Selasa, 25 September 2012

Sedar

Jiwa manusia ni terlalu dambakan material yang indah pada pandangan mata. Walau pada akalnya kita menolak nilai meninggikan aspek material dalam hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai murni yang masyarakat mahukan. Tetapi kita ni manusia, dalam hati Tuhan dah beri, satu fitrah yang datangnya sepakej dengan nafsu.

Kita nak jadi kaya, nak jadi cantik, nak berpangkat, nak orang tengok kita dan kata, "Wah, hebat rumah kau dah macam Sunway Pyramid aku tengok" atau " Wah, dahsyat kereta kau, bila kau masuk Formula 1 ni?" atau "Wah tinggi pangkat kau, beli kayu golf ni lepas ni memang tak main futsal dengan aku dah" atau "Wah cantik bini kau bawa balik dari thailand ni, dah macam jantan aku tengok" atau sebagainya.

Tetapi perkara-perkara seperti tu hanya sesuai dikatakan pada orang-orang yang mak bapak mereka dato' dato', bukannya datuk yang bercucu tu seperti Boboi Boy dan atuknya si tauke kedai coklat tu, atau pada orang-orang yang berkerja dari siang hingga siang yang seterusnya dan sambung terus kerja hingga siang seterusnya dan seterusnya, atau pada orang selalu belanja orang kaya makan dan menjadikan mereka lebih kaya dengan memberi duit  pun kena lalu bawah meja, atau orang-orang yang seangkatan dengannya.

Kita sebagai manusia yang biasa-biasa perlulah mengukur baju di badan sendiri kerana jika kita ukur di badan orang lain maka jadinya kita akan berpakaian seperti remaja hiphop ataupun seperti anak gadis yang tersilap pakai baju adiknya di bazaar ramadhan. Tak perlulah kita cuba-cuba meletakkan diri kita dalam kasut mereka kerana sudah pastinya tak akan muat melainkan mereka mempunyai kaki sebesar pintu rumah. Sekian.

Ahad, 23 September 2012

Hilang

Terkadang kau rasa di depan kau hanya ada masa-masa cerah sahaja. Tidak pun begitu, pasti sentiasa kau harapkan di depan kau hanya yang cerah-cerah belaka. Biar ditanam benih yakin dalam hati kau, agar kau percaya yang tiada apa yang akan dapat tolak kau jatuh dari tempat yang kau tegak berdiri.

Tapi, tapi jauh dalam sudut gelap jiwa itu. Kau takut. Ya, takut akan ketidakpastian, pada masa depan, pada apa yang kau akan jadi. Takut, kau takut pada apa yang kau tak tahu, apa yang kau tak tahu akan berlaku. Kau takut pada hakikatnya, yang kau tak tahu akan segala itu.

Jadi, jadi kau hantar jiwa kau mengembara. Pada masa silam yang lama kau pendam, kau mengembara. Mencari cebisan-cebisan memori yang berkata jelas tentang apa maksud hidup kau, Manusia.

......................................................................................................

Manusia, kita lupa. Hilang, entah dimana.
Harapnya, akan berjumpa semula sebelum jam dunia kau kehabisan baterinya.

Selasa, 1 Mei 2012

Terima Kasih

Disini kita bermula.
Disini kita berjumpa.
Disini kita gembira.
Disini kita derita.
Disini jualah hati kita, selamanya.

Berjuang sudah jayanya didaki.
Rangkul erat segala peluang bersemi.
Disinilah kita cari ilmu hakiki.
Nilai pekerti dan jua harga diri.

Dari mana hendak ku lunaskan hutang-hutang jasa.
Bukannya layak bergunung emas permata.
Tidaknya mampu dicagar dengan dunia.
Biarlah mampu dibayar cuma, oleh yang Esa.


Jumaat, 20 April 2012

Hati-Hati Yang Ditinggalkan

Wajah dan hati tidak selari. Pada mana yang kau lihat pada raut bukan semestinya apa yang termaktub dihati. Ini, dalam ini. Hati ini, bukan semestinya milik diri.

Falsampah: Roda

Brader Jon datang lagi. 

"Gagal, jangan gagal selamanya. Harus, harus terus ada upaya. Kalau engkau tak mampu berjaya, jangan biar orang lain merana. Hidup ni macam roda, bro."

"Roda?"

"Roda, bro. Kalau pancit lu pam, rim penyek lu cari baru, kena boleh pusing. Kalau tak macam mana lu nak ke depan."

"Ke depan?"

"Ke depan, bro. Bila ke depan lu maju, kebelakang mundur. Sebab lu nak berjaya lu kena kenal matlamat."

"Matlamat?"

"Lu mundur kebelakang lu tak nampak matlamat bro. Mata lu di depan bro, maju kedepan lu nampak. Lu nampak, baru lu kenal."

"........"

Brader Jon hilang lagi.

Rabu, 18 April 2012

Sesi Falsafah Bersama Brader Jon

Lu orang tak kenal Brader Jon. Bagi gua beliau ni umpama seorang ahli fiqir yang zuhud dan tawaduk umpama padi resminya. "Lagi tunduk bila berisi". Bukan senang lu orang nak insan macam gitu gayanya. Lu orang bayangkanlah, berapa senang lu orang ingat orang berisi nak menunduk. Brader Jon ni, kadang-kadang muncul tak tentu pasal, entah bila-bila beliau boleh terpacul kat sebelah gua, magik orangnya.

"Wassup bro, lu rasa lu hidup ke sekarang ni?" Brader Jon tanya gua. Gua diam. "Hidup ni bro, paradoks." Kata beliau. Gua angguk, tak faham. Tinggi bahasanya tu.

Gua tengok kiri kanan. Macam biasa, tanpa petanda Brader Jon dah tak ada.

 

Jumaat, 10 Februari 2012

Dari Satu Sudut

Aku duduk dan berfikir.

"Sekalian manusia, kau tak pernah lebih baik dari Tuhan.
Tak akan pernah."



Khamis, 2 Februari 2012

Setahun

Masa. Yang membezakan jurang antara saat yang sudah dan sekarang. Setiap yang bergeraknya jarum pada jam oleh proses mekanikal yang bersambungan pada setiap jarak waktu, berkumpul padu menjadikan wujudnya tempoh yang sudah berlalu. Sedetik, sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, dan kini setahun sudah berlalu.

Setahun.
Usai sudah bumi mengelilingi mentari.
Pada yang mengandung sudah keluarlah bayi.
Pada yang bayi sudah pandai mengguna kaki.
Pada yang gadis ada yang sudah menjadi ratu pada suami.
Pada yang teruna ada pula yang sudah memiliki isteri.
Pada yang musafir sekarang sudah kembali.
Pada yang hidup ada yang sudah bertemu ilahi.

Pada aku, masih tetap disini.
Disisimu, duhai kekasih hati.

Sabtu, 28 Januari 2012