Memaparkan catatan dengan label Ayra Sofea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayra Sofea. Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2026

Glamping @ Wetland Putrajaya

 Aku rasa trip ni antara yang paling “hidup” setakat ni. Bukan sebab semuanya perfect, tapi sebab dia datang sekali dengan hujan lebat, anak-anak yang over-excited, dan momen kecil yang jadi besar tanpa kita plan pun.

Kami pergi 18–19 April, short getaway je, 2 hari 1 malam. Lineup standard keluarga kecil kami — aku dengan pasangan, plus tiga orang anak umur 7, 5, dan si kecil yang baru nak masuk setahun. Ini first time diorang rasa glamping, jadi dari dalam kereta lagi dah boleh nampak excitement tu. Yang sulung dah tanya macam-macam, yang tengah ikut je, yang kecil… dia happy je asalkan ada orang.

Tapi sampai-sampai je, macam kena prank sikit. Hujan lebat gila. Bukan jenis hujan yang romantik tu, tapi yang buat kau duduk diam dalam kereta sambil tengok wiper kerja overtime. Kami memang tak boleh turun terus, jadi tunggu dalam kereta agak lama. Dengan anak-anak yang dah tak sabar, memang rasa macam mini survival test. Tapi dalam masa sama, entah kenapa benda tu jadi kelakar pulak bila ingat balik.

Parking pun agak limited, ramai yang park tepi jalan je. So memang kena ada sikit kesabaran masa mula-mula sampai tu. Tapi once hujan reda dan kami boleh check-in, terus rasa macam okay… adventure dah start.

Kami ambil tent jenis quadruple, dapat dua queen bed. Dalam tent tu sebenarnya quite complete — ada aircond, dua kipas, plug semua cukup. Petang lepas hujan memang best, sejuk je, memang rasa cozy. Malam pun sedap tidur. Tapi bila masuk tengahari esoknya, panas tu tetap terasa walaupun aircond dah on. So kena faham la, ini masih tent, bukan bilik hotel. Dia ada limit dia.

Toilet, shower, surau semua ada, tapi bukan betul-betul sebelah. Dalam 50 ke 100 meter jugak dari tent kami. Taklah jauh sangat, tapi cukup untuk buat kau fikir “nak pergi sekarang ke nanti” especially waktu malam. Tapi okay je, masih manageable.

Environment dia memang nature betul. Bukan jenis cantik tapi steril. Ada semut, ada monyet, ada siput babi. Maksudnya kau memang share space dengan alam, bukan sekadar tengok dari jauh. Personally aku okay je, tapi kalau jenis yang expect clean gila macam hotel, mungkin kena adjust expectation sikit.

Kalau nak cakap pasal highlight, memang anak-anak punya dunia kat sini. Ada swimming pool khas untuk budak, flying fox, basikal sewa, playground, trampoline, archery. Malam pulak ada campfire dengan fire show. Diorang memang tak duduk diam. Yang paling win mestilah swimming pool, itu memang repeat banyak kali. Dari pagi sampai petang, kalau boleh nak duduk situ je.

Moment yang paling melekat untuk aku, kami sambut birthday pertama anak bongsu kat situ. Tak ada decoration besar, tak ada setup fancy pun. Just simple celebration je. Tapi suasana tu… dengan lampu-lampu malap, bunyi orang borak jauh-jauh, bau asap campfire… dia jadi satu moment yang rasa tenang. Jenis yang kau tak plan pun nak jadi special, tapi bila jadi, kau tahu ini akan stay lama dalam ingatan.

Ada satu lagi moment yang agak cinematic sikit. Pukul 3 pagi, bini aku nak pergi toilet. Dengan keadaan gelap, kawasan hutan sikit-sikit tu, memang rasa macam masuk scene cerita seram. Dalam kepala dah macam-macam. Tapi bila keluar je dari tent, rupanya laluan ke toilet tu agak terang. Lampu ada sepanjang jalan. Jadi yang “horror” tu lebih kepada dalam kepala je. Jalan sama-sama, sejuk-sejuk pagi tu, sunyi sikit… last-last jadi moment yang kelakar pulak bila ingat balik.

Bab makan pun senang. Semua dah included — hi-tea, dinner, breakfast, lunch. Dinner siap ada kambing dengan ayam bakar, memang sedap makan masa lapar lepas seharian jalan sana sini. Cuma satu benda yang kami tak tahu awal-awal — tak boleh makan dalam tent. Kena makan dekat area luar. Mula-mula rasa macam leceh sikit, tapi lama-lama okay je, lagi masuk dengan vibe camping tu.

Harga aku ingat dalam RM400 lebih macam tu. Untuk aku, memang berbaloi. Sebab kau bukan bayar untuk tempat tidur je, tapi experience sekali. Aktiviti ada, makanan ada, dan paling penting, masa dengan family tu.

Of course ada benda yang boleh improve. Parking limited, tengahari agak panas, toilet tak dekat sangat, dan ada haiwan kecil yang mungkin tak semua orang selesa. Tapi semua tu manageable kalau kau datang dengan expectation yang betul.

Kalau tanya aku nak repeat lagi tak… aku rasa ya. Bukan sebab dia perfect, tapi sebab dia real. Ada hujan, ada penat, ada chaos sikit, tapi ada gelak, ada moment yang kita tak boleh beli.









Kadang-kadang, trip yang paling kita ingat bukan yang paling selesa. Tapi yang ada cerita. Dan trip ni… memang penuh cerita.

Ahad, 20 Julai 2025

Berpiknik di Bukit Jelutong Eco Community Park

 Sebenarnya Bukit Jelutong Eco Community Park ini adalah taman rekreasi komuniti yang dibangun oleh orang awam setempat untuk orang ramai beriadah, disini juga ada diletakkan taman haiwan. Yang paling best, masuk adalah percuma.

