Rabu, 26 Ogos 2015

Suami Isteri: Tunggu

Tanggungjawab seorang suami bukanlah sesuatu yang boleh diambil enteng, kemaslahatan isteri dari zahir ke batinnya perlulah dijaga baik ibarat menatang minyak yang penuh, tapi zaman sekarang orang dah tak tatang minyak, diorang letak dalam botol je terus. Martabatnya tinggi [no.2, mak yang tertinggi] selaku wanita dalam kalung hati lelaki yang menyempurnakan separuh lagi jiwa lelaki ini.

Petang ini aku kena jemput separuh lagi hati aku balik dari kerja. Kali ni lambat sikit dia keluar, mungkin ada kerja lagi yang perlu disiapkannya. Terkebil-kebillah aku dihadapan pejabatnya sambil merenung pokok pinang setinggi 12 meter berhampiran pondok pengawal itu. "Berapa lama dah pokok ni kat sini?" tanya aku dalam hati sambil mengisi kebosanan diri.

-------------------------------------------------------------

Selang beberapa ketika

"Dah lama tunggu" Si Dia tanya.

"Lama" Aku jawab.

Dia sengih je melihat muka selamba Aku. Buat-buat macam tak bersalah.

"Dah 5 tahun, akhirnya awak jadi milik saya juga" Aku tambah, sambil buat muka hensem.

Tersipu Si Dia, senyum manis, pipi merah sikit.

Sambil gelak manja Dia cakap "Gedik"

Kami pun berlalu menuju sunset, kedengaran lagu Kaka Azraff berkumandang dilatarbelakang.

"Biar ku jalan dulu. Puas aku tunggu puas aku tunggu. Lu lambat macam mana. Itu bukan hal aku bukan hal aku..."

1 ulasan:

Youjie berkata...

Aku membaca entry ini seperti menonton drama melayu,
tapi high class sikit dari cerekarama tv3.

Keep it up the good work!!!
Si dia tentu manis macam madu.