Jumaat, 24 Julai 2009

Mari Menjadi Kreatif

Adik: Abang Abang, tengok kertas keretapi Abang.(Beliau maksudkan tiket)

Abang: Abang punya kaler merah sebab Abang dah besar.
(Nada bongkak sambil menghulur tiket beliau)

(Adik buat muka macam tak kisah walau hati beliau jeles)
Adik: Abang, umur Adik 7. umur Abang 8.

Abang:Haa?

Adik: Tengoklah kat belakang kertas Abang ni.




Abang: Ha'ah lah

Seorang Mahasiswa kacak yang berdiri dibelakang sambil mencuri-curi dengar perbualan kanak-kanak kreatif tersebut kagum dengan daya imaginasi mereka dan yakin kanak-kanak tersebut sendiri tidak yakin akan umur mereka. Betul, boleh dijadikan tajuk thesis.


Abang: Eh Adik, ada orang surat khabar ambil gambar kitalah. Tengok belakang.

Ok, orang surat khabar. Ok kreatif



[nota : adik-adik, abang dah cakap nak letak picture kauorang dalam blog kan hari tu? kauorang tak boleh saman abang sebab kauorang sendiri tak tau apa itu blog ]

18 ulasan:

  1. abang, abang...

    ada paparazi amek gambar kita.

    saman dia!

    BalasPadam
  2. sweet..bgsnya dua beradik kecik2 dh pandai nak tren

    BalasPadam
  3. orang surat khabar? haha comel bebudak ni rasa nak pijak. haha

    BalasPadam
  4. kisah btl ke ni?
    sweet la bdk2 tu:)
    and apa kes mahasiswa kacak tu?
    ;)

    BalasPadam
  5. mira,
    kacak kot. hahaha

    ochs,
    ktm, klcentral - shahalm

    BalasPadam
  6. airin,
    amboi ganas nye.

    puding,
    sweet mcm puding.
    mmg sengaja mengeja nak insted naik?

    BalasPadam
  7. Dyana,
    betul lah. knape? x percaye ke?
    (nada yasin dlm senario the movie)

    mugi,
    eceh. sya mne ade duit dik oi

    BalasPadam
  8. abg abg. sape suh letak gamba sya sini?

    BalasPadam
  9. abg abg. sape suh letak gamba sya sini?

    BalasPadam
  10. Hamid,
    ini gamba awk kah? are u sure :P

    BalasPadam
  11. fuh.
    nasib baik bukan gambar aku

    BalasPadam
  12. shakinah
    haha. nasib baik tu, nasib baik

    BalasPadam
  13. ini citer betol ker???
    sweet nyer mahasiswa yg kacak tu...

    BalasPadam
  14. Saya saudara mara bau-bau bacang ngan dak2 hingusan tuh.Anda di saman kerana menggunakan gambar saudara mara bau-bau bacang saya ini di dlm blog anda tanpa persetujuan saudara mara bau-bau bacang mereka ini.

    BalasPadam
  15. Tun Teja,
    Sila kemukakan kes ke mahkamah syariah terlebih dulu

    BalasPadam

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.