Isnin, 13 Februari 2017

Paradox Dalam Pemilihan

Adakah apa yang kita pilih ini, betul?
Jika ada dua lorong, keduanya nampak sama. Yang mana satu kita pilih?

Walaupun kita pilih kanan dan akhirnya menemukan jalan mati, mengulangi pemilihan dua lorong ini tadi adalah satu proses pemilihan yang lain secara keseluruhannya. Kita masih perlu memilih, untuk mengulangi ke jalan mati tadi atau memilih ke kiri, yang mana tidak pasti lagi kesudahannya. Sekurang-kurangnya kau tahu yang kekanan tadi jalan mati. Manusia macam kita ini lebih gemar bergantung pada anekdote sementara berbanding dari bekalan bukti yang ahli. Mungkin datang seorang yang ahli, pakar, bertahun dia mengkaji 2 jalan ini, dan dia katakan pilihlah yang kanan, tapi kita sudah melaluinya tadi lantas kita bangkang sebangkangnya dan berkeras memilih mengikut gerak hati, ketersediaan heuristik, dari memori dalam jangkau kita. Mungkin pilihan itu benar, mungkin tidak.

Selagi mana kita tidak melakukan pilihan, statik. Segalanya mungkin.

Jadi adakah pilihan yang sebenarnya adalah dengan tidak melakukan sebarang pilihan?








Nota kecil: Entah, aku pun tak faham apa aku merapu ni.

2 ulasan:

Anisa Anuar berkata...

Hari2 kne buat pilihan...kalau statik..hurmmm manusia ke x tu hehe

Aizuddin Jaafar berkata...

Berdasarkan apa pilihan yang kita buat, kata hati? pengalaman lampau? pengetahuan am? atau sekadar random.

Jika kita buat pilihan yang ini, akan jadi macam ni.
Jika kita buat pilihan yang itu, akan jadi macam tu.
Jadi, macam ni ke macam tu yang betul?
Mungkin betul utk masa ni, tapi salah utk masa depan.
Mungkin salah utk masa ni, tapi betul utk masa depan.

Persoalan yang tak perlu dijawab, cuma terasa nak berfalsafah