Ahad, 12 Julai 2009

Mencipta Mesin Perentas Masa




[12/7/2004]
(Simon:15)
Hari ini Simon berusaha keras.
Kerna Simon mahu mencipta Mesin Perentas Masa.

Berformulakan ilmu Fizik peringkat SPM dan Calculus gred C.

Berbekalkan modal sebuah basikal, 3 botol besar minuman isotonik 100plus,kalkulator berkuasa solar, Batu Kripton yang dijumpai didalam Mee Goreng mamak simpang depan sekolah,dan beberapa meriam buluh terpakai.

[12/7/2009]
(Simon:20)
Genap 5 tahun Simon berusaha.
Simon berjaya mencipta Mesin Perentas Masa.

Simon mahu pulang kemasa lampaunya.
Simon tidak mahu lagi jadi budak lembab itu
(merujuk pada Simon:12).

Simon aktifkan Mesin Perentas Masanya.
Simon mula menetap tarikh, tarikh bangsat peristiwa itu.

........

[12/7/2004]
Of Kos hari ini bukan tarikh bangsat peristiwa itu.
Malangnya, Simon kecewa.
Mungkin perlu tambah 13 botol besar minuman isotonik 100plus lagi.

Hari Simon kembali berusaha keras.
Kembali mencipta Mesin Perentas Masa.

7 ulasan:

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.