Isnin, 1 Mac 2010

Hari Februari Yang Hilang

Sebelum Masihi dulu. Semua dinosour telah diculik oleh orang Marikh dan disorok didalam satu ruang vorteks di dimensi lain. Adalah sikit-sikit yang terselamat sebab kapal angkasa mereka ketika itu telah pun terlebih muatan.

Selepas itu tamadun manusia bermula kerana manusia ketika itu bukan lagi lauk untuk dinner para dinosour. Dan ketika itu manusia meneka yang bulan itu ada banyak kerna setiap malam bulan yang berbeza rupa akan keluar. Tapi setelah kajian dibuat oleh pihak berwajib, mereka telah berjaya mencipta "alat pengintai angkasa" (baca dengan nada Doraemon). Mereka mengintai bulan dan menjumpai hanya sebiji bulan saja yang wujud.

Satu ketika seorang ahli astronomi purba telah menggunakan alat pengintai angkasa itu untuk mengintai matahari. Dan ketika itulah satu peristiwa yang tak dijangka berlaku. Ahli astronomi tersebut ternampak seorang gadis berpakaian ketat warna emas dengan kasut roda sedang meluncur laju sambil membawa lari beberapa hari dalam bulan februari didalam beg bimbit yang dibawanya. Dan lenyap disebalik planet-planet yang bertaburan.

Sehingga kini hari-hari februari yang hilang itu masih belum dijumpai.

38 ulasan:

mirashi berkata...

tak terseksa ke gadis tu berlari *dgn kasut roda lak tu -_-" pastu uniform ketat lak tu?
=-="

Si Aizuddin berkata...

Mirashi,
T__T"

Zaman dulu memang orang angkasa pakai macam tu. Mungkin.

Ellie berkata...

Siapakah ahli astronomi tu? Dia memesti kreatif macam Aizzudin.

:)

Kak E sangat suka entri ini

Muah!

Si Aizuddin berkata...

Kak Ellie,
Urm. Kita namakan beliau sebagai Majid sajalah.

Haha semestinya anda dan meggi.

Miow!

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) berkata...

tahun lompat. :P

vorteks apa abang?

saMASkuTUraRA berkata...

nice future fiction story la....

Si Aizuddin berkata...

Affah,
Dulu aku ingat "tahun" itu adalah nama salah satu spesis kangaroo.

Kita namakan saja vorteks itu Moglatus.

gReeN iS pEAce berkata...

haha..
pe kata orang yang menulis entry ni cuba cari balik hari2 tu..

shakinah berkata...

ketat?
warna emas lagi?


wow!

Si Aizuddin berkata...

Damai Hijau,
Hah. Cubalah. Cuba cari balik.

Shax,
Yup. Tak takut kena gigit nyamuk pun.

ica berkata...

aku hampir percaya dengan cite nih..
sekian.

Si Aizuddin berkata...

Ica,
Oh jangan. Fiksyen saja ni.

gReeN iS pEAce berkata...

bahaya..propaganda baru..
nisa,hati2

cj'alhafiz berkata...

Ai,cerita yang sangat menarik....fiksyen yang menjadi. hehe...

http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/unspoken-tale.html

Si Aizuddin berkata...

Damai Hijau,
Awas. Jangan melebihi had laju.
Nisa, Hati-hati dijalan raya.

CJ,
Ahaha. Arigato.

gReeN iS pEAce berkata...

????
blur..
haha..
sabar ye nisa

ica berkata...

baiklah.ica dan nisa.
link baru

where berkata...

pergh, penglipur lara..

Si Aizuddin berkata...

Damai Hijau,
Saja selitkan iklan kerajaan.

Ica,
Baiklah baiklah.

Wangwang,
Ok lagi tu. Kalau hutan lipur. Hah!

gReeN iS pEAce berkata...

cepat je orang ni approve komen..
selalu 1 2 3 4 5 6 7 hari baru approve..heheh

by damai hijau dan ica

saya; AISA. berkata...

ah.
bulan yang paling kurang harinya.
boleh pinjam hari hari di bulan yang lain,





kot.

Si Aizuddin berkata...

Damai Hijau dan Ica,
Sebab pc saya sudah kembali sihat. Wahaha

Si Aizuddin berkata...

Aisa Debiru,
Tapi kena pulang baliklah.


Kan?

gReeN iS pEAce berkata...

ooo..begitu rupanya..
baguslah andai sebegitu rupa..
semoga sihat2 selalu..

Si Aizuddin berkata...

Damai Hijau,
Terima kasih.

Boleh chatting disini rupanya. Baru tau. Hahaha.

gReeN iS pEAce berkata...

kami sudah biasa dengan situasi ini..
haha..

sama2

k.e.r.i. berkata...

4 tahun sekali gadis tu kasi balik ke hari yang hilang tu?

Si Aizuddin berkata...

Damai Hijau,
Kita berchatting di lain harilah. Haha.

Keri,
Tak. Dia hantar haiwan peliharaan dia saja hantar balik salah satu dari hari yang hilang tu.

gReeN iS pEAce berkata...

oh..tidak mengapa..tidak mengapa

puding roti berkata...

hihi. suka..comel gila rs mcm nk mamam. nyam2

Si Aizuddin berkata...

Puding Roti,
Haih! Awak tak puasa ke? Aiyok. Hehe.

nikaizat berkata...

aku suka la ngan entri ni...tp kan beberapa hari tu berapa? senang skit aku nak cari balik hari yang hilang...

Si Aizuddin berkata...

Eja,
Thanks. Entahlah. So tak payahlah kau carikan. Hahaha.

satu.dua.tiga berkata...

gadis berpakaian ketat warna emas akan muncul hanya sekali dalam empat tahun ya?

norfaridahanum berkata...

imaginasi..tinggi!
kenapa aku rasa cerita ini comel?

Si Aizuddin berkata...

Nombor,
Selalu dia muncul di kelab-kelab malam tapi tidak berpakaian seperti tu

Si Aizuddin berkata...

Norfaridah,
Imaginasi adalah anugerah. Kerna tiada unsur badut yang diselitkan.

Si Aizuddin berkata...

Bibi,
Oh bulan. enggan melayan diriku lagi (yuna)