Sabtu, 29 Mei 2010

Ejen Din

Satu tinju tangan kiri menepati dagu kanan pak guard itu. Ketika dia hilang keseimbangan aku hayunkan satu lagi penangan ke abdomennya. Kala dia sudah tertunduk menahan senak, pantas aku susulkan gerakan ongbak penuh bergaya. Lutut yang padu itu terus menelan kesedaran si pak guard.

Aku sorok pak guard di belakang kotak-kotak dalam warehouse tersebut. Perlahan aku jejak masuk kedalam dengan penuh gaya ibarat ninja. Agak mudah misi kali ini jika dibandingkan dengan misi-misi musim lalu. Misi menyelamatkan unicorn kerdil yang diculik sindiket penyeludupan haiwan liar kali ini lebih mudah jika dibandingkan dengan misi minggu lalu iaitu menjejak kapal terbang rusia yang membawa serigala jadian yang terhempas di antartika.

Di satu sudut aku nampak empat orang ahli sindiket tersebut sedang bermain poker. Setiap dari mereka bersenjatakan pistol. Aku mengambil langkah proaktif dengan mencampakkan empat batang lidi yang aku jumpa dilantai tepat memasuki lubang telinga setiap dari mereka. Tak sampai lima saat mereka semua rebah tergolek umpama rezeki yang datang bergolek.

"Hei, apa lu buat kat sini?"

Terkejut aku mendengar suara garau segarau suara Ramli Sarip menegur dari belakang. Aku ingat nak minta otograf tapi memandangkan makhluk dibelakang aku bukan Ramli Sarip maka aku batalkan niat tersebut. Sebaik saja aku tengok muka mamat setinggi tujuh kaki ini, terus dia hadiahkan buku lima yang cukup padu. Walaupun aku sempat menahan tapi ia tetap menyebabkan aku melambung beberapa meter kebelakang. Wah gagah sungguh mamat ni, kekuatannya hampir sama dengan Naga Zombie yang aku lawan tahun lalu.

Aku berlari kearah mamat tersebut sambil mengelak kotak yang dicampakkannya. Aku elakkan tinju darinya dengan satu lompatan tinggi sambil menghadiahkannya lutut mantap keatas dahinya. Aku bajet ini kalau makan sepuluh biji panadol activefast pun tak mampu nak hilangkan pening kepalanya. Sebaik saja kaki aku menjejak tanah, siku aku terus ke buah pinggangnya, lapan belas tinju ke rusuk kiri dan kanannya, lutut ke abdomen dan kangkangnya, dan satu tendangan putar tepat mengenai dagu kanannya. Semua itu berlaku dalam masa kurang dari dua saat. Beberapa saat kemudian, mamat tersebut terus tumbang menyembah bumi sambil memuntahkan beberapa biji organ dalamannya.

Aku terus menuju ke office bos besar sindiket tersebut. Mereka yang cuba menghalang mudah saja aku tumpaskan dengan tangan kosong. Bam! Aku terajang pintu office bos besar tersebut. Dalam office tu aku nampak unicorn kerdil kat dalam sangkar. Bos besar tu sedang mengacukan pistol pada aku. Aku tenung sekali mata dia. Terus dia hujani aku dengan berdas-das tembakan. Tiga biji peluru aku tangkap guna gigi aku, selebihnya aku elak.

.................................................................

Aku pulang ke ibu pejabat menaiki unicorn kerdil. Dalam hati aku girang selepas mengenangkan bos besar yang aku gantung pada siling warehouse itu dengan kepalanya kebawah. Mesti merah kepala botaknya bila polis sampai ketempat kejadian nanti. Gelak aku dalam hati.

Tett!
(Nada dering telefon tanda ada mesej baru)

"Morning, awak bangunlah. Asyik mimpi yang bukan-bukan je."

Khamis, 20 Mei 2010

The Frog Prince

Putera Katak sangat berang. Orang masa kini selalu memandang tupai saja yang pandai melompat. Walhal katak juga handal melompat. Sepanjang hayatnya di habiskan dengan melompat. Tapi tiada siapa yang mengaguminya.

Suatu hari, Ketika Putera Katak sedang leka mengira bintang, baginda telah diculik oleh sekumpulan saintis berkepak. Saintis berkepak tersebut menjalankan ujikaji pada baginda dengan meletakkan baginda atas mesin joging pada kelajuan maksimum, mengikat baginda pada layang-layang ketika hari sedang ribut, dan banyak lagi ujikaji lain yang patut pembaca bayangkan guna imaginasi sendiri sebab penulis malas nak fikir.

