Jumaat, 18 Jun 2010

Langkah Kanan

Selari dengan horizon ini.
Kau dapat lihat seorang lelaki.
Berdiri di telan tenggelamnya mentari.

Nanti. Bila robot-robot kota bangun pagi.
Bersiap untuk pergi, berenang memburu rezeki.
Dia pasti, Dia masih disini.
Terkial-kial mencari.
Mencari erti dirinya sendiri.

Disini, curam tinggi.
Ombak dibawah berbunyi.

Dan, lelaki ini.
Punyai konklusi.

Ini bukan butang ESC.

Selepas Dia pilih langkah kiri.

20 ulasan:

zahirlunatik berkata...

fuh! payah betul aku nak hadam

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) berkata...

langkah boleh pilih, aku mau pilih kanan. indah indah sokmo.

puding roti berkata...

knp dia pilih langkah kiri?

afe berkata...

langkah kiri, masuk toilet nee.

aishah_conteng_je berkata...

lelaki mahu bunuh diri kah?


eh..sangat suka yang ini la encik,

Nona Nadzirah Anak PakDin berkata...

dimensi itu
mengujakan aku,
kembali melihat ia
datang,
setelah ia pergi,
pergi,
tinggalkan aku
sendiri,
tanpa peduli,
jika benar itu
dimensi,
maka
datanglah kembali..

nazrin zaidi berkata...

langkah seterusnya?

mirashi berkata...

hurmmmmmmmmmmmmm

ini jauh lebih berbelit dari entri kebungaan

=_="

Zack Medek berkata...

abang. tenet kat rumah dah kena cut.

saya; AISA. berkata...

aku tekan DELETE saja. done.

Si Aizuddin berkata...

Zahir,
Kau kurang makan pisang ni.

Affah,
Kita sentiasa perlu pilih. Pilih pilih jangan tak pilih.

Puding Roti,
Sebab dia nampak signboard "Kederaan berat di sebelah kiri."

Aishah Conteng,
Tak bermaksud pun begitu. Cuma sesat ketika mencari erti diri sendiri.

Terima kasih.

Anak Pak Din,
Dimensi itu mungkin delusi. Jangan terlalu menanti. Tabahkan mencari dimensi yang satu lagi. Dimensi yang kekal abadi. Dimensi yang tak akan pergi.

Mirashi,
Pergi study. Nak SPM dah ni.

Nazrin,
Hahaha. Nantilah. Aku tak ada idea. Sibuk tengok bola.

Wan,
Bayarlah. Aiyo.

Aishah Debiru,
Kat mana boleh cari butang tu?

i-SYA berkata...

kamu memang macam ini ya?

penuh imaginasi...

dan...sebuah kamus bahasa di dalam minda?

mastura berkata...

Dia itu orang laen ka?

Si Aizuddin berkata...

Isya,
Memang macam ni kot. Mungkin.

Dalam erti kata lain berangan saja lebih. Tapi tak adalah pandai sangat sastera.

Mastura,
Dia untuk adalah orang lain yang wujud dalam diri dia.

Pinko berkata...

Ctrl+Z!

Eireen Camelia berkata...

alamak, skrg baru mcm sedar diri ini tahu membebel secara rambang tetapi gagal melahirkan gaya tulisan puitis seperti ini. nak dislike ah diri sendiri!

Si Aizuddin berkata...

Pinko,
Undo undo!

Camelia,
Mak aih hidup anda dah jadi macam facebook. Boleh like dislike.

Still, i like ur writing.

aishah_conteng_je berkata...

tolonglahhhhhh....update...

hilang mood menulis?sibuk eh?

:(


eh. pengesahan perkataan kat bawah ni,
"ingsnict"

Si Aizuddin berkata...

Aishah Conteng,
Sori. Tak ada masa nak update. Akan update dalam masa terdekat ni.

yun berkata...

erk.. dia bnuh diri ker.??