Isnin, 14 September 2009

Sumpah Sang Semut


Malam itu. Tenang sahaja.
Sang Semut bernama Dorin sedang bersiar-siar mencari rezeki. Jauh dari koloninya yang bersarang nun ditaman bunga sana. Di bilik manusia paling banyak hidangan yang melimpah ruah menjadi hala tuju buat Sang Semut kenit tersebut mencari rezekinya.

Hamid, manusia biasa. Baru selesai bersantap hidangan yang enak. Sedang melepaskan lelah setelah selesai menjamah Nasi Goreng Pattaya dan Air Laici menambah isipadu usus perut beliau. Bersantai sambil mengosok perut tanda puas.

Dorin terbau satu haruman enak. Rezekinya memanggil-manggil. Kaki-kakinya melangkah mengikut jejak aroma yang memanggil. Setelah tiba sahaja Dorin pada rezekinya malam itu, Dorin terus menjamah tanpa segan silu dengan lahapnya seperti Unta tidak makan seminggu setelah baru tiba Kota Damsyik dari Perkampungan Arab Badwi yang jauhnya seminggu perjalanan.

Bibir Hamid terasa gatal berbaur pedih, lantas digosok-gosok bibirnya yang mungil dan comot berlapiskan sisa sos Nasi Goreng Pattayanya yang baru selesai dijamahnya tadi.

Tamatlah riwayat Dorin Sang Semut kenit setelah ditenyeh keras dek jari manusia yang terlalu besar untuk ditanggung olehnya. Dorin terasa sangat membara jiwanya kerna belum sempat habis menjamah rezekinya malam itu. Sebelum Dorin mati, dia sempat menurunkan sumpah yang amat perit.
"Aku bersumpah, manusia ini pasti rasa kemarahan jiwa Aku, Dorin Sang Semut kenit. "

Hasilnya:

30 ulasan:

  1. wuyoooh.
    seksi kot mulut sape tu?
    HAHA.

    >___<

    BalasPadam
  2. Aishah,
    malu malu
    -___-"

    Nina,
    Salah faham kot. ahaha

    BalasPadam
  3. nasi goreng pattaya,slurp2 T_T

    mesti si dorin ni tak baca doa makan ni sblm bersantap=-="
    woooooo,nmpknya angelinon jolen dan jmpa pesaingnya
    haha xD

    BalasPadam
  4. Mira, seperti biasa. makan je keje.

    Sexy kan. cewah

    BalasPadam
  5. kenapa sblh je besa?
    haha xD
    ye sexy dan awesome la;p

    BalasPadam
  6. agak mnakutkan bibir anda
    ahaks!!
    pkai lipstik untk bwat
    ia lbih mnarik.HAHA

    *ayt skema*

    BalasPadam
  7. Mira,
    sebab semut tu tak gigit dua2 belah.

    Kish,
    Memang menakutkan. kalau belakon filem horror. memang box office la

    BalasPadam
  8. mungkin aku dah ader jawapan ke mana kau menghilangkan diri hari ini kat kelas AWI...

    BalasPadam
  9. Eja,
    mmg betul jawapan yg kau fikirkan tu. hahahaha

    BalasPadam
  10. HAHAHAHAHAHAHAH!
    Angelina Jolie pun kalah. tskk.

    BalasPadam
  11. HAHAHAHA. serious tak boleh tgk lah gambar tu. lebih dari cun okay. macam gila extra juicy. and macam cacat pun ada.

    HAHAHAHHAHAHAHA!

    BalasPadam
  12. Hahaha. Faz, mmg cacat kot. i satu hari tak keluar bilik. Cuak org salah faham dengan Donald Duck.

    Hahahaha!

    BalasPadam
  13. yaa rabbii..terkejut kita.
    tp nk tergelak jgk. hik2. alahai..kesian..kita pnah kena gigit semut tp jd macam bibir erra je. ni dh hampir menjadi bentuk selipar. cian...

    BalasPadam
  14. pembadahan plastik yang tak berjaya?

    ngaku je la~

    hahaha~

    BalasPadam
  15. Kepada Akak Puding,
    Silalah gelakkan saja. itulah apa yg org normal selalu buat. Selipar boleh pakai buat solat tarawikh. tq

    BalasPadam
  16. Nina,
    Hamid dan Dorin dua2 salah faham.

    Mugi,
    Baiklah, aku ngaku. aku cuba nak buat bibir Anjinlina juling tapi tak berjaya.

    BalasPadam
  17. Dyana,
    Terima kasih. walaupun bibir dah macam selipar. tapi tetap comel kan?

    BalasPadam
  18. ya, betul.
    bertahan lama atau tidak selipar ni?

    BalasPadam
  19. Pinko, yes this is best present ever from incik semut.

    Dyana,
    Dalam sehari gak la

    BalasPadam

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.