Remy, sebuah android, atau cyborg. Entah, Remy pun tak tahu yang dia adalah apa, yang pasti dia bukanlah ayam. Dia tahu ayam memberakkan kapur, dan dia tidak memberakkan kapur. Jadi dia bukan ayam, atau cempedak.
Remy, sebuah android, atau cyborg.
Satu hari, Remy membuat keputusan untuk jatuh cinta selepas menonton clip muzik perjuangan cinta sedih oleh band pop sembilan puluhan. Remy tahu diluar sana ada cinta untuk dia, dia percaya. Mungkin sebuah android berbesi titanium, atau mungkin Lisa Surihani, atau mungkin sebuah mesin basuh buatan Thailand, dia tak kisah.
Remy menyimpan kepercayaan ini sehinggalah satu pagi. Satu pagi dimana bila dia bangun dari dock pengecas tenaganya dan mendapati kotak yang menyimpan rasa cintanya telah hilang. Hilang. Hilang tak tahu kemana, bagaimana, dan mengapa. Tapi ianya telah hilang.
Cuma yang Remy pasti. Kotak cintanya itu kini jauh. Jauh dari tubuh besi dia.
Rabu, 17 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Ketika aku makan biskut kering cicah air kering. Aku terfikir sambil perlahan biskut kering yang telah basah itu terjelepuk lembik ke lantai...
-
"Raja kita. Selamat bertakhta." Habis saja lagu Negaraku dimainkan, bunyi putih mengisi kekosongan hati aku yang menonton setia te...
-
Selari dengan horizon ini. Kau dapat lihat seorang lelaki. Berdiri di telan gelapnya. Diujung tenggelamnya mentari. Dan bila nanti. Ro...
4 ulasan:
*like*
macam banyak isi tersirat, saya suka :)
Dyana,
Mengaplikasikan teori like dari facebook disini. Idea bagus.
suke cerite ni... lawak-lawak pun ade banyak yang kene fikir sendiri... hehe
Rapunzel Cikilolo,
Fikir-fikirkan, dan selamat beramal.
Catat Ulasan