Isnin, 14 September 2015

Montaj: 26 Tahun

Hari ini, sama je macam hari-hari biasa. Bangun pagi, mandi-mandi, siap-siap pergi kerja. Sampai ofis, buka laptop, baca email, setelkan mana yang patut. Bangun, ambil kopi panas, takde gula. Hirup pelan-pelan.

Aku tengok luar tingkap ofis ni, aku tenung lama-lama. Tak ada fikir apa-apa, kosong. Lama sikit, aku tanya diri aku. "26 tahun?"

Serta-merta itu, segala masa lalu aku, 26 tahun yang lalu terlintas didepan mata aku, macam ada orang pasang slideshow, buat presentation untuk aku, atau lebih kepada montaj. Jelas sekali, banyak dari memori aku, aku tak ingat. Hilang, atau aku sorok jauh-jauh dalam arkib otak aku. Aku bayangkan ada pekerja ketot dalam otak aku, saiznya kecil saja,  kerjanya memilih memori-memori yang tak penting, atau tak menarik, bagi dekat editor (bos dia, saiz mini juga), kemudian dia masukkan dalam mesin shredder, atau dia bagi kepada mat despatch, dan dihantar ke arkib tingkat bawah sekali. Macam cerita Spongebob lak.

Yang ditayang atas montaj itu cuma detik-detik yang memorable, yang gembira-gembira, suka duka, ada juga detik-detik yang sedih-sedih, atau menakutkan, atau yang lain sepertinya. Tapi mungkin ada memori-memori pointless, seperti memori aku jalan kaki pergi dapur ambil air, atau ia mungkin ada pointnya, kalau tak, mungkin aku akan lupa jalan ke dapur.

Begitu pun, selepas saja tamat montaj tu, tirai tertutup, ada satu rasa yang amat jelas, aku rasa dalam hati ini.

"Syukur, 26 tahun kan, syukur."

[Terima kasih, kepada mereka-mereka yang terlibat dalam memori 26 tahun lelaki yang serba biasa ini. Secara langsung atau tidak langsung, walaupun sekadar extra yang lalu lalang dekat belakang]

Tiada ulasan: