Isnin, 29 Mac 2010

Lagenda Zombie Malam

"Assalamualaikum, Angah mak dah balik ni." Mama buka pintu rumah sambil letak kunci atas rak kasut tepi pintu itu. Tangannya yang satu lagi secara spontan memetik suis lampu bagi menerangkan persekitaran rumah yang gelap itu.

Kelihatan satu makhluk berdiri tegak di seberang ruang tamu yang sana memerhati Mama sebaik saja lampu menerangi segenap pelosok. Kulitnya pecah-pecah umpama delima merekah. Matanya merah berapi bagaikan sos cili. Rambutnya kusut masai seperti mamak jual roti punya misai. Deraman ngeri keluar dari celah-celah ketipan giginya dengan gigilnya.

Mama membeliak mata melihat wujudnya makhluk yang mengerikan tersebut. Pantas Mama melompat jauh melintasi meja makan dan sofa ruang tamu. Terus dengan gayanya tangan kanan Mama menepuk dahi sang durjana dan tangan kirinya menadah sambil dibacakan ayat-ayat suci. Lantas, satu tinju padat tepat menemui dada makhluk yang tak dijemput tersebut menyebabkan ia terpelanting keatas sofa. Selepas mengelinjang beberapa ketika serbuk-serbuk emas keluar dari telinga dan hidungnya.

..................................................

Aku intai ke dalam bilik Mama. Sangkaan aku disangkal. Aku nampak satu peti kayu mengeluarkan cahaya emas di atas katil Mama. Kuriositi membuak-buak di benakku. Aku buka peti tersebut. Cahayanya benderang memenuhi setiap pelosok bilik.

Opah telah meninggal. Sekarang aku tahu. Peti itu milik Opah. Bila Opah sudah tiada. Ia akan cari pemilik baru. Dan ia mencari aku.

Dulu Opah adalah ahli kumpulan Sailormoon. Sebab tu muka aku ada nampak kejepunannya sedikit. Kuasa Bulan milik Opah telah lama terkurung dalam peti kayu tersebut.

Dan serbuk-serbuk emas yang menerangi bilik Mama itu meresap ke dalam rongga-rongga tubuh aku. Tapi malang.

Oleh kerana hormon testoron dalam badan aku tidak sebati dengan Kuasa Bulan Opah. Aku bertukar menjadi makhluk yang mengerikan. Zombie.

Jumaat, 26 Mac 2010

Telefon: Jangan Kacau Aku Tidur 2

"Mak on the way balik kampung ni. Opah tenat. Papa dan adik-adik semua ikut. Angah jaga rumah elok-elok tau. Esok petang mak balik."

Angin dingin bertiup dari bilik mama. Dinginnya lain macam. Masa tu aku boleh dengar bunyi deruman jantung aku seperti ada konsert rock n roll dalam kotak dada aku. Perlahan aku letak ganggang telefon yang sudah terputus taliannya itu. Masa inilah aku terfikir macam-macam kebarangkalian yang akan berlaku jika aku mengintai masuk kedalam bilik mama. Mungkin ada perempuan tua duduk bercangkung ajak aku main congkak, gila aku main gasing pun fail inikan pula congkak. Mungkin gadis berambut panjang mengurai ke lantai sedang bershuffle, fuhh seram gila. Atau mungkin ada badut guling-guling atas katil sambil meratah-ratah ikan dolfin mentah, bulu roma aku dah meremang. Aku rasa kulit aku satu badan dan menegang. Otot aku mula kejang.

Tapi aku beranikan diri untuk mengintai bilik mama. Ye lah, mana tau mama nak prank aku ke. Saja nak buat seprais, kan? Tapi birthday aku lambat lagi. Perlahan aku selak langsir bilik mama. Pintu berkuak sendiri bagai menjemput aku masuk ke dalam.

.................................................

Kuriositi membunuh kucing. Malangnya aku bukan kucing.

Lagenda Zombie Malam bermula.

