Ahad, 13 Disember 2009

Surat Tak Rasmi Kepada Awan

Kepada Awan,
Boleh tak kau sorokkan Sang Matahari. Yang sering kali membakar epidermis kulit. Mendidihkan sel-sel otak. Dan menggelapkan hati lelaki ini. Ya lah, bukannya aku terlalu merindukan Sang Bulan. Tapi, Sang Matahari terlalu panas untuk aku. Terlalu silau untuk kornea mataku. Dan terlalu terang untuk jiwaku. Bolehkan Awan? Oh ya, aku juga mahu hujan pada petang hari sahaja. Hujan di pagi hari sejuk sangatlah. Lagi satu, kalau Angin tiupkan engkau ke utara, jangan lupa kirimkan salam aku pada dia.

Yang Benar,
Lelaki Dalam Darkness

12 ulasan:

  1. jangan kau bawa awam itu pergi adari aku...








    *rindu giler blog kamu
    **mcmner nl bekerja nie

    BalasPadam
  2. eyh sekejap,kalau hujan petang hari, x dapatlah nak main bola.tukar2, biar hujan waktu malam saja,senang nak bermimpi,terus ke utara =) lebih indah ke begini?

    BalasPadam
  3. Haih..
    Waktu cuti ni makin menjadi-jadi nada retorik dengan melankolik ko..
    hehe..

    BalasPadam
  4. Tengku Fir,
    Tapi awan tetap akan pergi selepas dituip angin

    Sori, Busy memanjang. Tak ada banyak masa untuk online

    NorFaridaHanum,
    Tak apa, kalau hujan pada petang hari boleh saya balik kerja awal. Haha

    Ruq,
    Haha, aku memang macam ini dari dulu

    BalasPadam
  5. suatu masa dulu awan tutup penuh sang matahari dan menyebabkan pupusnya dinosaur...

    buat p/s kt awan..tutup sikit2 je...biar redup...

    BalasPadam
  6. Mata Kaca,
    Ye ke? Ok la. Nanti hantar email pula pada Awan

    BalasPadam
  7. dan kalau blh kait awan sirus. gantung pd tali dan bawa bersiar2

    BalasPadam
  8. Puding,
    Ha'ah. buat macam anjing. tapi tak perlu samak pun

    BalasPadam
  9. nak pakai setem apa ni? aku pun nak cuba tulis untuk awan juga. ada permintaan melambung tinggi.

    BalasPadam
  10. Ony,
    Tak payah pakai setem. Tapi dari dulu aku send sampai sekarang tak reply-reply

    BalasPadam
  11. Ony,
    Tulah, dengar cerita surat yang terhantar ke Israel akan dilupuskan serta merta. Diorang takut ada antrax

    BalasPadam

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.