Sabtu, 7 November 2009

Ekzam Terakhir: Terima Kasih Tengkujuh

Jiwa aku resah. Serabut hendak menyumbat sebanyak mungkin nota kedalam kotak otak ini. Dari seminggu yang sudah otak ini tak berhenti-henti beroperasi.

Berdebar menanti tibanya hari ini. Hari dimana perhitungan penting dalam rona kehidupan aku. Ekzam Terakhir buat aku.

Aku bawa berbakul-bakul ilmu yang aku sumbat untuk dimuatkan dalam satu set kertas berkaver merah yang ada banyak garis-garis lurus didalamnya. Tapi masa aku ondewei ke medan pertempuran. Hujan.

Aku redah. Kerna jiwa aku sedang resah.
Basah. Dan aku nampak muatan otak aku jatuh disiram hujan dan bersepah jatuh ketepian jalan. Aku terus tabahkan hati merempuh hujan menuju ke destinasi.

................................................................

Jiwa aku tak lagi resah.
Otak aku sudah ringan tanpa muatan.
Jadi aku bolehlah masuk ke medan pertempuran,
dengan senyuman.

Terima Kasih Tengkujuh.

16 ulasan:

  1. Fatah,
    Adakah engkau tengkujuh yang dimaksudkan? Hahaha

    BalasPadam
  2. sekarang kau biarkan tengkujuh menginjak injak kau~

    BalasPadam
  3. Mugi,
    Apa yang aku mampu buat.

    Tengkujuh adalah masa aku berhibernasi. Bukan untuk operasi study

    BalasPadam
  4. Mugi lagi,
    Aku tak ada payung lah. Terpaksa izinkan tengkujuh menginjak aku

    BalasPadam
  5. apapun
    semoga berjaya~

    [waktu sedang belajar adalah waktu yang menyeronokkan]

    BalasPadam
  6. haha,setuju2
    musim tengkujuh adalah masa untuk berhibernasi dan *cough* makan
    ngeh3
    :p

    BalasPadam
  7. Berjalan daripada Tenggol B ke medan pertempuran di bawah hujan kah?
    Hebat anda

    BalasPadam
  8. Mugi,
    Terima Kasih.
    Agree. Aku tak nak tinggalkan student's life ni kalau boleh.

    Mira,
    Berhibernasi sahaja. Kamu dan Kak Ochs je yang makanasi.

    Nina,
    Hehe. Biasa tak straight foward ek? =]

    Dyana,
    Baru tahu saya hebat? Masuk medan pertempuran yang sejuk tu lagi membekukan saya.

    BalasPadam
  9. Gemia dah banjir. Tenggol bila lagi?

    Aku dah nak ready buat sampan kalau kampus banjir.

    BalasPadam
  10. Ruq,
    Takpe. Bilik aku tingkat 3. Hahaha.

    BalasPadam
  11. bagus.. musim tengkujuh masa untuk menternak lemak buat bisnes...

    BalasPadam
  12. Muffin,
    Haah, memanglah. Lepas itu bolehlah buka syarikat LemakLemak Enteprise. Sdn. Bhd. kan?

    BalasPadam

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.