Selasa, 13 Oktober 2009

Lagu Hiba Jatuh Diatas Kepala

Dulu,
Si Budak ada bertemu seorang rakan.
Jack, nama dia Jack.

Jack adalah sebuah gitar yang ceria.
Yang senantiasa cintakan hiburan.
Yang tak pernah berhenti jiwanya tersenyum.
Jack selalu memainkan lagu-lagu gembira.

Suatu hari ketika Si Budak dan Jack sedang terbang bersiar-siar menunggang unicorn di langit biru sambil menyanyikan lagu-lagu ceria. Jack ternampak satu gadis. Gadis yang cantik berambut panjang lurus hitam, berkulit putih mulus dan berfesyenkan pakaian serba putih sedang menari-nari di taman bunga diatas awan.

.....................................................

Sejak dari hari itu,
Jack tidak lagi tersenyum.
Jack bukan lagi gitar yang ceria.
Jack hanya mendendangkan lagu hiba.
Ya, lagu hiba sahaja.

Si Budak ambil Jack bungkus dia dalam guni berisikan batu-bata dan dihumban kebawah apartment dua puluh tingkatnya.

20 ulasan:

  1. mungkin tak perlu mengangankan gadis berbaju putih. di bwh tgkt 20 mgkn ada gadis biasa2. sudi mengutip serpih2 tubuh badan jack yg ranap kemudian merawatnya. atau si budak jgn cpt menghumban ;)

    BalasPadam
  2. Puding.
    Tak apa, kawan biar beribu. tak apa hilang satu.

    BalasPadam
  3. ak x salahkan jack..
    sbb penyakit ni mmg susah nak diubati..

    tp kenapa si budak lemparkan jack??

    nanti hantu jack datang menganggu...

    BalasPadam
  4. melampau tingkat 20.
    sial punya budak.

    BalasPadam
  5. Mata Kaca,
    Mungkin sebab Si Budak sudah emo dengan Jack.

    Fatah,
    Emo punya pasal kan.

    BalasPadam
  6. si budak sudah lupakan jack?
    jack patah hati?

    ke kau yang patah hati?

    kejam. sampai hati buang.

    BalasPadam
  7. emo memang sial.
    tak boleh tengok orang senang.
    sepatutnya, kau jasadkan emo, kau campak dari tingkat 88 klcc.

    BalasPadam
  8. siap ada isi batu!
    lagi sadis dari aku nih!

    kau sebenarnya tak dapat terima kenyataan.
    jadi, tak perlu salahkan orang lain~

    muahahaha~

    BalasPadam
  9. Si Budak humban Jack walaupun Jack bersuara hiba...

    Mugkinkah ada yang Jack cuba lafazkan?

    BalasPadam
  10. Aishah,
    Patah hati ke senapang patah aku pun tak sure.

    Kau tanya lah si budak

    Fatah,
    Aku ingat nak buat cerita hantu jack balas dendam pada emo tu. hebat tak?

    Mugi,
    Kau tak tau ke dunia ni dah semakin kejam.

    Zara,
    Oh, sepatutnya dihantar ke mana-mana pusat kaunseling kan?

    BalasPadam
  11. Shax,
    "hai shax. (adui)"
    Jawab Jack sambil mengerang kesakitan selepas jatuh dari ketinggian yang tinggi

    BalasPadam
  12. huhu..aku tunggu kisah hantu jack!!=)

    BalasPadam
  13. Mata Kaca,
    Ok tunggulah. Banyak idea ni tapi tak tau nak pilih mana ni. sabar2

    BalasPadam
  14. haha
    ksian kau jack.
    tape tape, saba saba.
    si budak mmg slalu kejam.
    aku tau ko tau.
    kalo ko x bengang, aku tau ko tpu.
    ape lg jack si hantu, pegi la kaco si budak yg kejam itu.

    BalasPadam
  15. Kepada Tanpa Nama,
    sabar sabar. nantilah akan ada sambungan

    BalasPadam

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.