Sabtu, 20 Mac 2010

Rondaan Malam

Semasa cuti semester yang lepas. Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di Taman Haiwan Grosper. Taman Haiwan Grosper agak popular dalam kalangan pengunjung dari luar dan dalam negara. Kerana keindahan flora faunanya yang tiada bezanya dengan mana-mana hutan tropika di atas planet Bumi ini.

Hari itu aku bekerja shif malam. Malam itu gelap, hanya cahaya bulan saja penerangnya dari celah-celah daunan pepohon yang menimbun. Dengan bertemankan lampu suluh yang nak mampus nyawa-nyawa ikan keli yang mak aku dah goreng dalam kuali pun masih boleh minta tolong tu. Aku gagahkan hati untuk meronda. Bak kata pengawal lama disitu, "Kita cari rezki halal nak."

Hampir 2 jam aku meronda, "luas juga Taman Haiwan Grosper ni" detik hati aku.

Tiba-tiba.
[Unsur suspen disini dengan bunyi latar tipikal filem seram melayu]

Aku rasa spotlight di belakang aku terbuka dengan sendiri. Secara spontannya aku berpaling kearah spotlight yang menyilaukan mata tu. Tangan kanan aku menepis silauan menyakitkan tu sambil mata aku mencari anasir manakah yang coba membuat onar ni.

"Tolong, awak tolong saya please."

Aku dengar suara itu dari seorang gadis berbaju tee kecik ketat dengan tudung ala minah indon dan seluar singkat cutting cikang. Seram aku tengok. Tapi aku buat-buat rilek je. Aku tanya.

"Ada apa cik adik."

"Saya cari jantung saya, tadi gelap sangat jadi saya bukalah spotlight ni. Tapi masih tak jumpa-jumpa lagi."

Aku suluh-suluh guna lampu yang tak berapa ikhlas nak suluh tu. Dan,

"Haa, tu dia atas pokok tu, sekali dengan usus tu"

"Ha ah. Mesti tercicir tadi ni."

Lantas gadis tu pun terbang mengambil jantung dan ususnya diatas pokok tu dan dimasukkan kedalam mulutnya yang dinganga seluas mata memandang. Dan terbang terus meninggalkan aku tanpa mengucapkan terima kasih. Dahlah tak berbudi bahasa, spotlight ni pun bukannya dia nak tutup balik. Dem.

47 ulasan:

  1. ahaha...seriau saya..

    BalasPadam
  2. Mekda,
    Hahaha, nasib baik tak seriya. Seriya dalam slang kelantan bermaksud seringgit.

    BalasPadam
  3. huhuhu
    nak gtau ~ kang die ckap thanks...
    ko lak yg lari...
    ahahaha

    BalasPadam
  4. org skrg.. mana reti budi bahasa lagi.

    renung2kan... dan selamat beramal

    BalasPadam
  5. Leia,
    Majulah sukan untuk negara.

    Samaskuturara(?),
    Orang berbudi kita berbahasa,
    Hantu berbudi kita cabut larilah.

    Huda,
    Apa? Apa yang kau dah agaknya?

    BalasPadam
  6. hahahah.
    lain kali paku la tengkuk dia

    BalasPadam
  7. King,
    Kalau ada pahat cantik gak kan?

    BalasPadam
  8. kalau kau call aku, dapat kita tangkap letak dalam zoo pompuan tuh.

    BalasPadam
  9. tak angker. rasa aneh dan lucu hehe

    BalasPadam
  10. Affah,
    Err.. Zoo ke? Aku ingat muzium alam angker tu.

    Dyana,
    Haha, sebenarnya alam angker ni semuanya lucu-lucu belaka.

    BalasPadam
  11. geligelemangaku..tetapiakunaktanyako..cutetakawektu??

    BalasPadam
  12. Luffy,
    Bergantung pada imaginasi kau.

    BalasPadam
  13. "Dengan bertemankan lampu suluh yang nak mampus nyawa-nyawa ikan keli yang mak aku dah goreng dalam kuali pun masih boleh minta tolong tu."
    -rasa nak lempar laptop baca benda ni.

    penanggal.

    BalasPadam
  14. ahaha..terbaik dari buku seram ape tah kau cakap hari tu??

    oh dia pakai tudung ala-ala seberang??menarik..

    dan kalau ade duit lebih suruh 'aku' beli torch light baru..
    XD

    BalasPadam
  15. Dah agak muslihat yang linger dalam otak suci dalam debu kau.
    Angker giler.

    BalasPadam
  16. aku baca entri ni, lepas 7min kau post.
    ahh.. terus tutup laptop.
    pastu dengar bunyi burung hantu.

    sekarang aku baca balik,
    dan baru leh komen.. huhh...

