Selasa, 21 Julai 2009

Tentang Jantung?

Seorang lelaki, berjaket, jeans, dan beg sandang.
Beg sandang, berisikan jantung.
Jantung yang merah pekat. kental, dan lonli.

Setiap hari lelaki itu mengheret beg sandangnya mengembara mengelilingi planet bumi. Lelaki itu mahu mencari seorang gadis yang dapat menemankan jantungnya yang lonli.

Disebuah stesyen elarti, lelaki itu tersentakkan oleh satu fragran yang ajaib yang memikat jantungnya yang terperosok jauh didalam beg sandangnya.
Ya datangnya dari seorang angel sedang berdiri diatas kasut heel berwarna merah bersalutkan fesyen yang amat cantik. Semua lelaki di situ terpikat, mencari peluang untuk curi-curi pandang wajahnya yang manis yang ditutupi sedikit oleh rambutnya yang ikal.

"Ok, maybe dia adalah yang terbaik untuk jantungku yang lonli ini"
Kata lelaki itu sendiri.

Dirapati angel itu. Tersengih-sengih sambil membuat muka secomel mungkin.
Angel kan suka lelaki comel.

"Nah, untuk awak"
Dialog lelaki itu sambil menghulurkan beg sandangnya yang berisikan jantungnya yang lonli itu.

Disambut ayu beg sandang yang berisikan jantung lelaki itu yang lonli dan terus dicampak keatas trek elarti dan terus dilenyek keras oleh kaki-kaki tren sehingga tak ternampak lagi jasad beg sandang lelaki itu oleh pandangan mata.

Tentang lelaki itu?
Beliau senyum dan terus belah.
Tentang jantung?

17 ulasan:

  1. tak ada harga diri!

    kamon lah~

    bersemangat sikit!!!

    perempuan berwajah angel bukannya ada apa apa yang bernilai...

    emas zulian misalnya.

    BalasPadam
  2. mugi,
    tq mugi, lu mmg terbaik.

    puding,
    ok ok tamau tiru

    BalasPadam
  3. kalau aku yang dapat jantung tu, aku letak dalam peti ais..^_^

    BalasPadam
  4. Belacan,
    kalo adik aku dia letak dlm oven, amacam? ^_^

    Kejora,
    Sadis nya tak dpt gadis

    BalasPadam
  5. tolak jer angel tu kat elarti...biar padan ngan muka..ingat lawa sgt ker???

    BalasPadam
  6. sokong nikaizat.
    takpun, robek jantungnya kembali, campak bersama. habis.

    salam.

    BalasPadam
  7. Fatah,
    ini revenge tahap kejam ni. hahaha habis

    salam balik

    BalasPadam
  8. fatah,
    lebih kurang la. hahaha. sambil duduk menung diatas kaki besi elarti sambil sumbat ilham di ceruk kepala otak

    BalasPadam

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.