Jumaat, 13 November 2026

Manchester United, INEOS dan Michael Carrick

Sejujurnya, aku antara yang berharap dengan kehadiran INEOS, Manchester United akhirnya dapat diperbaiki. Selepas bertahun-tahun melihat kelab ini membuat keputusan yang kadang-kadang sukar difahami, aku rasa sudah tiba masanya ada perubahan dalam cara United diuruskan.

Aku percaya INEOS benar-benar mahu melihat United kembali berjaya. Sekurang-kurangnya, aku masih mahu percaya yang mereka mempunyai niat dan kemampuan untuk membawa kelab ini ke arah yang lebih baik berbanding era Glazer.

Tetapi semakin lama, semakin banyak persoalan yang timbul.

Pertama sekali, aku masih kurang jelas tentang sejauh mana kuasa INEOS dalam membuat keputusan berkaitan operasi kelab. Mereka hanyalah pemegang saham minoriti. Jadi, sejauh mana pengaruh mereka dalam menentukan hala tuju kelab? Siapa sebenarnya yang membuat keputusan akhir? Dan sejauh mana Glazer masih mempunyai kuasa untuk campur tangan?

Dalam masa yang sama, Glazer masih menikmati dividen, sedangkan hutang yang diwarisi daripada pengambilalihan kelab itu terus menjadi beban kepada Manchester United. Aku bukanlah pakar dalam struktur pemilikan syarikat, tetapi sebagai peminat, agak sukar untuk memahami bagaimana kita boleh mengharapkan perubahan besar sedangkan struktur pemilikan dan beban kewangan yang sama masih wujud.

Berbalik kepada Michael Carrick. Pada pandangan aku, Carrick hanyalah satu lagi mangsa keadaan. Mangsa kepada kegagalan pihak pengurusan merancang dan menyediakan skuad yang cukup baik untuk bersaing.

Situasi ini mengingatkan aku kepada Ole Gunnar Solskjaer. Kedua-duanya berjaya menunjukkan potensi ketika diberikan tanggungjawab sebagai interim manager. Carrick juga berjaya membuktikan bahawa dia mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada United. Tetapi persoalannya, adakah pihak pengurusan benar-benar menyediakan apa yang diperlukan untuk dia meneruskan kejayaan tersebut?

Kita perlu melihat semula keadaan skuad United. Musim lalu, United hanya perlu memberi tumpuan kepada Premier League. Tiada jadual Eropah yang padat, dan secara umumnya mereka hanya bermain satu perlawanan seminggu. Tetapi itu pun masih belum cukup untuk mengelakkan masalah kekurangan pemain.

Di bahagian pertahanan, kita semua tahu Luke Shaw bukanlah pemain yang boleh diharapkan untuk kekal cergas sepanjang musim. Patrick Dorgu pula kerap digunakan di bahagian left wing. Tetapi United masih gagal mendapatkan seorang left-back baharu.

Di bahagian tengah, Casemiro meninggalkan kelab. Walaupun ketika dia masih bersama United, kita sebenarnya sudah pun mempunyai masalah kekurangan pemain tengah. Ugarte pula mengalami kecederaan. Kalau United mahu bersaing dalam dua perlawanan seminggu, adakah skuad yang ada sekarang benar-benar cukup? Walaupun kita berjaya mendapatkan pemain seperti Baleba, Tielemans atau Santos, aku masih rasa kita memerlukan lebih ramai pemain tengah yang berkualiti.

Masalah yang sama berlaku di bahagian serangan. Benjamin Sesko merupakan satu-satunya penyerang tulen yang kita ada. Apabila dia mengalami kecederaan, Carrick terpaksa menggunakan Mbeumo, Cunha atau Bruno Fernandes sebagai penyerang sementara. Ini bukan sekadar soal siapa yang mengisi posisi nombor sembilan. Ia turut mengubah peranan pemain lain dan mungkin menjejaskan keseimbangan permainan pasukan.

Jadi, bagaimana kita boleh mengharapkan seorang manager untuk mengekalkan prestasi pasukan apabila pilihan pemain yang ada pun begitu terhad?

Satu lagi perkara yang aku rasa wajar dipersoalkan ialah pelantikan Omar Berrada dan Jason Wilcox. Ketika mereka dibawa masuk, antara perkara yang sering ditekankan ialah pengalaman dan kejayaan mereka bersama Manchester City. Kononnya, United sedang mendapatkan individu terbaik dalam bidang masing-masing, atau best in class.