Objektif utama ujikaji ini adalah untuk membuatkan katak boleh berjalan seperti homosapiens. Pelbagai ujikaji demi ujikaji dijalankan oleh kumpulan saintis berkepak namun tiada satu pun mampu menepati hipotesis awal ujikaji tersebut.

Jalan terakhir, para saintis berkepak tersebut membedah perut Putera Katak dan mengeluarkan hati baginda. Hati baginda di transplankan kepada seorang Puteri negeri pari-pari yang terluka hatinya.

Puteri negeri pari-pari pun sembuh dari luka hatinya lantas menyumpah Putera Katak menjadi seekor tupai yang pandai melompat, terbang, berjoging serta berenang. Untuk menambah nilai-nilai fairy tale dalam entri ini penulis membuat konklusi yang akhirnya mereka hidup bersama happily ever after.

Isnin, 17 Mei 2010

Hikayat Si Budak: Pahlawan

Azan Maghrib berkumandang. Hari ini Haji Samad yang azan, kemain merdu lagi bak buluh perindu. Almaklumlah dulu Haji Samad pernah menang pertandingan karaoke anjuran kedai tomyam Ajijah.

Si Bapa, seperti biasa membawa Si Budak ke masjid bagi menunaikan kewajipannya serta mendidik Si Budak agar menjadi modal insan yang terbilang. Dalam perjalanan itu, sempat Si Budak mengejek anjing Tauke Lim yang selalu mengejarnya ketika balik tadika seorang diri. Tapi adanya Si Bapa disisi, Si Budak tak gentar lagi pada anjing Tauke Lim tersebut. Mungkin gentarnya akan kembali besok hari. Anjing tauke Lim tenung saja Si Budak dalam-dalam dengan penuh dendam dan geram. Bila Si Bapa tenung balik, terus anjing Tauke Lim pura-pura pengsan.

Sampai saja di masjid, Si Bapa ambil selipar mereka dan letak atas rak paling tinggi agar ia tidak menjadi mangsa permainan baling selipar geng upin ipin nanti. Kerap juga selipar Pak Imam dan Haji Samad tersangkut atas pokok jambu di belakang masjid itu. Kalau tak mahu digigit kerengga pokok jambu, langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Masuk saja pintu masjid, prosedur salam menyalam berlangsung seperti biasa. Si Budak ternampak beberapa ahli jawatankuasa Geng Jahat Taman Sebelah sedang lepak-lepak di penjuru masjid. Mata mereka bertentang dengan pandangan penuh benci.

Sebaik saja Pak Imam angkat takbir, barisan saf paling belakang yang tadinya penuh dengan kanak-kanak harapan nusabangsa terus kosong. Ada yang menyusun selipar-selipar menjadi piramid, ada yang lat ta li lat pilih team, ada yang training nak jadi Usain Bolt. Tapi Si Budak dan beberapa ahli jawatankuasa Geng Jahat Taman Sebelah kini di belakang tandas masjid, sedang bertempur. Masing-masing dengan visi sendiri.

Tiga lawan satu. Kamen Rider, Bezita, dan Makhluk Berbulu melawan Si Budak. Kamen Rider membuka langkah. Satu tinju tangan kiri ke hidung Si Budak, tangkas Si Budak tepis dengan di iringi satu tinju padu ke dagu Kamen Rider. Tumbang seorang. Datang Bezita dengan penangan kaki kanannya, selamba Si Budak elak ke kiri dengan satu tendangan rendah ke kaki kiri Bezita. Lantas tergolek Bezita tak sedarkan diri. Si Budak tenung Makhluk Berbulu. Makhluk Berbulu tengok Si Budak. Sekali kena sergah terus lenyap Makhluk Berbulu dari pandangan.

......................................................................

Lepas isyak, Si Budak pulang.
Sampai rumah Si Bapa dah posing dengan rotan di tangan.

Sabtu, 15 Mei 2010

Saturday Yang Santai

Suasana kedai kopi pagi itu seperti pagi-pagi yang lain. Nampak sibuk. Bezanya, saturday peratusan pelanggan yang take away berkurang. Di satu penjuru, kelihatan Syamsudin dan konco-konconya melepak bersama gelas teh tarik masing-masing.

