Jumaat, 20 November 2015

Assalamualaikum, Saudara Di Seberang

Assalamualaikum.
Saudaraku di seberang sana. Moga Tuhan beri kau kekuatan, mengharungi hari demi hari yang mendatang. Menghadap segala cerca, tarik dan tahan nafas hela kau, pekakkan ditelinga, pejamkan dimata, terus terjun tiruk dalam hiruk manusia yang menghurung membenci kita, dan tembuskan diri kau ke sebalik sana. Mungkin lebih nyaman disana.

Assalamualaikum.
Saudaraku di seberang situ. Redhakan hati, tabahkan diri, sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu keperitan mu, bertenanglah, pengorbananmu tak akan tersia-siakan. Aku doakan mentari besok kan hadir bersama keamanan, dentum-dentam yang mengejut mu di dinihari berganti kicau burung menyanyi lagu kedamaian. Lantas hilang terus kesakitan dan ketakutan menjadi bibit-bibit bagi mulanya kegembiraan. Seperti mana yang telah lama kau impikan. 

Ikhlas,
Saudaramu disini
Lagu: Assalamualaikum
Artis: Faizal Tahir
Sumber gambar: the Star

Catatan Popular