Sabtu, 1 Januari 2011

365

Aku selak satu persatu helai buku setebal dua inci itu. Aku cari penuh perinci disetiap permukaan kertas tebal itu. Tapi apa yang aku cari entah kemana tak mau mata aku temui.

Tiga ratus enam puluh lima helai kertas. Hilang. Dalam tebal tebal dua inci buku itu. Hilang. Macam chipsmore. Aku mula letak syak yang bagai bagai. Aku tanam prejudis aku pada setiap mat rempit, aku cipta benci pada semua kaki politik, aku rendam amarah pada semua minah tudung, aku, seorang aku stereotaipkan semua homosapien memang bajingan.

Semua mereka curi tiga ratus enam puluh lima helai muka surat dari diari hidup aku. Walhal apa yang aku tak tahu, sebenarnya semua helaian muka surat itu ada pada dia, sang pencinta.

Datang seorang tua berkata
"Tak perlulah kau salahkan dunia"
"Kau, seorang engkau yang pilih untuk jatuh cinta"


22 ulasan:

saya; AISA. berkata...

diari 2010 aku dah siap rentung kena bbq HAhaHAhaHAhaHAhaHA. (gelak tahun 2011)

Si Aizuddin berkata...

Aisya Debiru,
Pembakaran terbuka.

Youjie berkata...

365 yang di hadapan aku pilih untuk kunyah perlahan...

Si Aizuddin berkata...

Youjie,
Kunyah sampai lumat. Jangan sampai tercekik.

iniduniasaye berkata...

tigaratuslimapuluhenam halaman yang lalu adalah penipuan untuk menutup penipuan

koma

tigaratuslimapuluenam halaman akan datang adalah melunas dendam

titik


-harris mamat-

nia sinya berkata...

salah kan sesuatu?
pandang hadapan byk ruang dan peluang walaupown pernah dlepaskan ruang dan peluang sblom nye.

puding roti berkata...

dl sy ada diari. tulis mcm2 maklumla tgh membesar. bl besar sikit rs malu lalu koyak halus2 kemudian rendam dalam air. dh kembang baru pegi buang. sbbnya takut ada org terjumpa kt tpt sampah nanti org tu cantum2 blk kemudian boleh baca kemudian tahu sy tulis apa T_T

Si Aizuddin berkata...

Harris Mamat,
Penipuan untuk menutup penipuan adalah politik. Penipuan untuk menujuk kebenaran adalah seni. Dendam yang akan dibalas biarlah berbaloi.

Nia Sinya,
Kadang kadang apa yang dipandang hilang tak dapat dipandang.

Kak Puding,
Comel. Hee

nia sinya berkata...

tutup mata.

norsyuhada binti johan berkata...

tak faham....boley translate dalam bahasa purdu x?hehehe

gReeN iS pEAce berkata...

lama tak ketemu :D

365 tu, separuh aku buat sup,separuh buat sambal

Si Aizuddin berkata...

Nursyuhada,
Purdu? Bahasa Pudu ke? Bahasa Urdu?

Ana,
Sedapnya.

norsyuhada binti johan berkata...

pudu raya ;

Si Aizuddin berkata...

Norsyuhada,
Oh. boleh boleh.

norsyuhada binti johan berkata...

Tak kenal ke ite?ite bese nampak awak dekat fakulti..hehe

Si Aizuddin berkata...

Oh Eda,
Kenal kenal. CS229 baru tu kan.

norsyuhada binti johan berkata...

yup...its me...hehehe :)

nia sinya berkata...

nape xde post baru?

Lee Zha berkata...

tiga6lima aku simpan dalam hard disc.

bila aku bosan, aku tengok balik.

sebab mungkin ada 'ilmu' yang aku tercicir.

lagipun, tiga6lima jadi, aku tak pernah menyesal.


even ada silap.


sebab dari silap, aku boleh format balik supaya tak ulang silap.

Si Aizuddin berkata...

Lee Zha,
Bernas sungguh.

Nur Taufiqah Idris berkata...

So that 365 is really is refer to a diary?
Or is it just an analogy to the whole 2010?

Seorang tua tu siapa?

Pening.
@_@

Si Aizuddin berkata...

Taufiqah,
It's an analogy.