana kau takut. Aku dulu nak masuk McD pun takut tau

ica berkata...

cte ni mengelirukan.tapi yang pasti jahat punye badut!!

gReeN iS pEAce berkata...

ok..new name..ye2..cover2,,:D

Si Aizuddin berkata...

Ica,
Kita manusia ada sudut hitam masing-masing. Mungkin badut tu ada ketulusan dalam aspek yang lain.

Damai Hijau,
Ok lah dari Green peas(Kacang hijau).
Ala comelnya cover. Kucikuciku.

gReeN iS pEAce berkata...

semut goreng btol

Si Aizuddin berkata...

Damai Hijau,
Sedap dan berkolestrol.