Jumaat, 23 Oktober 2015

Malam Ini Malam Kita

Ku pejam mataku.
Lantasku tersenyum.
Kerna ku tahu.
Semuanya akan baik-baik sahaja.

Nafasku berhembus atas helai rambutmu.
Kau genggam tanganku.
Di samping semua ini.
Kita terima segala yang terjadi.

Aku tahu dari mula lagi.
Yang kau cinta sejati.
Yang akan membahagiakan hati.

Jadi dada aku depangkan.
Beri ruang kau perlahan-lahan.
Tenggelam dalam dakapan.

------------------------------------------------

Dengan kepalamu diatas dadaku.
Kita berbaring mengharungi malam.
Dan mencuba sedaya mungkin dari terlena.
Bercerita tentang segala-segalanya.

Seperti malam ini tiada penghujungnya.


Isnin, 19 Oktober 2015

Kepuasan

Kita merungut,
Bila horizon ditelan asap kelabu yang menyesakkan.
Bila lantai tanah basah tenggelam dek bah berlimpahan.
Bila mentari menyuluh panas ke bumi tanpa ozon perlindungan.
Bila paras sungai dan laut mula surut dan ketandusan.
Bila plat bumi bergerak mencampak segala dipermukaan.
Bila angin bertiup laju membuka atap-atap kediaman.
Bila dikutub sana mana yang membeku kecairan.

Sedang kita lupa,
Bila tanah dibakar dengan agrikultur sebagai alasan.
Bila bukit bukau yang menghijau ditarah botakkan.
Bila unggas dan fauna dijajah diusir dari penempatan.
Bila sungai membiru dijadikan tempat pelupusan.
Bila mineral isi perut bumi digali dan diburaikan.
Bila udara bersih disembur dengan pencemaran.

Segalanya demi apa?
Kepuasan?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"