Syamsudin cakap,"Korang tahu tak, setiap kita manusia ini ada spotlight untuk menerangi hati-hati orang sekelilingnya." Konco-konconya Syamsudin hanya angguk-angguk sambil meneguk teh tarik mereka. "Yelah, mesti ada seseorang yang mampu menerangi jiwa setiap individu itu, yang mampu buat individu itu rasa selamat, bahagia lagi ceria." Sambung Syamsudin lagi.

"Macam kau dengan akulah tu, bila aku tak ada duit aku rasa selamat je dengan kau. Bayarkan teh tarik aku, Syamsudin." Balas salah seorang konco-konco Syamsudin yang bernama Sabri itu.

Rabu, 12 Mei 2010

Portal Ke Dimensi Baru

Hari itu perut Aku(bukan nama sebenar) bergempa, petanda hari ini ada sesuatu yang akan terjadi. Tapi Aku(bukan nama sebenar kot) selaku pelajar paling kewl dalam kampusnya buat rileks je. Langkah kakinya disusun kemas menuju ke tandas di fakultinya.

Dengan tenang Aku(betul, bukan nama sebenar) masuk melepasi lelaki-lelaki bermuka dinding. Selamba dia tolak pintu tandas second last. Aku(nama sebenar dia lain kot) adalah lelaki supetisyes. Aku(kau agak-agak nama sebenar dia apa?) percaya tandas second last adalah pilihan yang terbaik. Tak kira dimana saja ada tandas awam, tandas second lastlah pilihan Aku(aku cakap bukan nama sebenar, bukanlah. degil!).

Selesai tugas Aku(bukan nama sebenarlah!) disitu. Dia tarik flush.

[cahaya terang benderang tiba-tiba]

Rupanya Aku
(tak percaya ke, bukan nama sebenar dialah!) telah di teleport ke satu dimensi baru. Dimensi dimana tak ada mat rempit mengaplikasikan ilmu fizik dijalan raya, tak ada polis yang suka acah-acah main counter strike, baby-baby semuanya hepihepi gelakgelak tanpa risau akan biawak, orang paling miskin pun drive bmw nak pergi lepak makan beefsteak dengan pemimpin negara, dan setiap hari mak-mak boleh shopping langsir dekat Jakel lepas habis tonton drama bersiri Tasbih Cinta.

Isnin, 3 Mei 2010

Neslo

Ini kisah pari-pari dengan patung kapas berbentuk syaitan merah yang comel. Patung kapas berbentuk syaitan merah yang comel ini bernama Bibi.

Satu hari Bibi terserempak dengan pari-pari yang sedang mundar-mandir di atas dahan sebatang pokok Rhu. Wajah pari-pari tampak gelisah, mungkin dia terlupa nak cuci muka pakai serbuk magis pagi tadi. Bibi tahu yang pari-pari itu tak sukakan dirinya kerna dia berbentuk syaitan merah yang comel. Namun begitu, dia bukanlah syaitan yang betul. Bibi tak pernah pun menjejakkan kakinya ke pasaraya Isetan.

Tapi berbekal iklan nasihat khidmat masyarakat yang kerap berkumandang di corong-corong radio, "Budi bahasa budaya kita". Bibi teguhkan jiwa untuk bertanya akan kegelisahan yang melanda jiwa kecil sang pari-pari.

[Mereka berdialog dalam bahasa yang tak diketahui]

Rupa-rupanya bidadari terlupa bawa minuman energinya ketika mahu mencatat nama kanak-kanak nakal di tadika sana. Tanpa minuman energi tersebut sang pari-pari tak dapat terbang pulang ke awan sitrus dimana tempat dia menetap.

Jadi Bibi merelakan dirinya disumpah menjadi jet pejuang untuk membawa sang pari-pari terbang kembali ke awan sitrus. Sungguh mulia jiwa Bibi si patung kapas berbentuk syaitan merah yang comel tersebut.

.......................................................................

Besok pagi aku bangun aku tengok ada patung kapas berbentuk syaitan merah tengah peluk-peluk manja perut aku. Lepas tu aku sambung balik mimpi ronda-ronda naik basikal dengan gadis di kawasan kampung yang asing bagi aku.

Moral: Jangan minum neslo malam-malam.