[Akan bersambung kalau saya rajin]
[Kalau saya tak rajin sila cipta ending dengan imaginasi anda sendiri]

Khamis, 25 Mac 2010

Telefon: Jangan Kacau Aku Tidur

"Telefon! Telefon berbunyi!"
"Telefon! Kami datang!"

Bait bait lagu dinyanyikan Wonderpet sebelum menjalankan misi menyelamat mereka berlangsung kini di television. Aku baru pulang dari kerja tengahari itu dan rumah aku kosong. Mungkin mama pergi ke rumah kawan dia nak minta serai untuk masak kari kepala sotong untuk makan malam nanti. Dan papa seperti biasa bekerja bagi mencari sesuap kfc untuk kami sefamili. Adik-adik aku ke sekolah. Mungkin sedang mengorat awek di kantin sekolah atau sedang tidur dalam kelas sejarah.

Aku hanyut dalam bait lagu Wonderpet sehingga dalam tidak sedar aku telah tidak sedarkan diri. Atas sofa rumah berbumbungkan kipas syiling aku perlahan-lahan terbenam ke alam mimpi.

.....................................................

Telefon rumah aku berbunyi. Kuat.
[Bayangkan bunyi telefon berdering]

Aku masih mamai mamai lagi. Malas nak menjawab. Dan langsung telefon senyap selepas beberapa ketika memekak. "Hello?" Aku dengar suara mama menjawab panggilan. Aku lega, bolehlah aku sambung tidur. "Angah, bangun. Ada panggilan untuk angah." Mama kejutkan aku. Dalam hati aku dah meyumpah sesumpah manalah yang tak boleh tengok aku lena ni. Aku menyambut ganggang telefon dari mama. Aku tanya "Siapa?". Mama aku diam dan terus masuk ke bilik.

"Hello, siapa ni?"

"Hello angah, Mama ni."

[Bersambung]

Selasa, 23 Mac 2010

Orang Minyak

"Raja kita. Selamat bertakhta."
Habis saja lagu Negaraku dimainkan, bunyi putih mengisi kekosongan hati aku yang menonton setia television yang telah tamat siarannya itu. Aku sengaja biarkan bunyi putih itu terus meneroka kepalaku yang sedang bergelandagan. Angin diluar kencang bertiup. Aku rasa langit akan hujan sebentar nanti.

Beberapa ketika. Aku bangkit dari sofa betulkan pelikat. Tutup suis television dan aku menjengah keluar tingkap rumah lima tingkatku itu. Kedengaran bunyi anjing auk auk diseberang jalan sana. Aku syak anjing tersebut sedang memanggil hujan. Tapi orang kata anjing auk auk kerna mereka kenampakan entiti paranormal. Tapi aku tak bersetuju dengan cara anjing tersebut nak bagitau kenampakan mereka itu. Sebab tu aku dah ready Nokia Baling Anjing satu di tepi tingkap ni. Satu lemparan zap membuatkan anjing tersebut tergolek dok terketar-ketar menemui ajal.

Aku tutup tingkap rumah aku dan terus memasang niat untuk bermimpikan si gadis malam ini.

Tiba-tiba.
[Seperti biasa, bunyi latar suspen]

Bunyi ketukan yang hampir saja menggugurkan jantung aku dipintu rumah aku. Bertalu-talu seperti si pengetuknya sudah tak tahan nak pergi ke tandas selepas menahan berak selama lima jam. Aku saja lambat-lambat ke pintu dengan niat mahu saja aku biar dia terberak diluar. Tapi tiba-tiba rasa simpati pula. Aku buka sajalah.

......................................................

