Rabu, 28 Julai 2010

Mimpi Basah

Sebelum tidur basuh kaki.

Ayie, seekor kucing jantan yang comel sedang berguling-guling diatas awan. Ayie gelak-gelak gembira sambil minum teh ais bungkus. Memang syok Ayie berguling. Awan gebu yang terkandung air-air yang disejat dengan bantuan mentari itu membasahkan setiap helai bulu Ayie.

Ayie kemudiannya terjun ke laut yang ada banyak penguin lompat-lompat dari permukaannya. Dan Ayie mendarat atas salah satu penguin yang memakai jersi Argentina bernombor lapan dan terus menunggangnya.

Penguin tersebut membawa Ayie menyelam kedasar laut dengan kelajuan maksima. Namun Ayie sempat juga mengunyah gula-gula getah walaupun sedang menunggang penguin pada kelajuan yang tak terkejar oleh mana-mana komet diangkasa.

Sesampai saja didasar laut mereka nampak ada paip bocor. Ayie terus menutup paip bocor dengan menggunakan gula-gula getahnya. Air laut terus surut.

Ayie mengerbang-ngerbangkan bulu-bulunya untuk mengeringkannya. Kemudian datang seekor koala hijau memberikannya tuala dan sekeping nota ringkas.

"Mak kau suruh bangun. Kalau kau tak bangun juga lepas ni dia kata dia nak jirus air panas menggelegak pula."

...................................................

Petang itu kelihatan seorang lelaki sedang memerah tilam di depan rumahnya.

Rabu, 21 Julai 2010

Warkah Buat Lelaki Gampang

Hai, nama aku Sue. Aku seekor pontianak. Aku tengok belog ini dah lama tak berpenghuni. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa pesanan aku kepada lelaki-lelaki gampang yang telah menghancurkan hidup aku.

Kepada Zack, teman lelaki aku yang tak reti nak menjaga aku. Sibuk memanjang dengan kerja kau tu. Aku nak bagitahu, akulah dalang di sebalik kehilangan duit-duit yang kau kumpul selama ini. Aku berterima kasih pada si toyol kerana membantu aku tanpa sebarang pengeras.

Kepada perogol(Aku tak tahu nama kau), tahniah kau hampir-hampir jadi seorang ayah. Malangnya aku mati sebab beranakkan anak kau. Celaka! Jangan kau suka sangat. Kau rasa kau sedap sangat dapat tidur dengan perempuan yang kau tak kenal hari tu kan? Mesti best kan? Sebenarnya itu akulah. Aku dah rasuk seorang pelacur yang mengidap sipilis(betul ke aku eja ni, lantaklah). Aku cadangkan kau jumpa doktor sekarang. Hahaha.

Ok dah nak azan ni, aku chow dulu.

Jumaat, 9 Julai 2010

Cinta Untuk Jiwa Merdeka

Sama-sama kita.
Melayang dari atas buaian cinta.
Setiap detik disitu hanyalah yang indah.
Kita bersama berlari menjauh dari dunia gundah.

Pagi nanti mungkin kita masih berlari.
Ke Osaka mencari mentari pagi.
Dan malam nanti mungkin kita masih lagi berlari.
Ke Sahara mengikut telunjuk bintang yang berseri.

Dan di akhir nanti bila semuanya musnah.
Terbaring kita dalam jaga bertilamkan tanah.
Tak mampu lagi berlari walau dikejar dunia gundah.
Dan kita mengharapkan lena nanti berkawankan mimpi indah.

Khamis, 1 Julai 2010

Dua Puluh

Aku belum mati.
Masih belum mati.
Aku masih hidup lagi.
Hidup dalam kepala sendiri.

Dan masa telah berlalu.
Masa itu masih lagi disitu.
Aku masih berkeliaran diruang itu.
Hidup dalam ruang yang telah lama berlalu.

Aku tahu masa ini singkat.
Dan aku tersesat.
Aku sesat.

Hei kawan-kawan.
Mari sama-sama kita nyanyikan.
Nyanyikan lagu harapan.
Dedikasikan kepada si masa depan.

Oohh ohh ohh.