    BalasPadam
  17. Orang Lidi,
    Kalau nak lempar, lemparlah ditempat yang sepatutnya. Ke kepala pak guard botak yang selalu buat masalah kat aku misalnya.

    Ana Green,
    Takyah nak risau kalau dah hafal ayat qursi.

    Ica,
    Aku rasa nak tulis lagi cerita bergenre begini. Hahaha. Ada rasa kepuasan lain macam.

    Yelah, lampu suluh tu ada meaning tersurat gak.

    Huda,
    Hahaha, aku tak berniat pun. Tapi best gak tulis entri angker ni.

    Dila John,
    Bayangkan aku sambil tulis ni ada anjing auk auk kat luar rumah aku. Hahaha.

    BalasPadam
  18. Hananchiwi,
    Most of the story in here are fictious.

    BalasPadam
  19. Lord Zara,
    Haip komenasai!

    Aisa Debiru,
    Cerita hari tu bila?

    BalasPadam
  20. hahaha.
    lawak gak cite.
    tp if ni cite btol,
    cner la agknye?

    BalasPadam
  21. ak nk imagine bbir die cam jolie...lesung pipt prty zinta..bdan Jlo...rmbut lady gaga...hohohoh

    BalasPadam
  22. Luffy,
    Pun boleh. Terserah.

    LockSlucks,
    Lawak boleh gelak. Tak apa.
    Kalau betul? Er..

    BalasPadam
  23. yang kita ym tula.
    kau cerita spooky kat zoo.

    BalasPadam
  24. Lockslucks,
    Ok terima kasih. :)

    Aisa Debiru,
    Oh aku pernah cerita ke? Tapi yang ini di tokok tambah secukup garam tau.

    BalasPadam
  25. sungguh ranggi gadis itu.
    baju kecil ketat,seluar singkat cutting cikang.


    *****

    wah sekarang kau tulis cerita angker pulak eh?

    kuat betul inflens siapa kekak bidan sepiah.

    BalasPadam
  26. Nazrin,
    Bagi aku gadis berpakaian begitu lebih menyeramkan dari yang pakai kain putih ngerbang-ngerbang tu.

    Dulu ada gak tulis. Tapi berapa entri je.

    BalasPadam
  27. baju kecil ketat,seluar singkat cutting cikang.

    Apakah funsi tudung di kepalanya itu

    PS: Sekadar ingin tahu :D

    BalasPadam
  28. Kak Ellie,
    Oh, saya mahu katakan disini minah tudung yang berpakaian begini lebih menyeramkan dari pontianak.

    BalasPadam
  29. TIPUTIPU TOLONGGG TAKSANGGUP BACA LAGI DAH MANA MUNGKIN INI SEMUA TERJADI!

    BalasPadam
  30. Camelia,
    Hahaha, bawa bertenang. Tarik nafas fuhh tolak. Ini semua hanyalah rekaan semata-mata. Some part are true though

    BalasPadam
  31. biar saya teka. adakah kewujudan pengamal lama tipu? atau seluar gadis itu sebenarnya skinny high waist? jangan takotkan saye di tengah malam seperti ini

    BalasPadam
  32. Camelia,
    Pengamal lama? Apa tu? Lebih kuranglah. Yang pasti macam seluar minah rempit selalu pakai.

    Entri angker memang macam ni. Hahaha.

    BalasPadam
  33. eryn sengal! Dlm klas g main wifi. I taw klas tgh boring kan kan

    BalasPadam
  34. eii..takot nak mampus. ops. kasar pulak. tukar blk. takot gila. eeiii

    BalasPadam
  35. Jid,
    Hah! kantoi eryn. kan? kan?

    Puding Roti,
    Hahaha, takut nak gila.

    BalasPadam
  36. Aizuddin,

    Jid aka Syafiah Azidah ni, dia nak comment kat i punya entry. tapi since dia takpandai pakai i punya handphone, terus tercomment kat u. jangan fitnah! i tak rela! takpe2. Starbucks venti size boleh diterima. hihi

    BalasPadam
  37. Eireen Camelia,
    Hahaha, ingatkan kantoi tak beri perhatian dalam kelas dengan memperalatkan kemudahan internet.

    BalasPadam
  38. haha..gadis tu datang dungun td bertanye "camne nk contact ais?"..hmm, susah gak nk jawab kalu terpaksa dongak kepala kn?

    BalasPadam
  39. Wangwang,
    Suruh dia add Facebook aku.

    BalasPadam
  40. hahaha sengal3, bole lyn pmpn 2, lau ftin da mati pngsan da....

    BalasPadam
  41. Sayang,
    Sebab tu la saya ada disisi. :)

    BalasPadam

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.