Isnin, 23 Ogos 2010

Aiman Dan Kawan-kawan

Aiman adalah seorang kanak-kanak yang cergas dan cerdas. Aiman suka makan durian. Aiman ada ramai kawan. Aiman berkawan dengan kura-kura, burung, lipas, patung McDonald, pokok serai, awan, dan ramai lagi. Tapi Aiman paling tak suka berkawan dengan pokok kaktus.

Jadi tinggal si pokok kaktus sendirian ketika rakan-rakan yang lain sibuk bermain congkak di taman ataupun farmville di cybercafe. Sendirian. Kesepian.

Satu hari di bulan Ramadan. Aiman dan kawan-kawannya bermain meriam buluh dan tertembak pasu bunga milik mak si pokok kaktus. Mak Kaktus terus mengamuk dan mengakibatkan Aiman dan kawan-kawannya bertempiaran lari.

Keesokan malamnya, Aiman dan kawan-kawannya beramai-ramai berjumpa dengan si pokok kaktus untuk meminta maaf dan menggantikan pasu Mak Kaktus yang pecah dengan cawan plastik yang mereka dapat ketika beli air bandung di bazaar Ramadan petang tadi.

Dan sejak dari itu mereka semua menjadi kawan.

.............................................................................

Pesanan khidmat masyarakat: Sambil menyelam jangan minum air. Batal puasa.

12 ulasan:

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) berkata...

alhamdulillah. sehat?

Si Aizuddin berkata...

Affah,
Sihat je. Kau?

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) berkata...

tak berapa. heh.

MyaLya berkata...

keikhlasan lah yg penting.. kan3?

Eireen Camelia berkata...

entri yang bermoral, sesuai dibaca anak-anak. tahniah!

oh farah berkata...

barakah ramadhan.

Si Aizuddin berkata...

Affah,
Yelah, moga kau akan sihat-sihat selalu di kemudian hari.

MyaLya,
Wonderpet kata kerjasama yang penting.

Camelia,
Satu hari nanti cerita Aiman akan lagi top dari Upin Ipin dan Doraemon.

Leia,
Ni kira komen Leia yang paling sopanlah ni. :)

k.e.r.i. berkata...

menyelam lama-lama pun dah boleh batal puasa.

Si Aizuddin berkata...

Keri,
Minum air lama-lama pun boleh batal puasa juga. :)

aishah_conteng_je berkata...

menyelam sambil masak kari.


ini mesti geng kanak-kanak yang suka buat bising time orang terawih



selamat mengejar lailatul qadar aizuddin

:)

Emira Darmia berkata...

menekan butang like..
(klik)

Lylee berkata...

makan lama-lama sah-sah batal puasa.