Selasa, 13 Disember 2011

Epifani Pagi

Bila yang biasa hilang dari biasanya. Rasa yang lenang dulu dihempuk oleh kekalutan amanah dan percaya di mana makin lanjut waktu. Hempas pulas kau berdamping dengan mata kau yang layu mengadap entiti yang kau tak mahu. Setiap gerak kau membunyikan tulang belulang yang berkarat kerna disekian waktu terlalu lama diam terpaku. Otot-otot kejang dek tiupan angin pagi. Membuat rasa masa yang berlalu laju tanpa sepanjang ini bagai makin hampir ke akhir. Ini belum lagi akhirnya. Selesai berenang keluar dari derita yang ini, datang menanti sekali lagi. Deringan loceng ke pusingan seterusnya. Masih belum tamat lagi..

3 ulasan:

ica berkata...

dan kini setelah berpurnama-purnama yang berlalu muncul juga entri baru!hiyah yeah!

Cerita final year ke ni?

nazrinzaidi berkata...

akhirnya.

bro,ingatkan dah bernisan blog ni.
semenjak dah ada makwe ni lu semakin malas menulis gua rasa.ke macam mana?

keh keh.

Si Aizuddin berkata...

Terlupa password kot. Hahaha.