Aku lapikkan plastik atas sofa mak aku, dan aku jemput Orang Minyak duduk. Sebagai bangsa melayu yang berbudi bahasa, "Aku minta maaf pasal tadi, bukan apa. Terkejut. Hahaha." Sapaku sopan selepas hampir saja kerusi yang aku hayunkan melekat dikepalanya tadi. Siapa tak terkejut malam-malam Orang Minyak terpaku depan pintu rumah. "Hahaha, ngak mengapa. Salah aku juga." Jawabnya dengan slang jawa yang tak berapa pekat. "Oh ya, tadi kau kata kau datang dengan hajat baik, apa hajatnya?" Tanya aku sambil mengamati kepalanya yang baru aku bantai tadi. "Aku kagum dengan kehebatan kau menumbangkan anjing itu tadi. Ini kau punyakan?" Balasnya sambil menghulurkan Nokia Baling Anjingku tadi. "Oh terima kasih." Aku hulurkan baldi menyuruh dia meletakkannya. Nantilah aku samak.

"Sebenarnya, aku rasa dah malas nak jadi Orang Minyak ni." Dia pandang aku dengan muka hiba yang tak berapa jelas sebab berminyak sangat. Aku tanya, "Kenapa?". Dia jawab, "Yelah, aku kena rogol 100 gadis sunti untuk menyempurnakan ilmu aku, tapi..". "Tapi apa?" Aku mencelah. "Sekarang susahlah nak cari gadis sunti." Katanya perlahan. Aku diam.

Selepas sunyi seketika. Hujan turun.
Aku pun baca ayat Qursi. Dan dia hilang.

Isnin, 22 Mac 2010

Walaupun Kita Berhubung Antara Satu Sama Lain Sebenarnya Kita Tetap Sendirian

Karim termangu sendiri di hentian bas. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena hari ini akan berlaku. Semenjak dari petang tadi dia keluar dari rumah dia belum bersua dengan mana-mana kelibat manusia lagi. Di kedai mamak Hakim yang selalunya dipenuhi ahli jawatankuasa tegar network bisnes tu pun kosong, dengan mamak-mamak yang selalu bising-bising bahasa tamil sebab dia order air kosong setiap kali nak tengok bola tu pun lesap. Jalan raya lenggang, mat rempit tidak ada yang nak mengaplikasikan ilmu fizik di jalan raya hari tu. Tak ada budak-budak balik sekolah main tekan-tekan trafic light pejalan kaki. Lengang. Bagai satu bumi lengang meninggalkan Karim sendirian dengan sinaran lampu-lampu jalan dan kedai-kedai yang tak berpenghuni.

Setelah sekian lama Karim termangu disitu. Satu suara menyapa.

"Sepi, lonlines ini.." Seorang lelaki tua bersuara. Bersongkok tinggi, seluar slek, baju batik butik dan berselipar jepun. Karim melihat saja lelaki tua itu mengusap-usap janggutnya yang putih dan panjang itu disebelahnya.

Karim menunggu. Lama. Dan berpaling malas nak layan.

"Lonliness ini menyapa tiba-tiba. Kau tak tahu bila dia datang dan bila dia akan pergi. Cuma engkau dapat rasakannya. Disini." Kata lelaki tua itu lagi sambil tangan kanan diletakkan didada kirinya. Karim menggangguk-angguk sambil mengeluarkan telefon bimbitnya acah-acah nak mesej girlfriend walhal beliau tak ada kredit pun.

Sabtu, 20 Mac 2010

Rondaan Malam

Semasa cuti semester yang lepas. Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di Taman Haiwan Grosper. Taman Haiwan Grosper agak popular dalam kalangan pengunjung dari luar dan dalam negara. Kerana keindahan flora faunanya yang tiada bezanya dengan mana-mana hutan tropika di atas planet Bumi ini.

Hari itu aku bekerja shif malam. Malam itu gelap, hanya cahaya bulan saja penerangnya dari celah-celah daunan pepohon yang menimbun. Dengan bertemankan lampu suluh yang nak mampus nyawa-nyawa ikan keli yang mak aku dah goreng dalam kuali pun masih boleh minta tolong tu. Aku gagahkan hati untuk meronda. Bak kata pengawal lama disitu, "Kita cari rezki halal nak."

Hampir 2 jam aku meronda, "luas juga Taman Haiwan Grosper ni" detik hati aku.