Tetapi selepas segala kontroversi dan 114 pertuduhan yang dihadapi City, aku rasa tidak salah untuk kita menilai semula perkara ini. Adakah kejayaan City itu benar-benar boleh dijadikan ukuran mutlak terhadap keupayaan individu yang pernah bekerja di sana? Adakah kita terlalu cepat menganggap seseorang itu hebat hanya kerana mereka datang daripada organisasi yang berjaya?

Aku bukan mengatakan Berrada dan Wilcox tidak berkebolehan. Tetapi jika kita mahu menilai prestasi seorang manager berdasarkan keputusan di atas padang, rasanya pihak pengurusan juga patut dinilai berdasarkan keputusan yang mereka buat di luar padang.

Akhirnya, aku tidak tahu sama ada Carrick sebenarnya mampu menjadi manager yang berjaya untuk Manchester United. Mungkin dia bukan orang yang tepat. Mungkin juga dia masih memerlukan pengalaman. Tetapi itu bukan persoalan utama aku.

Persoalan yang lebih besar ialah, sampai bila Manchester United mahu mengulangi kesilapan yang sama? Kita tukar manager, kita tukar pemain, kita tukar struktur pengurusan. Tetapi kalau perancangan di peringkat tertinggi masih tidak meyakinkan, apa yang sebenarnya akan berubah?

Aku masih berharap INEOS mampu membawa perubahan. Cuma harapan itu semakin sukar untuk dipertahankan apabila keputusan yang dibuat tidak selari dengan apa yang kita harapkan.

Manchester United bukan kekurangan wang, bukan kekurangan nama besar, dan bukan kekurangan sejarah. Apa yang kelab ini perlukan ialah perancangan yang jelas, keputusan yang konsisten dan pengurusan yang benar-benar tahu apa yang mereka sedang lakukan.

Dan kalau perkara itu pun masih belum dapat diselesaikan, rasanya kita akan terus menulis cerita yang sama. Cuma nama manager yang menjadi watak utama akan sentiasa berubah.

Isnin, 19 Oktober 2026

Buku #7/10 Tahun 2026: Meaningful Coincidence – Jan Cederquist

Buku ni aku pilih sebab tajuknya menarik. Meaningful Coincidence membincangkan pengalaman penulis sendiri dan orang lain yang mengalami kejadian-kejadian yang nampak seperti kebetulan, tetapi seolah-olah mempunyai makna tersendiri.

Buku ni senang dibaca sebab setiap chapter membawa cerita baharu yang tak berkait dengan chapter sebelumnya. Lebih kepada kumpulan cerita pendek tentang pengalaman manusia tentang coincidence yang sukar dijelaskan. Ada yang menarik, ada yang pelik, dan ada juga yang membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana perkara macam tu boleh berlaku.

Dari sudut pandangan aku sebagai seorang Muslim, aku tak rasa semua cerita ni bercanggah dengan kepercayaan aku. Aku percaya cerita-cerita tersebut boleh berlaku. Cuma, apa yang penulis cuba jelaskan sebagai meaningful coincidence, aku melihatnya sebagai sebahagian daripada qada dan qadar Allah.

Menariknya, penulis sendiri nampaknya tak mempunyai jawapan yang benar-benar pasti tentang bagaimana semua kejadian itu boleh berlaku. Di penghujung setiap cerita, dia seolah-olah melemparkan kembali persoalan tersebut kepada pembaca. Bagi aku, jawapannya ialah qada dan qadar. Tak semestinya kita sebagai manusia mampu memahami sebab dan hikmah di sebalik setiap kejadian.

Apa yang aku suka tentang buku ni ialah peluang untuk melihat bagaimana orang daripada budaya dan agama yang berbeza Christian, Buddhist, Judaism even atheist, cuba memahami coincidence

yang sukar diterangkan. Mungkin mereka menggunakan istilah dan penjelasan yang berbeza, tetapi persoalan yang cuba dijawab tetap sama: kenapa perkara ini berlaku?

Secara keseluruhan, buku ni menarik untuk dibaca ketika mengisi masa lapang. Tak perlu baca sekaligus pun sebab setiap bab berdiri sendiri. Walaupun aku tak semestinya bersetuju dengan cara penulis mentafsirkan kejadian-kejadian tersebut, pengalaman yang dikongsikan tetap menarik untuk diikuti.