Di taman haiwan ini, pengunjung memberi makan dengan makanan haiwan yang dijual disitu, tidak dibenarkan membawa makanan sendiri kerana risau haiwan keracunan.

Dulu tahun 2021 kami bawa Aurora Syifa trip pertama berpiknik disini, kali ini tahun 2025 piknik pertama Ayden Sufyan pula.










Isnin, 23 Jun 2025

Husin Fauzi Farm, Trip Pertama Ayden Sufyan

Ayden Sufyan kini sudah 2 bulan umurnya, setelah selesai berpantang, baru kali inilah kami nak bawa anak-anak berjalan-jalan. Dulu semasa berempat, kami pernah ke Husin Fauzi Farm ni, postnya di SINI



Dulu tak ada, sekarang dah ada alpaca













Burung unta yang dilepas bebas






Anak kambing ini dilepas bebas di kawasan zoo

Pintu masuk sudah dinaik taraf berbanding 2021

Husin Fauzi Farm ni amat sesuai jika nak bawa anak mengenali haiwan, tapi tak nak menapak jauh-jauh. Kawasannya kecil, redup, kebanyakan exhibit berbumbung, mesra stroller, dan murah. 

Sabtu, 24 Ogos 2024

Cuti-Cuti Malaysia: DoubleTree by Hilton Damai Laut

Birthday Trip Ayra Sofea - Menginjak Usia 6 Tahun di DoubleTree Damai Laut

Pada tahun ini, kami kembali ke DoubleTree by Hilton Damai Laut untuk meraikan ulang tahun Ayra Sofea yang ke-6. Kali terakhir kami ke sini adalah lima tahun lalu, ketika Ayra masih bayi, untuk sambutan ulang tahunnya yang pertama. Banyak yang telah berubah sejak itu, termasuklah pemilikan hotel ini yang bertukar dari Swiss-Garden Resort ke DoubleTree by Hilton. 

Tempat sama ambil gambar 5 tahun lepas

Pintu masuk

Penginapan yang Berbaloi

Kami memilih untuk menginap selama 3 hari 2 malam dengan harga RM420 satu malam. Walaupun harga agak tinggi, kami berpendapat ianya berbaloi memandangkan pengalaman kami yang lepas serta kenangan manis yang ingin diulang kembali. Penginapan kali ini sama seperti yang diingati, dengan pemandangan laut yang menenangkan dan bilik yang selesa untuk sekeluarga.


View dari lobi

Map masih sama seperti dulu


Boleh sewa basikal


Mini Water Park dan Kolam Renang: Lebih Seronok untuk Si Kecil

Mini Water Park dan kolam renang masih kekal seperti dahulu tanpa sebarang penaik tarafan. Namun, kali ini lebih seronok kerana Ayra kini lebih besar dan lebih berani bermain air. Jika dahulu kami terpaksa memantau setiap langkahnya kerana masih bayi, kini dia bermain dengan bebas, berlari ke sana sini dan menikmati setiap detik di taman air mini tersebut.








Aktiviti Pantai yang Pelbagai

Pantai di sini kini diselia oleh pihak ketiga, yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti ATV, Banana boat, snorkeling, dan trip ke Pulau Pangkor. Kami juga bawa mainan pasir sendiri untuk anak-anak bina sandcastle di tepi pantai. Melihat Ayra dan adik-adiknya bermain pasir sambil ketawa riang memang menceriakan suasana.

Pertandingan sand castle paling cantik





Kid's Club dan Gym yang Dinaik Taraf

Satu perkara yang kami perasan adalah Kid's Club dan gym telah dinaik taraf. Kid's Club kini tampil dengan reka bentuk baru serta pelbagai mainan yang lebih moden, termasuk PlayStation 4 dan mini cinema untuk hiburan kanak-kanak. Gym masih mengekalkan peralatan yang sama, namun bilik persalinan dan tandasnya telah dinaik taraf dan lebih selesa.

Wayang dia lagi selesa dari dulu

Ada port main PS4

Nakal-nakal masuk sini



Gym dengan view laut

Apa yang kurang sikit

Sayangnya, beberapa aktiviti yang pernah kami nikmati semasa lawatan dahulu sudah tidak ada. Petting Animal dan Damai’s Farm telah dihentikan, begitu juga dengan permainan memancing dan menunggang kuda. Kehilangan aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak mengurangkan daya tarikan bagi kami yang datang bersama anak-anak kecil.

Masalah yang kami hadapi adalah lalat yang agak banyak di sekitar kawasan hotel. Namun, kami perasan bahawa pihak hotel telah mengambil tindakan proaktif dengan memasang perangkap lalat dan alat penghalau serangga di sekeliling kawasan hotel. Walaupun agak mengganggu, usaha pihak hotel untuk menangani masalah ini amat kami hargai.

Lagi satu, kawasan Damai Laut ini memang agak dalam dan jauh dari kehidupan. Belajar dari penginapan yang lalu kami bawa makanan siap-siap andai kata tak lalu nak bayar nasi goreng RM50 dekat hotel. Kemudian kami cari makan warung kampung, mee udang ini kira-kira 15min drive dari hotel.

Warung Mee Udang

Macam ni RM16

Secara keseluruhannya, lawatan kali ini berjaya menghidupkan semula kenangan manis kami di Damai Laut, dan yang paling penting, Ayra Sofea kelihatan sangat gembira menyambut ulang tahunnya yang ke-6 di tempat yang istimewa ini. Kami mungkin akan kembali lagi suatu hari nanti, untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama keluarga tercinta.

Catatan Popular