Selasa, 23 Mac 2010

Orang Minyak

"Raja kita. Selamat bertakhta."
Habis saja lagu Negaraku dimainkan, bunyi putih mengisi kekosongan hati aku yang menonton setia television yang telah tamat siarannya itu. Aku sengaja biarkan bunyi putih itu terus meneroka kepalaku yang sedang bergelandagan. Angin diluar kencang bertiup. Aku rasa langit akan hujan sebentar nanti.

Beberapa ketika. Aku bangkit dari sofa betulkan pelikat. Tutup suis television dan aku menjengah keluar tingkap rumah lima tingkatku itu. Kedengaran bunyi anjing auk auk diseberang jalan sana. Aku syak anjing tersebut sedang memanggil hujan. Tapi orang kata anjing auk auk kerna mereka kenampakan entiti paranormal. Tapi aku tak bersetuju dengan cara anjing tersebut nak bagitau kenampakan mereka itu. Sebab tu aku dah ready Nokia Baling Anjing satu di tepi tingkap ni. Satu lemparan zap membuatkan anjing tersebut tergolek dok terketar-ketar menemui ajal.

Aku tutup tingkap rumah aku dan terus memasang niat untuk bermimpikan si gadis malam ini.

Tiba-tiba.
[Seperti biasa, bunyi latar suspen]

Bunyi ketukan yang hampir saja menggugurkan jantung aku dipintu rumah aku. Bertalu-talu seperti si pengetuknya sudah tak tahan nak pergi ke tandas selepas menahan berak selama lima jam. Aku saja lambat-lambat ke pintu dengan niat mahu saja aku biar dia terberak diluar. Tapi tiba-tiba rasa simpati pula. Aku buka sajalah.

......................................................

Aku lapikkan plastik atas sofa mak aku, dan aku jemput Orang Minyak duduk. Sebagai bangsa melayu yang berbudi bahasa, "Aku minta maaf pasal tadi, bukan apa. Terkejut. Hahaha." Sapaku sopan selepas hampir saja kerusi yang aku hayunkan melekat dikepalanya tadi. Siapa tak terkejut malam-malam Orang Minyak terpaku depan pintu rumah. "Hahaha, ngak mengapa. Salah aku juga." Jawabnya dengan slang jawa yang tak berapa pekat. "Oh ya, tadi kau kata kau datang dengan hajat baik, apa hajatnya?" Tanya aku sambil mengamati kepalanya yang baru aku bantai tadi. "Aku kagum dengan kehebatan kau menumbangkan anjing itu tadi. Ini kau punyakan?" Balasnya sambil menghulurkan Nokia Baling Anjingku tadi. "Oh terima kasih." Aku hulurkan baldi menyuruh dia meletakkannya. Nantilah aku samak.

"Sebenarnya, aku rasa dah malas nak jadi Orang Minyak ni." Dia pandang aku dengan muka hiba yang tak berapa jelas sebab berminyak sangat. Aku tanya, "Kenapa?". Dia jawab, "Yelah, aku kena rogol 100 gadis sunti untuk menyempurnakan ilmu aku, tapi..". "Tapi apa?" Aku mencelah. "Sekarang susahlah nak cari gadis sunti." Katanya perlahan. Aku diam.

Selepas sunyi seketika. Hujan turun.
Aku pun baca ayat Qursi. Dan dia hilang.

21 ulasan:

gReeN iS pEAce berkata...

isk3..

tapi ade msg tersembunyi di situe

comel berkata...

mula-mula macam seram. pastu kelakar la plak. hahaha :D

Si Aizuddin berkata...

Ana Green,
Macam biasa. Aku memang akan cuba selitkan mesej-mesej yang tersurat maupun yang tersirat.

