Isnin, 22 Mac 2010

Walaupun Kita Berhubung Antara Satu Sama Lain Sebenarnya Kita Tetap Sendirian

Karim termangu sendiri di hentian bas. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena hari ini akan berlaku. Semenjak dari petang tadi dia keluar dari rumah dia belum bersua dengan mana-mana kelibat manusia lagi. Di kedai mamak Hakim yang selalunya dipenuhi ahli jawatankuasa tegar network bisnes tu pun kosong, dengan mamak-mamak yang selalu bising-bising bahasa tamil sebab dia order air kosong setiap kali nak tengok bola tu pun lesap. Jalan raya lenggang, mat rempit tidak ada yang nak mengaplikasikan ilmu fizik di jalan raya hari tu. Tak ada budak-budak balik sekolah main tekan-tekan trafic light pejalan kaki. Lengang. Bagai satu bumi lengang meninggalkan Karim sendirian dengan sinaran lampu-lampu jalan dan kedai-kedai yang tak berpenghuni.

Setelah sekian lama Karim termangu disitu. Satu suara menyapa.

"Sepi, lonlines ini.." Seorang lelaki tua bersuara. Bersongkok tinggi, seluar slek, baju batik butik dan berselipar jepun. Karim melihat saja lelaki tua itu mengusap-usap janggutnya yang putih dan panjang itu disebelahnya.

Karim menunggu. Lama. Dan berpaling malas nak layan.

"Lonliness ini menyapa tiba-tiba. Kau tak tahu bila dia datang dan bila dia akan pergi. Cuma engkau dapat rasakannya. Disini." Kata lelaki tua itu lagi sambil tangan kanan diletakkan didada kirinya. Karim menggangguk-angguk sambil mengeluarkan telefon bimbitnya acah-acah nak mesej girlfriend walhal beliau tak ada kredit pun.

27 ulasan:

LuFFy berkata...

ko lonely k...nak ak tmankan?

Si Aizuddin berkata...

Zaki,
Ah kau, sembang lebih. Aku ajak lepak banyak lak bunyi kau kan?

cucu berkata...

atok tu macam jahat je.

aishah_conteng_je berkata...

part acah2 nak mesej girlfren tu aishah biasa buat (senjata kalau kena ngorat kat tepi jalan)

Si Aizuddin berkata...

Cucu,
Kemunculan atuk tu masih misteri. Ingat nak hilangkan dia secara tiba-tiba macam dalam cerita seram. Tapi, tipikal sangat.

Aishah Conteng,
Tau dah. Mengikut kajian pakar ramai orang pura-pura call/mesej untuk menyelamatkan diri dari diganggu.

dila john berkata...

mula mula baca sebelah mata jek, takut kalau entri ronda ronda lagi. haiishh..

tu jek wat masa sekarang.

Si Aizuddin berkata...

Dila John,
Hahaha. Sebenarnya nak tulis cerita orang minyak. Tapi malas nak habiskan, nanti dululah. Simpan dulu dalam draft.

nazrin zaidi berkata...

aku rasa lelaki tu tengah bosan-bosan jugak.
jadi dia nak suruh karim ajak dia pergi karaoke.

dapat dua lagu pun jadilah.

Si Aizuddin berkata...

Nazrin,
Ha'ah. Ada kemungkinan juga tu.

gReeN iS pEAce berkata...

lengang??
lenggang??

haha

Si Aizuddin berkata...

Ana Green,
Haha. Konfius tadi. Lengang lengang. Nanti aku betulkan. Thanks.

dila john berkata...

kan? aku dah syak dah. entri yang post malam memang yang seram seram eh?
aku kena on9 pagi kalau macam nih.

Solomon berkata...

Macam aku kata tadi, orang minyak itu mungkin homoseksual.
malangnya, dia perlu gadis. Gadis.

gReeN iS pEAce berkata...

u r welcome..:D

lenggang lenggang kangkong..
kangkong di tepi kolam..

Si Aizuddin berkata...

Dila,
Haha. Tak semestinya. Cuma sekarang ni aku dalam mood nak tulis cerita seram.

Ana Green,
Haish. Kangkong pulok!

Huda,
Macam aku kata tadi. Mungkin. Tapi aku rasa kau komen untuk entri seterusnyakan?

ica berkata...

aku rasa sekarang ko dah lama tak gunakan mirashi..

dah tukar selera tempatan atau minat kau sekarang ke arah tempatan??

ohh tapi tetap masih kau..:)

loneliness sebenarnya stylo jugak
---->ditunjukkan melalui fesyen berselipar jepun yang diadaptasikan kepada mood riang remaja sekarang

selipar berwarna warni aka cucu selipar jepun----->stylo

kesimpulan--->loneliness sytlo.tunggu jodoh nak kahwin je..

shakinah berkata...

din, kau lonli ke?
haha

saya; AISA. berkata...

lonliness.
aku suka tengokj pokok tua & bayang bayangnya.



*ding*
idea idea. :D

Si Aizuddin berkata...

Ica,
"Aku dah lama tak gunakan mirashi"? Apakah?

Ok, Kadang tu lonliness buat kita nampak stylo. Aku setuju.

Shax,
Ha'ah. Aku lonli. Nak tunggu kau temankan? Lambat lagi jek!

Aisa Debiru,
Aku tengok pokok tua dan cuba siram.

Ding! Mentol disebelah kepala.

Tanpa Nama berkata...

oh
teramat la betul nye cerita ni dan memang kenyataan tahap babeng lahh

ko dikelilingi ramai kawan
kononnya

tapi hakikatnya ko sendiriii..

haha
rabanrepek nih

Si Aizuddin berkata...

Tanpa Nama,
Aku rasa macam tu. Kadang-kadang. Kita berhubung melalui facebook, twitter, email, telefon, etc. Hakikatnya kita masih sorang-sorang di rumah.

GeGeT StRaW berkata...

"Kau tak tahu bila dia datang dan bila dia akan pergi. Cuma engkau dapat rasakannya.."

sweet ayat nie..mcm terkena dgn saya..huhu

Si Aizuddin berkata...

Geget Straw (Aku syak ini Mate),
Sweet? Kurangkan sweet dalam minuman. Tambahkan sweet dalam senyuman. Peace :)

where berkata...

haha..hebat..macam selalu..

Si Aizuddin berkata...

Wangwang,
Arigatok! Kapmungkap!

GeGeT StRaW berkata...

mate?siapa tu?

Si Aizuddin berkata...

Geget Straw,
Sembang buat-buat tak kenal ye. Hmm takpe.