Selasa, 15 Februari 2011

Mencari Jam Tangan Yang Hilang

Dia dah hilang. Jam tangan aku yang bernama Bob. Bob lah yang mengendong masa-masa aku dulu. Masa-masa aku bergelaktawa bersama keluarga selepas habis diner sambil menonton cerita drama entah apa-apa. Masa-masa aku berguraucanda bersama rakan-rakan tatkala karaoke nyanyi lagu yang buat jiwa-jiwa kita rasa muda. Masa-masa aku berkasihmesyera bersama sang cinta yang utama hingga buat kaki tak rasa cecah dek dunia.

Dah tak ada. Dah hilang. Hilang. Entah ke mana. Bob dah hilang. Bersama masa-masa punya aku yang dikendongnya.

Jadi aku sudah tak ada masa.

6 ulasan:

tengku_fir21 berkata...

sayang kan dh hilang

k.e.r.i. berkata...

jam kat henset ada.
ada masa lagi.

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) berkata...

jangan la macam ni. kau sentap hati aku.

Si Aizuddin berkata...

Tengku Fir,
Hm kena cari balik.

Heri,
Ha'ah kan?

Affah,
Atoyai. Sori bro.

Luna berkata...

kau pandai main kata2.

Encik Psychopath berkata...

tak cari betul-betul.