Syukur.
13 September menjelang lagi.
Genaplah 3 dekad aku bernafas atas dunia ini. Perjalanan yang bagi aku cukup aku syukuri, yang menyedarkan aku harta tak ternilai aku punyai, keluarga dan rakan taulan.
Terima kasih Allah atas kurniaan yang diberi.
Terima kasih
Bondaku yang melahir dan membesarkan aku, walau tiap tahun aku ucap terima kasih ini, tak akan pernah cukup berbanding dengan pengorbanan yang emak berikan.
Terima kasih
Isteriku, mendamping aku saat jatuh dan bangun, suka duka, gaduh atau bergelak tawa, dan hadiah paling istimewa, Ayra Sofea.
Terima kasih
Sanak famili dan rakan taulan, yang jauh atau dekat, karib mahupun kenalan cuma. Yang mendoakan dan segala ucapan.
3 dekad
Sabtu, 14 September 2019
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
6pm di suatu taman rekreasi dibandar Metropolintan, Clark Keng, seorang atlit kelihatan mengelap keringat di dahinya, bajunya lencun. Dia ba...
-
Malam itu. Tenang sahaja. Sang Semut bernama Dorin sedang bersiar-siar mencari rezeki. Jauh dari koloninya yang bersarang nun ditaman bunga ...
-
Jack, rakan Si Budak. Sebuah gitar yang duka. Yang senantiasa memainkan lagu hiba. Merajuk. Terperosok dia lonli, Di hujung penjuru duka hat...