Rating: 3.5/5

Isnin, 5 Oktober 2026

KLSCM 2026: I Didn’t Train for This Marathon

 THE PLAN THAT WASN’T A PLAN

I actually wanted to join KLSCM this year, but I lost the battle during ticket sales. Everything sold out in what felt like minutes.

Then, a little more than a week before KLSCM, my friend Satis told me he had to attend his younger sibling’s engagement and couldn’t make it. So I took over his bib.

There was just one small problem.

I didn’t train.

My last long run was the Score HM back in July. Since then, maybe a few 5K runs here and there. And I wasn’t even supposed to be preparing for a marathon. My main goal this year was something completely different: a 200 kg deadlift.

To support that goal, I was bulking.

Which meant I was heavier.

And being heavier doesn’t exactly make running 42 km easier.

So I knew what I was getting myself into. I had done a full marathon before, and I knew the distance deserved respect. This wasn’t going to be a race for a PB. The goal was simple: finish without destroying myself.

I set a realistic target somewhere between 6:30 and the 7:15 cutoff.


GETTING TO THE STARTING LINE

One thing I learned from KLSCM 2025 was that getting to the race was almost a separate event by itself.

Parking in KL was going to be a hassle. Roads would be closed. Getting into the city would be difficult. And after the marathon, I would have to somehow get back to the car with legs that had just survived 42 km.

So this year, I took the train.

I boarded at Glenmarie and got off at Masjid Jamek. The train was free for the event sponsors, and it turned out to be a very good decision.

Lantaklah busuk.

Ramai runner lain pun sama.


THIS TIME, I HAD A PLAN

I knew I didn't have enough mileage, so I wasn't going to pretend otherwise.

From the beginning, I kept the effort low, probably around 40–50%. The first 10 km actually felt pretty good. I could have maintained the pace, but I decided not to.

Instead, I started run-walk early.

Every uphill, walk.

Every downhill, jog.

The idea was to preserve as much energy as possible for later.

From my previous marathon experience, I knew that when the mileage isn't there, the body usually starts collecting its debt somewhere around KM15–20. So there was no point burning energy early just because I felt good.

The weather was actually okay, although the haze was quite bad. Breathing didn't feel as comfortable as I would have liked.

Around KM20, I took my first salt shot and continued with energy gels roughly every 30 minutes.

So far, the plan was working.


THEN CAME DUKE

Once we entered DUKE, somewhere around KM25, the real challenge started.

The rolling hills just didn't seem to end.

Uphill, walk.

Downhill, jog.

At this point, I started seeing more and more runners sitting or lying down by the side of the road. Some were completely spent. I even saw a few asking the marshals to DNF, while buses were already picking runners up along the route.

Meanwhile, my body had started producing its own collection of problems.

Quad cramps.

Hamstring cramps.

Calf cramps.

Even my ankle started complaining.

The strategy became very simple: when it hurts, walk. When the pain goes away, jog. When it hurts again, walk.

There was no point trying to prove anything.

KM30 came and I took another salt shot. KM38, another one.

There was also supposedly cendol somewhere along the route, but by the time I got there the queue was too long.

At that point, I had to make a difficult decision.

42 km first.

Cendol later.


THE LAST FEW KILOMETERS

By KM30+, the marathon had become less about running and more about managing whatever was left.

I wasn't chasing pace anymore. I wasn't thinking about my previous 5:47 finish. I wasn't even thinking much about the 7-hour target.

Just keep moving.

Walk when necessary.

Jog when possible.

Repeat.

The funny thing is, despite the cramps, the lack of training, the haze and everything else, I never actually stopped.

Eventually, the finish line appeared.

And somehow, I made it.

Chip time: 6:56.

Strava moving time: 6:30.

My target was somewhere between 6:30 and 7:15, so technically, mission accomplished.

Not my fastest marathon.

Not even close.

But considering I had practically walked into KLSCM without proper marathon training, I'll take it.

I finished with a few blisters, some chafing, plenty of soreness and probably more salt than my body requested.

But I finished.


WHAT'S NEXT?

For now, I'm going back to what I was supposed to be doing this year.

Deadlift 200 kg.

The marathon goal can wait.

Maybe next year I'll actually train properly for a full marathon again and see what I can really do.

Maybe sub-5.

Hahaha.

We'll see.



Catatan Popular