Rabu, 15 Februari 2017

Khilaf Moden

Pagi ini, hari pertama Fatah bangun seawal 8 pagi sejak dari sebulan lepas habis SPM. Bangun pagi ,gosok gigi, mandi-mandi sambil nyanyi la la la la. Mak Fatah garu kepala sambil termenung melihatkan anak terunanya yang tak pernah-pernah berkelakuan begini, biasanya kalau ikut jadual harian selepas jam 1pm, iaitu lepas maknya siap masak tengahari baru dia bangun. Itu pun dok bergolek lagi sambil main fesbuk.

Seusai Fatah bersiap. Disarungnya baju tshirt kosong seluar ketat slim fit gaya terkini beli dekat uniklo, rambut letak pomade sikit, sikat tepi.. Fatah terus turun mengapai kunci motor ayahnya mahu keluar. "Tak makan dulu?" Mak tanya. "Takpelah mak" Jawab beliau sambil mengikat tali kasut converse hitamnya. Disarungkan helmet ke kepala slow-slow takut rosak rambut sambil mengundurkan motor keluar dari pagar otomotik rumah teres orang tuanya. "Bawa elok-elok, awak tu baru lesen L je!" Laung mak nya. "Ye la mak, along gi dulu. Semekom, Goodbai".

Trengggg teng teng! Motor EX5 itu berlalu dibawa angin sayup sayup meninggalkan deruan enjin dari kejauhan.

------------------------------------------------------------------

gambar hiasaan
Setibanya Fatah di perkarangan KLCC, port remaja-remaja bandar masa kini bersidai. Kadang-kadang berdating, ada yang main pokemon, usha awek, berselfie, tak kurang juga yang sedang joget Ravers. MasyaAllah. Fatah membuka helmetnya lantas dikemas-kemaskan rambutnya. "Boleh tahan juga pomade ni" Bisik hati beliau.

Vroooooooomm SHRIEEKKKKKK!!

Kedengaran bunyi enjin kereta yang menderu kuatnya dan kemudiannya membrek emergency. Fatah yang sedang leka membelek gambar selfie nya dalam henfon sambil bersidai dikawasan pancuran air terkejut beruk lalu mencari punca bunyi tersebut. Kelihatan dikawasan valet parking KLCC kereta wira yang siap di alter memasuki parking secara melulu, bawa kereta macam orang tak ada pedoman, logo proton di ganti dengan logo yamaha. Ntah apa-apa tah. Fatah sedikit kagum. Kelihatan seorang brader, gaya bongkak, lebih kurang hujung 20-an, baju polo, kolar tegak, berkaca mata hitam, seluar khakis pendek petak-petak, kasut crocodile. Macam nak pergi main golf. Dicampaknya kunci keretanya ke penjaga valet tu, anak muda dari Bangladesh ni terkial-kial lah nak menyambutnya dek kunci yang hampir terlepas dari tangkapannya. Tak kata apa, brader bongkak tadi terus memasuki KLCC membiarkan keretanya diurus parking oleh pemuda Bangla tadi.

Fatah rasa kagum.

Inspirasi, hadirnya menyinari. Bagaikan tali yang mengurai jatuh dari sinarnya puncak juram yang dalam dan kelam. Menghulurkan harapan pada anak muda yang membungkam terperosok dipenjuru hitam duniawi. Bersamanya digendong maknawi kehidupan dan disuluhi impian yang sudah lama tenggelam, lemas dalam serabutnya liku-liku kehidupan.

Fatah bangkit, dikibas-kibaskan punggung seluarnya.

"Satu hari, aku juga akan berjaya"

#KhilafModen

------------------------------------------------------------------

[kisah ini tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun yang mati ataupun yang mati akalnya]

Isnin, 13 Februari 2017

Paradox Dalam Pemilihan

Adakah apa yang kita pilih ini, betul?
Jika ada dua lorong, keduanya nampak sama. Yang mana satu kita pilih?

Walaupun kita pilih kanan dan akhirnya menemukan jalan mati, mengulangi pemilihan dua lorong ini tadi adalah satu proses pemilihan yang lain secara keseluruhannya. Kita masih perlu memilih, untuk mengulangi ke jalan mati tadi atau memilih ke kiri, yang mana tidak pasti lagi kesudahannya. Sekurang-kurangnya kau tahu yang kekanan tadi jalan mati. Manusia macam kita ini lebih gemar bergantung pada anekdote sementara berbanding dari bekalan bukti yang ahli. Mungkin datang seorang yang ahli, pakar, bertahun dia mengkaji 2 jalan ini, dan dia katakan pilihlah yang kanan, tapi kita sudah melaluinya tadi lantas kita bangkang sebangkangnya dan berkeras memilih mengikut gerak hati, ketersediaan heuristik, dari memori dalam jangkau kita. Mungkin pilihan itu benar, mungkin tidak.

Selagi mana kita tidak melakukan pilihan, statik. Segalanya mungkin.

Jadi adakah pilihan yang sebenarnya adalah dengan tidak melakukan sebarang pilihan?








Nota kecil: Entah, aku pun tak faham apa aku merapu ni.

Rabu, 1 Februari 2017

Megalomania

Jadi. Syamsul tanya, "Kau fikir kau siapa?"

--------------------------------------------------------------------

Merasa diri yang terpaling power. Konon-kononnya. Obses dalam mendominasi dan mengeksploitasi. Yang kononnya orbit cakerawala dialah paksi. Bajet-bajet peribadi sempurna tanpa tersedarkan naluri narsistiknya menjengkel lagi jelekkan pada pandangan orang lainnya.

Walhal, itu semua cumalah ketidakseimbangan bendalir kimia dalam otak kecilnya.