Selasa, 30 November 2010

Cahya Untuk Mata

Malam begini perlahan membaham panas petang dengan dingin yang mampu membuat perjalanan darah dalam sistem badan manusia mengalir perlahan. Malam seperti inilah. Dinginnya bukan datang dari suhu persekitaran yang menurun selepas matahari menghilang, tapi dari rasa sepi di hati. Aku dingin. Aku lelaki dingin. Aku dengan dinginnya menonton rancangan karut paparan ejen barat yang berlumba-lumba menendang manusia kedalam lahad kesesatan. Aku, seorang aku.

Di tangga rumah teres dua tingkat yang letaknya disisi ruang tamu rumah ini, aku lihat seorang gadis genit berbaju panda yang comel, sedang menonton aku, yang sedang menonton tivi. Dahlia, aku tengok dia menggosok-gosok matanya dengan tangan kirinya dengan tangan kanannya memegang telinga patung arnab yang terseret dilantai sebaik dia berjalan menghampiri aku, yang menghulur tangan dari atas sofa biru ini.
Tak boleh tidur ke sayang, aku tanya.
Dia terus baring diribaku dengan tangan kecilnya yang dua itu memeluk Bibi, patung arnab merah jambunya itu. Senyum senyum aku memadam aku yang dingin tadi. Jari jari aku menyisir setiap helai rambutnya, lembut. Dan dengan suara bisik aku dendangkan lagu kegemarannya, Arnab diatas Pelangi.

Dicelah keceriaan itu aku terkenang, mama Dahlia.
...........................................................

Sebagai selebriti tivi terkenal yang cantik, berpewatakan menarik dan ayu, mama Dahlia dikerumuni ramai peminatnya dari setiap ceruk tanah ini. Tak kurang juga peminat fanatiknya yang lunatik. Menerima gambar-gambar aktiviti harian mama Dahlia setiap pagi ahad memang perkara biasa bagi kami. Nasib baik percubaan menculik Dahlia untuk mendapat perhatian mama Dahlia dulu gagal, kalau tak kerana Bibi, mungkin aku sudah tiada lagi Dahlia. Tapi itu cerita dulu. Sebelum hari perkelahan kami sekeluarga di Grand Park. Celaka kau, maskot beruang. Kasihan Dahlia, tiada lagi mama. Kerana kau! maskot beruang. Celaka. Aku harap kau jahanam dalam hidup kau dan hidup kau yang seterusnya. Jahanam.

............................................................

'Papa?'' Yes sayang.'' Are you crying?'' No i'm not, i just miss your mom.'''' Me too, i miss mama so much.''Em.'' Can i see mama again, papa?''Em.'' Does mama miss us?''Em.'

'Goodnight papa.'' Em.'

Ahad, 21 November 2010

Doktor Rohit Dan Solusi Kesempurnaan

Bertahun-tahun. Doktor Rohit korbankan tabiat liarnya, duduk dibawah eskalator supermarket diwaktu musim jualan murah, atau mencuri buah ceri di kedai kek, atau menari tango dalam cawat jerami, dan semuanya hanya untuk ciptaannya yang satu ini.

Di waktu Doktor Rohit menuntut di kolej dulu. Beliau telah gagal di pertengahan jalan kerana selain gemar mengamalkan aktiviti yang tidak berfaedah, hati beliau juga sering dijahanamkan oleh melodi kehancuran jiwa nyanyian perempuan perempuan dingin.

Doktor Rohit tahu beliau tidak sempurna untuk mereka.
Beliau tahu yang beliau, pendek.

Oleh kerana itu, dengan sedaya upayanya. Beliau korbankan jiwa raganya untuk ini. Ciptaan unggul, masterpis dari galaksi minda seorang lelaki genius yang kecundang. Solusi pada isu kesempurnaan sejagat.

Spesimen terakhir untuk ekperimen terakhir ini sebelum beliau memenuhi hipotesis ciptaannya ini ialah, beliau sendiri. Doktor Rohit. Beliau mahu jadi sempurna. Jadi itu beliau cucukkan segala rasa benci diri itu dengan suntikan dua dos Promaxistat 05CX.

..................................................................................

Tamat eksperimen.
Beliau masih pendek.
Doktor Rohit masih pendek.
Dan beliau tahu akannya.
Yang beliau sudah pun sempurna, dari awalnya.

"Pergi jahanam perempuan perempuan dingin."
"Aku awesome. "

Kredit:Oh Farah!(she got knife, help me)

Rabu, 17 November 2010

Jauh

Remy, sebuah android, atau cyborg. Entah, Remy pun tak tahu yang dia adalah apa, yang pasti dia bukanlah ayam. Dia tahu ayam memberakkan kapur, dan dia tidak memberakkan kapur. Jadi dia bukan ayam, atau cempedak.

Remy, sebuah android, atau cyborg.

Satu hari, Remy membuat keputusan untuk jatuh cinta selepas menonton clip muzik perjuangan cinta sedih oleh band pop sembilan puluhan. Remy tahu diluar sana ada cinta untuk dia, dia percaya. Mungkin sebuah android berbesi titanium, atau mungkin Lisa Surihani, atau mungkin sebuah mesin basuh buatan Thailand, dia tak kisah.

Remy menyimpan kepercayaan ini sehinggalah satu pagi. Satu pagi dimana bila dia bangun dari dock pengecas tenaganya dan mendapati kotak yang menyimpan rasa cintanya telah hilang. Hilang. Hilang tak tahu kemana, bagaimana, dan mengapa. Tapi ianya telah hilang.

Cuma yang Remy pasti. Kotak cintanya itu kini jauh. Jauh dari tubuh besi dia.