Jumaat, 17 September 2010

Menyambut Syawal Di Medan Tempur

Senja pada satu Syawal melakarkan seribu satu perasaan. Khaleed menahan cemas di dada yang bagai ombak menggila. Kepalanya di sandar ke dinding rumah usang yang menanti saat menyembam ke tanah. Peluh dingin mengalirkan gelora jiwa cemasnya keluar melalui liang-liang roma epidermisnya. Khaleed tahu. Malam ini, malam ini akan lebih dahsyat gejolaknya dari malam-malam sebelumnya. Malam ini, mesti. Khaleed tahu dia mesti berjuang habis-habisan.

Saat senja berlalu. Matahari berlabuh diufuk bumi. Dinginnya suasana satu Syawal datang melepas pergi Ramadan yang diberkati. Bahangnya pertempuran ini kian dirasai. Khaleed perlahan meneguk air liurnya dalam debaran dia menanti.

Tika itu montaj kenangan dulu bermain dilayar matanya. Teringat Khaleed pada ayahbondanya, sanak saudara, dan teman-teman seperjuangannya. Khaleed teringat rakan karibnya, Fathullah ibn Majid yang menjadi mangsa pertempuran kejam ini. Rakaman wajah rakan karibnya menjerit keperitan menahan seksa kehilangan tangan berulangkali dimainkan dalam kotak fikirannya.

BOOMMM!!!

Dentuman kuat menyentak Khaleed dari lamunannya. Pertempuran sudah bermula. Dan Khaleed sudah lama bersedia. Lantaran itu Khaleed mencucuh meriam buluhnya dengan kadar yang segera.

BOOMMM!!!

Masih ada sepuluh paket kabaid yang perlu dihabiskan.

Perjuangan belum selesai.

Khamis, 2 September 2010

Brendon Dan Barakah-Barakahnya

Brendon seorang lelaki tipikal. Beliau berkerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang sabun bagi menjana pendapatan isi perutnya. Brendon pernah bercita-cita untuk menjadi angkasawan namun tidak tergapai olehnya dek kerna ponteng sekolah adalah hobinya waktu di bangku sekolah.

Suatu malam ketika semua insan sedang makan malam bersama keluarga masing-masing, tika semua kanak-kanak sedang berpusu-pusu mencabut jari-jari tangan mereka dengan letupan mercun, tika kaki-kaki bola sedang mencarut di stadium mengutuk mutu pengadilan bola sepak negara mereka, Brendon sedang berjalan menuju ke semak-samun untuk membuang sisa kumbahan hasil dari proses perkumuhan yang berlangsung di ginjalnya.

Tika itulah, Brendon terjumpa seorang bayi. Seorang bayi bersama barakah dibungkus daun pisang ditangannya. Pada saat mata mereka bertentang Brendon mengambil keputusan untuk mencintai bayi itu sepenuh hatinya.

........................................................................

Sembilan bulan sebelumnya di sebuah hotel murah di ibu kota...(bersambung)

Catatan Popular