Comel,
Sedaya upaya saya cuba mencipta situasi suspen dalam entri ini.

ica berkata...

anjing auk-auk : aksi ganas

tahan berak 5jam : akti lawak guling-guling atas lantai

keluhan orang minyak: mesej utama.

tahniah.sebagai orang Melayu memang budi bahasa tak harus hilang.sebab itu senjata kita melawan aarus dunia.

p/s: malas nak tulis perkataan sengat kat bawah ni..:( pnjg pulak tu..

shakinah berkata...

heh.
susah kan nak cari gadis sekarang. dan teruna.
:P

saya; AISA. berkata...

haha. terbaikkk ouh. :D

Ellie berkata...

Betul cakap orang minyak tu, sekarang gadis sunti lagi suci semakin sukar ditemui. Tak macam zaman emak-emak kita dulu.

Zaman kak E remaja, pun sudah kurang. Cuma tak de le sampai tahap buang bayi mcam sampah sarap je.

nazrin zaidi berkata...

orang minyak mengeluh pulak yea.
tu la,
patutnya dia kena biseksual.
senang sikit kerja.

*cerita ni boleh tahan mantap.

syabas behta!!

dila john berkata...

haha. kesian orang minyak tu.
masalahnya, aku masih dibayangi dengan rondaan malam tu.
nak tido pon susah.!

ha. tu jek buat masa ni. heh?

Si Aizuddin berkata...

Ica,
Bagus. Daya pengamatan yang bagus. Aku suka. Hahaha.

Shax,
Haha, Umat akhir zaman Shax.

Aisa Debiru,
Arigatou! Haip!

Kak Ellie,
Tak ada niat saya nak seksis disini. Lelaki dan wanita sekarang sama saja. Umat akhir zaman. Bukan nak kata saya baik sangat. Tapi hanya meluahkan buah fikiran.

Nazrin,
Wopssi! Aku rasa kita tak patut menggalak homoseksual/biseksual dalam blog ini. Hahaha.

Anyway, Thanks. :)

Dila John,
Baiklah. Lepas ni aku akan cuba tulis yang lebih angker lagi.

GeGeT StRaW berkata...

mesej yg sangat bagus en aizuddin..slaloo2 la selitkan mesej2 mcm 2 yer..like it..huhu

Si Aizuddin berkata...

Geget Straw (Aku syak ini Mate),
Baiklah. Dah dahlah gigit straw tu.
Mate kan ni? Bila nak belanja ABC? :)

where berkata...

wow..keras mesej tu.."gadis..jagalah, sesungguhnya ia sangat bermakna!!"..
boyz.."slalu baca qur'an sblom tido k..

puding roti berkata...

awk, blh relate dgn sbb byknya kes buang bayi kn wak?

Si Aizuddin berkata...

Wangwang,
:) Macam iklan safi "suci tapi murni" dah bunyinya tu.

Puding roti,
Memang saja saya relate. :)

GeGeT StRaW berkata...

mate lagi??siapa dia tu?gadis sunti?jejaka teruna?omg..kenapa ye ckp saya ni mate?

Si Aizuddin berkata...

Mate adalah seorang gadis sengal yang saya kenal.

Geget Straw,
Tak ada orang lain dah.

Tanpa Nama berkata...

yup.. ramai awek sial skg.. kawen pon blum dah barai... bapak punya sial...

Si Aizuddin berkata...

Anonymous,
Bagi aku manusia semua sama. Lelaki atau perempuan. Kita semua boleh buat kesilapan. Dan sebab tu Allah maha pengampun.

Ok, zina adalah dosa besar. Dan tak semestinya awek yang barai ni tak boleh masuk syurga. Tak semestinya. Dosa pahala syurga neraka Allah yang tentukan.

Janganlah kau menghina orang lain hanya kerana kau rasa kau lebih bagus dari mereka.

GeGeT StRaW berkata...

bagus la din..nnt mater blanje makan angin..hehehe..

Si Aizuddin berkata...

Mate,
Makan angin dekat depan kipas ni pun boleh. Hekeleh!