Selasa, 23 Ogos 2016

Pandangan Yang Kosong

Sedang aku makan dekat kedai masa lunch, kat kedai jenis masakan melayu. Lauk standard ayam sayur lima-enam ringgit.

Datang si pengemis kasih, mengemis secebis kasih dari aku. Tangannya di hulur mengharap. Mata merendah merenung tanah, kosong. Minta sikit, katanya.

Aku pandang dia, kosong.





Adakah telah mati kemanusiaan dalam diri aku?

Isnin, 15 Ogos 2016

Paradox: Rangkaian Ruang-Masa

Bagaikan kau berdiri di hadapan sebuah pintu. Pintu yang membawa kau keluar dari sebuah ruang masa yang relatif dan memasuki ruang masa yang baru.

Dan buat kau terfikir, pada apa-apa keputusan yang kau lakukan, akan membawa kau hanyut dalam paradox yang tak berkesudahan.