Sabtu, 10 April 2010

Ikut Arus

Din sakit gigi. Jadi dia tak ada mood hari ini. Kerjanya serba tak jadi. Tak pasal-pasal Cik Nab Cleaner kena maki.

Cik Nab Cleaner baik orangnya. Dia tak layan majalah mangga. Pagi tadi dia lambat ke tempat kerja. Semua kerana angkara Yob Chelsea yang reti nak senyap bila tengok bola.

Yob Chelsea dah lama tak kerja. Mengabiskan duit mak bapak saja kerjanya. Kalau di kedai mamak Kaderr tu ada sajalah muka dia. Tapi dia dengan Johny Macha memang tak boleh bersua muka.

Johny Macha ni pak guard kaki ngumpat. Hobinya adalah mengutuk orang yang hidup merempat. Tapi kadang tu dia mengutuk tak bertempat. Kalau tak ada Ali Mamak dah lama Johny Macha dan Yob Chelsea ligat berlipat.

Ali Mamak adalah pemilik kedai mamak Kadeer generasi kedua. Dia sudah lama menduda. Dengar cerita dia nak berkahwin dengan janda anak dua. Kopi tariknya hari ini semua terlebih gula.

..............................................................

Din: Bos, bagi kopi tarik satu!

25 ulasan:

  1. kenapa yob chelsea?

    btw, nice writings you got here.
    :)

    BalasPadam
  2. King,
    Simbolik. Sebenarnya chelsea tak banyak peminat. Yang minat chelsea tu biasanya ABM FC(Anyting but Man Utd).

    Thanks :)

    BalasPadam
  3. ni pantun versi cerita ke ape?
    aku baca ni, sama macam intonasi aku baca pantun.

    BalasPadam
  4. Kesian Cik Nab Cleaner kan? Sama la nasibnya dengan kak E masa kerja entah apa2 dulu. Kata pembantu komputer, kejap kena mengajar,kejap jadik cleaner, kejap jadi kerani.

    Pendek cerita diperkulikan habis-habisan oleh bos2(dan yang berlagak bos)

    Huh!

    BalasPadam
  5. din tu kau.
    kopi pun nak tarik. poodah. :P

    BalasPadam
  6. sume org x suka Man U.
    eleh.. jeles la tu.

    BalasPadam
  7. Dila,
    Haha! well, gua saja tulis macam ni. OK ke KO?

    Ana Green,
    Taklah sekejam israel.

    Kak Ellie,
    Bak kata pepatah, ada ubi ada batas. ada hari boleh balas. ada lori ada bas. ada hari kak Ellie langgar je diorang guna bas.

    Ica,
    Pihak kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kerosakan sel otak.

    Affah,
    Aku tak boleh minum kopilah bro. Terlebih minum boleh pengsan.

    Leia,
    Kan kan? Glory glory! Not arrogant, Just better.

    BalasPadam
  8. Aisa,
    Hai peminat kaffeine tak tau kopi tarik?

    BalasPadam
  9. haha.
    byk je idea nk bt story merapu.
    teringat 1blog yg lbey krg same.
    kapal terbang kertas
    tp ownernye dh gve up blogging
    nk focus study

    BalasPadam
  10. yob chealsea tu,
    agak-agak bila last time dia makan nasi pakai straw?

    panas aku dengar chealsea-chealsea nih.

    BalasPadam
  11. Hakimah,
    Thanks.
    Well, infom me kalau ada lagi blog2 yang sealiran dengan saya ok. Sangat berminat membaca imaginasi orang lain.

    Nazrin,
    Biasa dia makan nasi pakai selipar. Tapi pakai makan straw guna nasi cantik gak.

    BalasPadam
  12. ok. tapi aku rasa macam kau saje nak berpantun tapi kau sembunyikan identiti pantun. sian dia ah.

    BalasPadam
  13. Fiffy,
    Tak baik awak. Chelsex! Full of scandal.

    Dila,
    Haha. Kalau kau tengok tulisan aku yang lain pun ada lebih kurang begini. Macam ada rima diujung setiap rangkai kata.

    BalasPadam
  14. aku rasa macam baca pantun yang dikerat-kerat.

    BalasPadam
  15. Keri,
    Nasib baik bukan nasyid yang dibelah belah.

    BalasPadam
  16. macam ade berbagai cerita yang berbeza....

    ha nasyid berkerat kerat bile lg?
    =p

    BalasPadam
  17. Lumut,
    Actually, it is different story from every each of the characters. Saja di gumpal-gumpal bagi mereka terkait.

    Lets do it! Hahaha!

    BalasPadam

Tempat luahan perasaan tetapi bukan Bilik Kaunseling.