Tiba-tiba.
[Unsur suspen disini dengan bunyi latar tipikal filem seram melayu]

Aku rasa spotlight di belakang aku terbuka dengan sendiri. Secara spontannya aku berpaling kearah spotlight yang menyilaukan mata tu. Tangan kanan aku menepis silauan menyakitkan tu sambil mata aku mencari anasir manakah yang coba membuat onar ni.

"Tolong, awak tolong saya please."

Aku dengar suara itu dari seorang gadis berbaju tee kecik ketat dengan tudung ala minah indon dan seluar singkat cutting cikang. Seram aku tengok. Tapi aku buat-buat rilek je. Aku tanya.

"Ada apa cik adik."

"Saya cari jantung saya, tadi gelap sangat jadi saya bukalah spotlight ni. Tapi masih tak jumpa-jumpa lagi."

Aku suluh-suluh guna lampu yang tak berapa ikhlas nak suluh tu. Dan,

"Haa, tu dia atas pokok tu, sekali dengan usus tu"

"Ha ah. Mesti tercicir tadi ni."

Lantas gadis tu pun terbang mengambil jantung dan ususnya diatas pokok tu dan dimasukkan kedalam mulutnya yang dinganga seluas mata memandang. Dan terbang terus meninggalkan aku tanpa mengucapkan terima kasih. Dahlah tak berbudi bahasa, spotlight ni pun bukannya dia nak tutup balik. Dem.

Selasa, 16 Mac 2010

Tragedi Kampung Fatimah Kacip

Buku Paling Seram 2010[Setakat ini]

Misterius. Buat otak kau terus berfungsi.
Penuh tragedi, aksi serta komedi.
[Spoiler: ramai orang mati]

Mesej:
Peliharalah alam sekitar kita.
Sila hafal betul-betul ayat qursi.
Tidak semua manusia itu manusia.
Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan kucing.

Nak tahu apa yang terjadi di Kampung Fatimah Kacip?
Klik sini
[Boleh habis di baca dalam jangka masa 2 jam]

Isnin, 15 Mac 2010

Keindahan Ciptaan

Aku terbaring sendiri disini.
Menikmati keindahan ciptaan.

Keindahan malam.
Dengan sinaran bulan.
Yang mengubati pungguk kesepian.
Dengan hiasan bintang.
Yang menceritakan keindahan alam.

Indahnya;
Tidak mustahil bagi-Nya.
Untuk untuk menciptakan.
Ciptaan seindah dirimu.

Dan moga saja.
Nanti, akan tiba.
Masa kita bersama.

Keindahan ciptaan.

.................................................

Azan berkumandang.
Menghentikan lamunan mimpi.
Dan aku terkesima sendiri.
Tersenyum sedih, tanpa kau disisi.

[Rewrite: Written by 16 years old's me]

Nota: Sengaja aku tersenyum melihat aku yang dulu.

Khamis, 11 Mac 2010

Obses: Aku Hilang Warna

Rainbow Yang Hilang

"Anak umpama kain putih."
"Kitalah yang mencorakkannya."

Maksud aku bukan kau boleh dengan kreatifnya mencorakkan mereka dengan seni batik kau tu. Dasar manusia. Makan cekedis banyak sangat, itulah jadinya.

....................................................

Mutualizem.

Yes, aku menganggap semua problem di sini, dunia ini, sebagai monster bagi aku. Dan untuk pengetahuan kau, aku tak takut pada monster. Kadang tu monster-monster ni aku masak buat goreng rempah untuk sarapan aku. Ya, memang sarapan yang kurang sihat tapi jimat kos.

Tapi monster-monster ini makan warna-warna hidup aku.

.....................................................

Betul.
Aku(lelaki) obses pada dia(perempuan cantik).

Baby, its a violent world.
But still, its a beautiful night.

