Sabtu, 6 Mac 2010

Bantu Aku Disini Melawan Monster Sepi

Jam pagi mengejutkan aku. Macam hari-hari yang dulu. Aku rasa aku akan jalani hari ini seperti hari-hari yang lain. Aku rasalah.

..................................................

Malam tadi.

Aku baring atas katil. Dengan kaki terkangkang tangan mendepang. Aku pandang syiling. Tak taulah syiling tu pandang aku ke tak. Perlahanlahan aku swallow perit hati aku sendiri. Mana tak peritnya, tepi katil ni ada monster Sepi sedang berjoget lagu aselehe sambil menjelir lidah simboliknya mengejek aku. Aku memang dah lama menyirap dengan monster Sepi ni. Dah macam-macam aku buat untuk menghalau dia pergi seperti campak dia dalam washing machine, bawa motor laju-laju sambil heret dia kat belakang, tabur serbuk cili kat lapan biji mata dia dan sebagainya. Tapi dia tak pernah serik nak menganggu aku.

Dan dalam penuh kesabaran aku menelan keperitan tu, aku terlelap. Dan bermimpi. Seperti biasa aku tenggelam dalam periuk sup masakan monster Sepi. Dan datang seekor biri-biri putih menyelamatkan aku. Dia sambar aku keluar dan terbang ke awan. Kami berborak mesra dan kini monster Sepi tak boleh kacau aku lagi. Sebab dia tak boleh terbang. Biri-biri putih yang bernama Bebe tu ajak aku main sepak bantal kat atas awan tu. Sedang kami berseronok menyepak bantal tu. Jam pagi berbunyi.

Aku tengok monster Sepi dah gelak-gelak kat bawah tu. Damn.

..................................................

Seterusnya: Bunyi Gitar Cinta Dan Kita

20 ulasan:

LuFFy berkata...

pesal ko xtonggeng kt monter tuh...grenti xsepi~

Si Aizuddin berkata...

Zaki,
Habis dah aku tonggeng terbalik semua. Hahaha.

Tun_Teja berkata...

hahhaa..elok ko bakar jek monster sepi tuh..konpem dia xkan berani kaco ko lg..tp klo dia dendam then ruh dia kaco ko...tuh naseb ko la er..hahahha

Si Aizuddin berkata...

Tun Teja,
Dah campak dalam gunung berapi siap.

saya; AISA. berkata...

aku terbayang cerita monster inc.
comel doe.

nazrin zaidi berkata...

kena serahkan kepada yang pakar.

kau kontak ultraman.
dia akan bagi advice.

siap duit je.

Si Aizuddin berkata...

Aisa Debiru,
Comel. Selagi dia tak kacau hidup kau.

Nazrin,
Ok ok. Agak bagus idea kau.

Pinko berkata...

monster ini selalu kacau sy jugak. jahat die ni

Af'fi Sofyan berkata...

kenalkan aku dgn bebe tu. bole?

aku teringin mau bersenang senang di langit biru.

Si Aizuddin berkata...

Pinko,
Memang jahat. Sangat suka tengok orang bersedih.

Tun Af'fi,
Boleh boleh. Tengoklah lain kali.

tengku_fir21 berkata...

hmm...keluar lah bergembira...pasti monster tk dtg lage...

*ko jatuh katil ker..???

Si Aizuddin berkata...

Tengku Fir,
Hahaha, masa tak mengizinkan. Dan aku tak jatuh katil.

ica berkata...

gedik gile monster sepi tu!!
siapa menari2 lagi!!

Si Aizuddin berkata...

Ica,
Memang hobi dia buat kita rasa macam loser.

*Erm, maksud kau "siap menari-nari lagi" kan?

where berkata...

mesti monster pun sepi sebab kau selalu x layan dy..try la berbincang dengannya..
mungkin boleh mencari penyelesaian..
bebe itu suka curik kau dari monster..
atleast dy berjaya hiburkan hati kau..haha

Si Aizuddin berkata...

Wangwang,
Kau tahu jelah monster tu. Dia hanya bersama-sama mereka yang sepi.

ica berkata...

ye ye.
menari-nari.

Si Aizuddin berkata...

Ica,
Hahaha. Aku ingat "siapa yang menari-nari lagi"

ica berkata...

uhh kesilapan jari menaip
siapa menari?
jawapan: monster sepi

eh haritu aku nampak lah monster sepi tu.tapi adik die kut.

Si Aizuddin berkata...

Ica,
Lah. ada adik rupanya monster ni.