Sabtu, 25 Disember 2010

Jangan Salah Naik Bas

Dia tunggu tunggu tepi jalan dalam tengah teriknya hari. Panasnya tar jalan menaikkan bau batu-batuan hitam yang kelihatan panas jika dipegang. Peluh peluh berlomba lomba keluar dari kelenjar di setiap liang kulitnya. Panas? Tak apa dia kata, dia tetap mahu tunggu. Walau nak banjir ketiaknya. Walau nak meletus rektumnya. Walau nak berorkestra perutnya.

Dia tekad, yang dia akan tunggu. Tunggu bas yang akan mengambilnya.

Lalu bas satu yang penuh sesak dengan homosapien. Dia kata, "mungkin bas seterusnya tak sesak begini, biarlah aku tunggu lagi".

Lalu bas dua yang tak ada ekon, tapi tak sesak. Dia kata,"alamak tak ada ekon, biarlah aku tunggu bas tiga nanti".

Lalu bas tiga yang buruk seropa tongkang, tapi tak sesak, tapi ada ekon. Dia kata, "mak aii, ini bas ke roket terhempas, tak apalah aku tunggu bas lain".

Lalu bas empat yang tak sesak, ada ekon, dan cantik. Dia kata,"inilah basnya, ok aku mahu tumpang kasihnya". Tapi pemandu bas tak mahu berhenti dan terus tak hiraukan dia.

Dia tanya pada diri. Mungkin aku patut naik saja bas mana yang mahu berhenti untuk aku selepas ini. Aku tak mahu mati sunyi.

Lalu bas seterusnya. Dia terus naik tanpa kata apa-apa dengan diri dia. Tapi dia tak perasan di depan bas itu ada tulis "Neraka Cinta".

22 ulasan:

an-niq berkata...

aik.. ingat bas rapid.

saya; AISA. berkata...

neraka cinta ada berapa level?

ica berkata...

wow,tragis..ingat kau nak tulis sindiran..lebih kepada keluhan aku rasa?

siggplus berkata...

comelnya betei nama bas.

oh farah berkata...

awek? :D

da ada nama berkata...

manusia yg tak mahu dan tak reti bsyukur dgn sesuatu perkara..berhati2..jgn jd cmni..

nazrin zaidi berkata...

izinkan saya bertumpang tanya,

bas ni selalu lalu dekat area mana eh?-pencari jalan pintas ke neraka.

Si Aizuddin berkata...

An-niq,
Bukan bukan. Cityliner pun bukan. Transnasional pun bukan.

Esoh Debiru,
Biasanya tujuh.

Ica,
Aku pun tak tahu aku nak tulis apa. Tapi aku tulis saja.

Sigg,
Boleh tak bukak syarikat pakai nama tu.

Leia,
Dah bosan sangat menganggur ke?

Da Ada Nama,
Kadang bukan tak bersyukur, cuma mencari yang terbaik.

Nazrin,
Area KLCC banyak. Tapi ia boleh lalu dimana-mana saja.

Luna berkata...

Aku pernah naik bas macam ni, masa mula2 samapi KL. Bawak beg besar, pakai baju kurung. Naif gila lagi.

Last-last sesat sampai Shah Alam.

Ini hanya metafor.

Si Aizuddin berkata...

Luna,
Aku faham. Atau mungkin aku faham.

da ada nama berkata...

mcari yg trbaik ad batas nya..jgn smpi kerugian sudah la..

Si Aizuddin berkata...

Da Ada Nama,
Itu berserah.

da ada nama berkata...

bersederhana...

iniduniasaye berkata...

selamat datang ke neraka cinta.


semoga anda gembira dengan layanan yang diberikan~

-harris mamat-

Si Aizuddin berkata...

Dah Ada Nama,
Bersederhana ada limitnya.

Harris Mamat,
Terima kasih.

norsyuhada binti johan berkata...

haha..da usha ur entry from a to z.. takde keje cari keje...imaginasi yang terlalu tinggi.gud lah.sampai nk tergolek pun ade bila terbaca sesetengah entry.lawak. :)

Si Aizuddin berkata...

Syuhada,
Terima kasih.

norsyuhada binti johan berkata...

came2...en.widle :)

Lee Zha berkata...

kalau tak berani tahan risiko, jangan naik.


tapi kalau kau rasa kau mampu, silakan.



hidup akan sempurna kalau kau buat silap.

miss suju berkata...

im a fanz of this short entry..nice

Si Aizuddin berkata...

Miss Suju,
Tq.

Tanpa Nama berkata...

terBAIKlah aizz