Selasa, 9 Mac 2010

Take A Good Care Of Yourself

"Terbakar kampung nampak asapnya;"
"Terbakar hati siapa yang tahu?"
Karam Singh Walia - Aduan Rakyat

"Hari tu adik nampak ada asap keluar dari mulut Papa"
"Hati Papa terbakar ke Mama?"

..................................................

"Berita hari ini."
"Seorang lelaki diberkas atas tuduhan merompak seorang wanita. Mangsa kehilangan empat utas rantai, tujuh bentuk cincin, enam gelang tangan, dua gelang kaki, tiga telefon bimbit dan satu botol minyak wangi. Kerugian dianggarkan bernilai RM empat belas ribu"

Ahad, 7 Mac 2010

Romantikalawanita



Peristiwa di Pekan Frinjan 9.0
[Gambar selanjutnya itu flickr dalam juga taruk]

Sabtu, 6 Mac 2010

Bantu Aku Disini Melawan Monster Sepi

Jam pagi mengejutkan aku. Macam hari-hari yang dulu. Aku rasa aku akan jalani hari ini seperti hari-hari yang lain. Aku rasalah.

..................................................

Malam tadi.

Aku baring atas katil. Dengan kaki terkangkang tangan mendepang. Aku pandang syiling. Tak taulah syiling tu pandang aku ke tak. Perlahanlahan aku swallow perit hati aku sendiri. Mana tak peritnya, tepi katil ni ada monster Sepi sedang berjoget lagu aselehe sambil menjelir lidah simboliknya mengejek aku. Aku memang dah lama menyirap dengan monster Sepi ni. Dah macam-macam aku buat untuk menghalau dia pergi seperti campak dia dalam washing machine, bawa motor laju-laju sambil heret dia kat belakang, tabur serbuk cili kat lapan biji mata dia dan sebagainya. Tapi dia tak pernah serik nak menganggu aku.

Dan dalam penuh kesabaran aku menelan keperitan tu, aku terlelap. Dan bermimpi. Seperti biasa aku tenggelam dalam periuk sup masakan monster Sepi. Dan datang seekor biri-biri putih menyelamatkan aku. Dia sambar aku keluar dan terbang ke awan. Kami berborak mesra dan kini monster Sepi tak boleh kacau aku lagi. Sebab dia tak boleh terbang. Biri-biri putih yang bernama Bebe tu ajak aku main sepak bantal kat atas awan tu. Sedang kami berseronok menyepak bantal tu. Jam pagi berbunyi.

Aku tengok monster Sepi dah gelak-gelak kat bawah tu. Damn.

..................................................

Seterusnya: Bunyi Gitar Cinta Dan Kita

Isnin, 1 Mac 2010

Hari Februari Yang Hilang

Sebelum Masihi dulu. Semua dinosour telah diculik oleh orang Marikh dan disorok didalam satu ruang vorteks di dimensi lain. Adalah sikit-sikit yang terselamat sebab kapal angkasa mereka ketika itu telah pun terlebih muatan.

Selepas itu tamadun manusia bermula kerana manusia ketika itu bukan lagi lauk untuk dinner para dinosour. Dan ketika itu manusia meneka yang bulan itu ada banyak kerna setiap malam bulan yang berbeza rupa akan keluar. Tapi setelah kajian dibuat oleh pihak berwajib, mereka telah berjaya mencipta "alat pengintai angkasa" (baca dengan nada Doraemon). Mereka mengintai bulan dan menjumpai hanya sebiji bulan saja yang wujud.

Satu ketika seorang ahli astronomi purba telah menggunakan alat pengintai angkasa itu untuk mengintai matahari. Dan ketika itulah satu peristiwa yang tak dijangka berlaku. Ahli astronomi tersebut ternampak seorang gadis berpakaian ketat warna emas dengan kasut roda sedang meluncur laju sambil membawa lari beberapa hari dalam bulan februari didalam beg bimbit yang dibawanya. Dan lenyap disebalik planet-planet yang bertaburan.

Sehingga kini hari-hari februari yang hilang itu masih belum dijumpai.